Tuesday, September 29, 2009

i'm feeling tired of times

kelihatannya..seperti sangat penat menanti
hakikatnya..aku akan sentiasa sabar
ironinya..hati ini tidak mampu untuk ku tahan lagi
berada di persimpangan yang tersangat sukar!

namun,
di sibukkan bersama insan-insan yang datang begitu mengubat desakan rindu, mereka yang di takdirkan ke sini....untuk meredah arus Nil bersama..
kerenah yang pelbagai, mencuit rasa memori semalam. Kerana aku juga pernah seperti mereka,
tersesat hingga ke hujung dunia..ah! jahilnya dalam mengenal jalan, rendah diri untuk mula bertutur dalam bahasa asing, itu, di waktu dahulu..3 tahun lepas.


Mereka datang dengan semangat baru, azam baru, nafas baru bagi merealisasikan impian dan harapan. Setiap persoalan mereka sungguh mencabar, berputar-putar minda mencari jawapan terbaik buat mereka. Mungkin, pada insan biasa..ia soalan yang sungguh mudah, tapi tidak bagi aku yang 'lain'. Bukan soal hati terguris, bukan soal emosi tercalar..soalnya diri bimbang kekuranganku dalam menjawab akan memberi impak yang buruk pada mereka, mereka yang sedang semangat untuk meneruskan perjuangan.Segalanya perlu di jelaskan dengan terang lagi jelas, memahamkan akan situasi dan keadaan demi kebaikan aku dan mereka.

--------------------------------

"akak tahun berapa?"

"akak satu batch dengan kak ****h** ke?"

"kenapa akak baru tahun 2"

"ada yang fail, susah ke belajar kak?"

Amacam? tercabar tak soalannya?..tidak pun..cuma aku rasa sangat sukar untuk menjawab, kerana segalanya perlu di terangkan, di fahamkan dan di selami..agar bisa memberi impak positif yang besar buat mereka..kerana sesungguhnya, aku tidak mahu ada yang mengikuti jejak ini.

berpenat-penat itu memang lelah..
ada lagi yang lebih lelah..
berlapar-lapar itu memang menyakitkan..
tapi ada lagi yang kebulur terus..
malu mengaku diri berbakti, kerana segalanya ada pada niat di hati
Semoga Allah memandu hati ini..agar terus terikat dengan hati-hati mereka..adik-adikku.

p/s : entry yang mungkin tak akan di fahami oleh semua..tahniah pada yang faham!~

Tuesday, September 22, 2009

Menghitung detik demi detik..

Hari ini 3 Syawal, hari raya ketiga. Sungguh pelik kerana blog ini sunyi lagi sepi, tanpa ucapan raya menjelang 1 Syawal. Sejujurnya, tiada yang istimewa sangat di rasakan pada raya kali ini, mungkin berada jauh di perantauan yang menyesakkan jiwa, di tambah dengan keterikatan dan tanggungjawab demi melaksanakan beberapa kerja yang masih belum selesai.


Anyhow, Alhamdulillah..Raya itu tidak perlu di rai dengan selalunya indah, penuh dengan keceriaan dan warna warni seperti zaman anak-anak dahulu. Cukuplah dengan seribu satu kesyukuran kerana berjaya menghabiskan madrasah Ramadhan yang ku kira cukup tidak puas merasai nikmat hari dan malamnya. Sungguh cepat hambatan masa, sehingga rupanya terlalu banyak yang tertinggal dan tidak sempat. Paling menyedihkan, aku gagal ke sana..waktu terlalu mencemburui, keadaan yang tidak mengizinkan!

Mungkin juga kerana emosi dan diri masih belum cukup lega, kerana aku..kami masih menanti. Penantian yang ku kira hanya tidak lama lagi akan berakhir, fokus mula lari..fikiran mula sesak, dan jasad lemah longlai melayan rasa yang menggila! Aku insan lemah..aku tidak sama seperti mereka..mereka yang sudah pasti..aku masih samar, tapi aku diletakkan bersama mereka..Oh Tuhan, singkapkan hikmah atas apa yang Kau takdirkan..agar jiwaku tenang!

