Friday, May 25, 2012

Yes, i did it !

Assalamu'alaikum wbt

Tangan masih rasa terketar-ketar, degup jantung juga masih ada debarannya. Baru sahaja selesai menempuhi satu misi yang pada awalnya dirasakan amat mustahil untuk menjayakannya, namun akhirnya YES, I DID IT ! 

Kisahnya begini, pada kebiasaan hidup di asrama dengan tandas di luar bilik ini, penghuni sepatutnya membawa kunci bilik setiap kali keluar walaupun sekejap. Nak dijadikan cerita, aku ini jenisnya kurang rajin nak bawa kunci ke toilet, fikirnya sekejap je, nak ambil wuduk! Tapi biasalah, hati dah rasa risau sebab tak bawa kunci dan duk fikir-fikir roomate ada exam petang ni......
 
Bila kembali ke bilik..dangg! pintu terkunci, bilik senyap sunyi! OMG, apa yang dirisaukan sudah terjadi. I have no key >.< nak buat apa ni, dah la sehelai sepinggang dengan shirt and kain sarung, hp dalam bilik. Peluh 'jantan' mula keluar..zohor dah agak lewat. Fikir, fikir untuk cari jalan. Tingg! cuba ketuk bilik sebelah juga senyap sunyi. huhu..rasa ralat jiwa raga (haa tu la sape suruh lewat2 kan solat, time tu memang rasa bersalah sangat sebab biasanya x pernah ralit sampai begini :( )
 
Terus ambil tuala yang dekat penyidai dan sarung kat kepala then pusing keliling bilik untuk ke tingkap my compartment. Yes, tingkap buka..alololo i can see my key hanging dekat suis lampu. Oh, dapat capai my hp after rungkas tingkap sikit-sikit..hehe..sambil tengok belakang hopefully nobody there. Think, and think again, mcm mana nak dapatkan that key...rasa nak guna kuasa mcm cerita yang orang ada kuasa tu dapat tarik je barang guna isyarat tangan..But of cos la x jadi !
 
Sempat lagi berdoa dalam hati "Ya Allah, gerakkanlah kunci itu.." heh..funny, mestila kena usaha something. Tengok belakang nampak ranting kayu, agak panjang tapi tidak cukup panjang utk dapatkan that key. Then, sambungkan dengan another ranting yang pendek sikit, so jadi la panjang..tapi tidak cukup kuat.

Finally selepas cuba beberapa kali, akhirnya kunci terjatuh ke lantai bilik. Alamak ! lagi susah nak ambil. Tapi rupanya makin senang, kais sahaja dengan ranting kayu tu then bila dah dekat dengan tingkap maka gunakan bahagian ranting yang agak kukuh untuk kait naik ke atas bagi keluar dari tingkap. ! Seriously, aku rasa nak bersorak sorang-sorang masa berjaya dapatkan kunci. huhu, sakit urat-urat bahu.

Bila fikirkan kembali..Subhaanallah, Maha Suci Allah yang mendatangkan segala ilham dan kekuatan. Susah sangat kalau tidak dapat masuk bilik huhu. Allah takdirkan ada ranting kayu, ada getah pengikat dan kunci pula ada tali yang panjang senang untuk dikait. Paling penting, USAHA ! 

Itulah pengajaran buatku di petang Jumaat yang mulia ini. Lusa akan mula exam, yes..banyak yang perlu dibaca lagi dan lagi..USAHA sedaya mungkin and Leave the rest to Allah..

SMILE :)

p/s : saja abadikan cerita ini untuk memori di masa akan datang !


Monday, May 21, 2012

FINAL EXAM S2Y1 OPT

Assalamu'alaikum wbt

Peperiksaan datang lagi. Buat kali pertama sebagai pelajar Optometry :) Semoga Allah kurniakan kekuatan dan kesihatan yang terbaik sepanjang peperiksaan kali ini. Jadual seperti mana berikut. 