Baru sebentar tadi ke University, keseorangan ke sana..sungguh aman dengan angin sepoi2 bahasa..ura-ura keputusan akan keluar mendesak ku ke sana..namun, yang di jangka sememangnya pejabat belum beroperasi kerana masih bercuti sempena hari raya. Lega sejenak..lega kerana tak cukup kuat rasa untuk menghadapi tulisan2 depan mata seorang diri, namun..jika esok pun..tentu keseorangan juga. Biarlah, 'bukroh!' itulah kata pakcik tadi..ye..esok.

Bukan ini keluhan, apatah lagi omelan di atas segala beban..cuma..tiada semua di sana faham, status aku masih di antara dua, kadang2 aku bisa tidak mempu memijak bumi yang nyata..emosi tercalar dengan kata dan bicara, aku akur..aku redha, kerana aku masih perlu untuk mendengar demi kebaikan diri. Kesamaran makin jelas menampakkan sebuah hakikat..yang hanya Allah Maha Mengetahui, andai apa jua pengakhirannya..aku pasti..itu yang terbaik..!

Selamat hari raya Aidilfitri..
Maaf atas segala silap dan salah..
kata-kata ibarat mata pedang yang tajam..sekali berkata menghiris hati mencalar emosi..
moga tiada kataku yang melukakan kalian..
keranaku hanya insan biasa..

mode : menunggu keputusan + menghabiskan urusan jaulah..doakan!


Wednesday, September 9, 2009

...

Teguh

dahulu,
Sendiri terpinggir sepi
di ruang sebuah mimpi
yang aku sendiri pasti
akan sebuah janji
yang indah di pateri

kini,
aku semakin menghampiri
jejak-jejak seorang penanti
yang aku tiada mengerti
apakah aku berjaya menemui
sebuah realiti
dan kasih abadi

selamanya,
terteguhnya sekeping hati
hanya pada sebuah memori
yang kekal akanku kenangi
sehingga hayatku akhiri
sampai masaku pergi
kan ku tunggu sehingga mati..

-nukilan dari hati 090909-

Sunday, September 6, 2009

Sejarah hari ini~

Imbas kembali..

"Sejarah adalah apabila ia bisa menjadi pengajaran buat yang leka dan inspirasi buat yang ingin menjadi insan hebat, setiap seorang dari kita, sudah pasti mempunyai sejarah tersendiri. Sejarah diri yang mana ia menjadi 'guard line' bagi meneruskan layar hidup. Semua orang pasti mencipta sejarah, kalau bukan kita..siapa lagi? kalau bukan di sini..dimana lagi? dan kalau bukan sekarang..bila lagi?? introspeksi hari-hari..adakah telah tercipta sebuah sejarah buat diri? "

Dahulu, subjek sejarah bagi saya amat membosankan, mungkin kerana tidak menghayati dengan tekun, atau mungkin juga alasannya sejarah Malaysia dalam buku teks yang tidak menarik. Saya pernah menghabiskan satu buku kajian yang di buat oleh kakak selaku guru sejarah yang mengkaji tentang 'Negeri Cik Siti Wan Kembang'. Sangat menarik dan sehingga sekarang masih mampu mengingat kembali akan catatan itu. Tentang kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah serta Cik Siti Wan Kembang sendiri selaku Raja Perempuan pertama Kelantan yang di tabalkan ketika itu *jika tidak silap*.Ditambah lagi mengenai kisah fitnah pada perkahwinan Puteri Saadong yang melibatkan Raja Siam. Tertarik. Adakah kerana darah diraja yang mengalir dalam diri? atau kerana sejarah itu sendiri sebenarnya seronok jika mampu dihadam dan difahami. Sekarang, saya merasa amat ingin membaca kembali catatan kajian sejarah itu, mungkin juga ingin kembali kepada lipatan sejarah di zaman kanak-kanak yang suka membaca dan mentafsir. Entah di mana catatan itu, tidak pasti. Jika berpeluang pulang, akanku selongkar mencari..pasti!