19/5/12 : Study Circle 1
27/5/12 : Islam, Knowledge and Civilization 
30/5/12 : Bahasa Melayu Kerjaya
31/5/12 : Critical Thinking in Healthcare
 1/6/12  : Anatomy & Physiology

 8/6/12  : Ocular Anatomy 


Doakan kecemerlangan saya ! :) 



YES, I BELIEVE ;)

p/s : Tidak sabar untuk habiskan exam kali ini, after that akan cuti 3 months ; full of missions and visions ;p


Friday, April 13, 2012

Gratitude


Dengan nama-Mu Ya Allah..

Assalamu'alaikum wbt

Gratitude bermaksud bersyukur. Perkara yang sering datang setiap kali kita berada dalam sesi-sesi tazkirah atau seumpamanya. Kebiasaan sangat tajuk ini menjadi pilihan jika kadang-kadang terpilih untuk menjadi pentazkirah secara spontan. 'SYUKUR dan BERSYUKUR', apakah kelebihan atau hebatnya perkataan ini?

Aku bukanlah yang arif lagi bijaksana untuk mengupas secara mendalam tentang perkara ini, namun cukuplah dengan hidup bersama dengan orang-orang yang hebat, yang tidak pernah jemu berkongsi ilmu dan pengalaman dengan diri ini. Ini juga salah satu syukurku pada Allah, kerana perjalanan aku beribu batu, bertukar benua, beronak duri rupanya persinggahan seterusnya aku di sini, sebuah dimensi baru. SYUKUR PADAMU YA ALLAH..

Di sini, aku belajar untuk menjadi hanya yang positif walaupun pada perkara yang dirasakan begitu jelas negatif. POSITIVE MIND AND SOUL. Pada setiap masalah, pandang pada sudut kebaikannya. Yes, masalah adalah untuk kita belajar perkara baru !

Bersyukur pada setiap musibah dan ujian, kerana dengan kesyukuran pada perkara ini, maka andai nikmat dan bahagia Allah Kirimkan pasti tersangat HEBAT lagilah syukur kita padaNya bukan? SubhaanALLAH. Jangan ditangisi sebuah kehilangan , sebuah kegagalan kerana masa depan kita dalam Kuasa dan Pengetahuan Dia..

Jika sudah jatuh, WAJIB BANGKIT kembali! Dahulu masa kecil sedang belajar berjalan bukan main lagi kita bertapak untuk berjalan, jatuh dan bangun lagi. Tidak kira sudah banyak mana luka dan sakitnya. Tapi KITA BANGUN lagi ! dan, sekarang, kita lebih dari punya kuasa untuk bangkit kerana kita sudah dewasa. Alangkan mereka yang tiada kaki, tangan pun will back up after falling. -_-

Hidup ini sangat indah, percayalah. Bukan sia-sia setiap satu perkara yang terjadi kepada kita. Walau kita pernah berada bagai di bawah hamparan bersama debu-debu tanah, TETAPI tidak mustahil untuk kita kembali berada di atas, di puncak IMPIAN ! BELIEVE in yourself, and the ultimate BELIEVE is ONLY IN ALLAH swt.

Visualize what you want to be, dream about it, DREAM BIG ! Say to yourself YOU CAN DO IT !


YES,
I BELIEVE, and I WILL NEVER EVER GIVE UP !

kenapa? kerana aku mahu jadi hamba Allah Yang Bersyukur, dan serendah-rendah hati ini hanya berharap, berserah pada Allah YANG MAHA KUASA.

Bersyukur, dengan tidak akan berhenti dari terus berjuang hingga ke akhirnya.

Pada saat ini, aku bagai sedar bahawa dunia ini amat luas, hidup ini terlalu indah untuk diratapi dan disia-siakan..Syukur Ya Allah..


Thursday, March 15, 2012

kakak

Assalamu'alaikum w.b.t.


Minggu ke 6 adalah minggu untuk pening dan stress. Manakala minggu ke-7 minggu untuk ujian-ujian di dalam dewan peperiksaan. Cepat sungguh masa berlalu, sudah nak mid term exam dan bakal bercuti di minggu ke 8 ! Yeay! oh, tidak lah patut melompat sakan kerana selepas cuti deretan exam, due date assignment dan presentation yang pelbagai perlu disempurnakan. Wah, menarik! Teruja! Cuak !

Pada semester 1 ini aku bersama dengan pelajar-pelajar semester 2. Special case la katakan, hampir semua etika & peraturan juga adalah khas untuk pelajar ini (aku). Pada awalnya terasa ganjil dengan suasana baru, persekitaran baru, kawan-kawan baru dan sebagainya. Natijahnya, aku masih mampu hidup dan bertahan sehingga ke saat ini ! Alhamdulillah, moga segala yang pahit-pahit itu menjadi ubat untuk terus gagah perkasa.

Bercerita tentang kawan-kawan baru, sungguh aku merasakan terdapat 'gap (junction?)' bila menggunakan panggil 'kak' di hadapan nama. Pada awalnya aku dengan selamba tidak mahu dipanggal 'kakak', panggil sahaja namaku, aku sungguh tidak kisah. :) Namun, adik-adik ini sungguh comel, mahu juga berkakak-kakak. Maka, itu takdir yang perlu diredhai bukan? ;) Not a big deal. Cuma kadang-kadang, terasa perlunya sang sahabat yang senada dan seirama dengan diri ini ^_^

Bila difikir-fikirkan kembali, sememangnya sejak dari sekolah lagi status 'kak' itu melekat di hadapan nama. Cantik percaturan Allah ini, aku ditakdirkan punya 2 adik laki-laki dan tiada adik perempuan. Tetapi rupanya Allah hadiahkan ramai adik-adik perempuan bersama dengan aku dalam setiap cerita hidup ini. (oh, agak poyo pula rasanya ~_^) . Comel-comel pula itu mereka ini, walaupun tidak terlepas kenakalannya ;p Tidak mengapa, itu semua warna sebuah kehidupan bukan? Senyum lagi :)

Menjadi kakak itu bukan sesuatu yang perlu dimalukan apatah lagi disegankan dalam kita menuntut ilmu. Ramai yang berpesan begini kepadaku. Susah, memang susah untuk tidak merasa seperti itu. Isk. Orang cakap lagi, umur itu bukanlah kayu pengukur pada sebuah kejayaan. Senyum sedikit buat pengubat resah. Terbaca lagi, menuntut ilmu itu dari buaian hingga ke liang lahad. Terasa segar seluruh jiwa raga ! :) Indahnya andai segalanya dilihat pada kebaikannya dan kelebihannya, dan bukan pada pandangan negatif.

Cukup untuk kali ini. Minggu depan ada pembentangan subjek Bahasa Melayu. Pasti teringat akan dia, teringin bergandingan bersama dia. Kita buat sajak ok? Dan sememangnya aku perlu bersajak untuk kali ini ! moga-moga menjadilah nada dan iramanya. ^^ Mohon doanya ya.


- saya amat rindu mereka -

Malam-malam penat mengerah otak, mendengar irama-irama penuh syahdu pasti aku teringat akan mereka. Sayang dan rindu tidak pernah padam walau terkadang tiada interaksi antara kita. Semoga Allah pelihara mereka di sana dan aku di sini dengan sebaik-baik pemeliharaan.

Catatan hati di malam hari, dalam pedih ulu hati -_-


Wednesday, March 14, 2012

Hilang dan Jumpa

Aku rasa akan sebuah kehilangan.

Aku suka mengutarakan pendapat yang dirasakan sesuai dengan tajuk perbincangan,
aku gemar mendengar penjelasan seandainya aku perlu menerima hujah insan lain,
aku lebih lagi suka andainya aku dapat memahami sesuatu yang aku tidak sukai itu perlu dilaksanakan, agar resah ku kurang dan kecewa ku ringan.

Tetapi,
aku akan menjadi amat terkilan, terganggu seandainya aku dibiar berteka teki, berandaian dan dengan penuh persoalan melaksanakan tugas / perkara yang kurang jelas.

Apa yang aku hilang?

Sebuah 'suara'

dan

'harapan'

Iya. Bahasa jiwa lebih dominan saat dan tika ini, bila hati mencari-cari solusinya.

Moga-moga akan jumpa..