Oh, bukan perihal sejarah itu yang ingin dibicarakan pada kali ini. Beberapa hari lepas, laptop saya mengalami kerosakan dan pada hematnya perlu diformat kembali. Masih menanti mana-mana 'helper hand' yang sudi menolong~ Pada saat itu, tidaklah rasa sedih amat-amat pun, cuma terkilan kerana terlalu cuai dalam menjaga aset sendiri. Mungkin boleh dikatakan itulah barang peribadi yang amat bernilai *sukar mendapatkannya* jika hendak dibandingkan dengan barangan lain. Respon yang diterima amat pelbagai, saya berterima kasih kepada mereka yang membuka mata dan juga hati mungkin, "ala..laptop je pun..itu pun nak tension ke?' "exam lagi penting! jangan pikir pasal tu..buang masa" ada yang berkata begitu tidak kurang ada yang tumpang simpati.

dan..kata-kata yang paling melekat kemas di hati, sehingga sekarang adalah dari seseorang ini, katanya

"dulu, Ada ustaz pernah cakap..harta, insan, pangkat segala di dunia ni, jangan kita letak sayangnya di hati, letak kat tangan je..kalau hilang tidak perit sangat, yang di hati biarlah yang paling agung dan Abadi tidakkan hilang..Allah"

Termenung lama memikirkannya, sungguh. Benar,segalanya tidak akan kekal, walau sayang seribu kali sayang.Itu hanya sejenis harta, sayangkan insan apatah lagi. Sejarah buat saya, agar diri tidak meletakkan terlalu sayang sesuatu dalam hati yang sering mudah terluka. Bahaya yang amat sangat, payah untuk melupakan dan mengubatinya. Dan, muhasabah juga dalam mencari sebuah Cinta Illahi,yang masihkah ada untuk hamba hina ini.

Walau apa pun, mungkin ada hikmah yang terbaik untuk Dia ukirkan, 'perkara' ini bunyinya kecik, Ya! ia sangat kecil tapi besar bagi insan-insan yang faham dan mengerti.

Status ym saya sekarang adalah "aku manusia lemah, selalu terjatuh"
Tiba-tiba seseorang menegur "tapi..kamu mampu berdiri setelah jatuh, macam kamu kecik2 dulu~ :D"
YA, benar..
Lantasku tersenyum sepi.

Friday, September 4, 2009

BelieVe

Even when the thunder and storm begins
I'll be standing strong like a tree in the wind
Nothing is gonna move this mountain or change my direction
I'm falling off the sky and I'm all alone
The courage that's inside is gonna break my fall
Nothing is gonna dim my light within
But if I keep going on it will never be impossible
Not today.

Cause I got something to believe in
As long as I'm breathing
There is not a limit to what I can dream
Cause I got something to believe in
Mission to keep climbing
Nothing else can stop me if I just believe
And I believe in me.

Even when the world tries to pull me down
Tell me that I can't... try to turn me around
I wont let them put my fire out
But if I keep going on it will never be impossible
Not today

I can do it all, open every door
Turn unthinkable to reality
You see I can do it all and more


NEVER EVER GIVE UP!! till my last breath..

tomorrow,
Anatomy 10 am-Cairo
pray 4 us~


Thursday, September 3, 2009

chump..chump

Mempersembahkan post istimewa buat seseorang nun di PeRak sana~ ia kisah tentang anak yang di tinggalkan oleh ibunya, di jaga oleh mak angkat,mak tiri dan mak tumpang *erk~*

Alkisahnya bermula apabila si ibu telah mengambil keputusan untuk bermusafir pulang ke pangkuan keluarga, manakala 'anak' yang baru beberapa bulan bersama terpaksa di tinggalkan buat sementara waktu di Cairo sini. Mujur juga 2 ibu angkat sudi menengok-nengok bagi makan padanya..last2..tinggalla seorang ibu angkat sahaja, duk melayan kerenah si 'anak' yang bermacam-macam.