Sunday, February 19, 2012

aku sudah jatuh cinta

Benarlah kata orang cinta itu sememangnya indah dan mengasyikkan. Walau ke mana kaki melangkah pergi semangat cinta itu akan tetap membara. Sungguh teruja dan mengkhayalkan. Seandainya bangun pagi itu kamu merasakan sebuah perasaan yang melemahkan dan resahnya hati, maka dengan cinta itu ia buat kau hidup lagi bersemangat waja ! Hebat sungguh penangan sebuah cinta.

Kata orang lagi, walau cinta itu indah namun pahitnya tetap ada. Hati terluka jiwa terguris bila mana cinta tidak lagi memberi kau rasa terhibur dengan masa mu. Kau rasa hari-hari berlalu begitu hambar dan hilang serinya. Mengapakah begitu? Hidup bagaikan putaran roda, masa bahagia masa derita silih berganti. Lantas cinta pun pergi meninggalkan hati. Salah siapakah rencana ini?

Yang pastinya, aku tidak reti mengungkap cinta buat insan, kerana aku tidak tahu bagaimana itu cinta manusia? Semacam penuh hipokrit tetapi itu sungguh. Aku cuma merasa cinta pada apa yang aku lalui hari-hari sekarang dalam hidupku. Bangun ku di pagi hari ku rasa indah dengan cinta untuk menuntut secangkir ilmu. Aku merasai akan baiknya Tuhanku padaku atas nikmat dan peluang, walau aku seringkali bersalah dan memikirkan yang bukan bukan. Hati terlalu cepat berandaian yang tidak baik malah membawa noda tanpa sedar. Maafkan aku wahai Tuhanku..

Hati ini mahu sepenuhnya cinta. Kerana dengan menyintai aku akan lebih dihargai. Supaya aku tidak lagi menjadi pengejar cinta yang menjauhi aku.

Semoga hari-hari yang mendatang, cinta ini akan terus mekar dan subur...:)

Sunday, February 12, 2012

Perjalanan baru

Salam 'Alayk :)

Alhamdulillah pada setiap apa yang berlaku dan nafas yang masih ada. Hari ini masuk hari ke 6 bermukim di IIUM Kuantan, Pahang. Musafir lagi demi sebuah perjuangan dan harapan yang masih tidak kesampaian. Syukur pada Allah atas segala peluang dan ruang untuk diri ini menimba sedikit dari ilmu Nya untuk dihadam dan kelak diaplikasikan demi kebaikan seluruh mukmin insya Allah.

Tanggal 7 Feb 2012, maka secara rasminya aku bergelar seorang pelajar Bachelor of Optometry. Perjalanan ini akan memakan masa dan memerlukan kekuatan jiwa, ketajaman akal fikiran pada tahap yang tertinggi. Semoga Allah akan permudahkan segalanya hingga ke akhirnya..ameen.

Terlalu besar cabaran dan dugaan, dan besar juga pengorbanan yang telah dilakukan. Sememangnya aku hanya insan kerdil penuh dosa, lemah lagi tidak punya kuasa. Semoga hati ini terjaga dari noda dan semoga diri ini dijauhkan dari kesilapan lampau. Sesungguhnya kadang kala aku ketakutan untuk melangkah, bimbang sejarah lama mungkin berulang, namun ku kuatkan jua demi sebuah keyakinan. Allah Maha Tahu akan segala penderitaan, kesakitan ku dan Allah Maha Tahu akan takdir terbaik buat ku.

Walau apa pun yang berlaku pada masa mendatang, akan aku teruskan jua langkah ini. Bermati-matian demi peluang yang akhir, yang moga-moga adalah kemuncak kepada sinar sebuah kejayaan. Maka, aku redha dengan pilihan ini dan sepenuhnya berserah pada Nya..

~Tiada yang lebih sayang kepadamu melainkan Tuhanmu..
~Tiada yang lebih tahu akan penderitaanmu lebih banyak dari Tuhanmu..
~Tiada yang mampu menghilangkan kemudharatanmu melainkan Tuhanmu..

Dengan nama Mu Ya Allah..

Bachelor of Optometry
Sem 1 Year 1

:)