Heh. saja nak tunjuk video ChuMp *rem, tatapla puas2*

Pada 21 Julai 2009- Chump telah di hantar ke Vet Pet clinic, Heliopolis kerana di syaki pada testisnya ada tumor. So, terpaksa di operate, Doc tu sgt baik hati~Free..=) ini chump pengsan kna suntik anesthetic.

okeh, haa inilah chump setelah sebulan after operation..hehe...gemok! hyperactive, makan byk~ tido byk~lompat2 lam cage..suka selongkar keluar dr cage *mujur dia kembali utk makan~*

video

Pelakon utama : Chump
lokasi : dalam cage dia
Pelakon tambahan : Anonymous
*Guna video Hphone je..*

Dulu2,x berapa minat kat bdk ni, skrg..dialah teman di kala sepi,dh jatuh sayang la~walaupun dah 2 kali jariku berdarah di gigitnya..aih~x apelah kan, bleh hilangkan tensi aku baca buku *heh*

p/s: chump menanti buah tangan dr Malaysia~

Tuesday, September 1, 2009

wajarkah bersedih?

Awal pagi lagi..sesuatu telah berlaku.
'dia' mati tiba2..yang ku sudah jangka akan kematiannya...kerana lewat malam tadi 'dia' telah memberi petanda akan kesakitannya. Aku buat 'derk' je..sebab aku tak reti nak buat macam mana. Aku cuba bertanya pada yang pakar. 2 insan menjadi mangsa desakan soalanku, namunku gagal temui jawabnya. Aku geram sebenarnya, kenapalah aku sendiri jahil sangat dalam nak menguruskan hidup dia. Bukan baru pertama kali dia begini. Ini sudah kali ketiga. Dan, untuk kali ketiga, aku buntu bagaimana cara untuk merawatnya sebelum terlambat.

Tapi, segalanya sudah terlambat. Dia dah mati..enggan hidup kembali. Aku malas mahu memikirkannya lagi. Aku hanya merenung dirinya yang terpelusuk di sudut penjuru ruang bilikku. Salah aku kah? kerana kurang kasih sayang aku kah membuatkan dia pergi??

Aku tak tahu..yang pasti, aku agak terkilan lagi sedih, kenapa di saaat ini dia pergi, aku amat memerlukan dirinya. Hari ini sj hidup dah cukup celaru..aku mahu bercakap dengan bonda, hanya dia yang bisa menjadi pengantara. Aku tahu, aku tidak patut terlalu mengikut emosi. Exam anatomy menanti dengan nota yang masih bertimbun untuk di hadam. Aaaaah..tolong aku!

Aku cuba utk tidak menghiraukan jasadnya di situ..biar sepi tanpa nyawa, aku tidak tahu mahu memohon bantuan siapa..tambahan malas mahu menyusahkan sesiapa lagi. Biarlah masa menentukan..bila dia akan kembali hidup..patutkah aku berputus asa..dengan membiarkan dia mati..tersadai di situ?? *macam citer doraemon yang aku tengok semalam..isk*

Dia..adalah laptop aku..dia cuma alat..sepatutnya x perlu sedih berlebihan. Ntah, mungkin sebab aku terkilan akan kehilangan segala benda yang ada di dalamnya. *All my stuff* ohh...sudah..sudah..lagi pikir..lg menyeksa jiwa. Biarlah..biarkan saja semuanya berlalu. Hidup mesti di teruskan!

Right now..i truly wanna be home..my home sweet home..can i?


p/s : ym fon td x betul..can't reply sape yg tego. Sory.
Rem, aku nak update psl chump smalam..tp save lam draft dl..tapi xleh nak proceed coz pic lam laptop tuuu...isk. sory.

not in gud mood.
depressed.
tension.

bye.