Wednesday, January 6, 2010

insan bernama ayah

Assalamu'alaikum w.b.t.

Pernah tak pada satu ketika, kalian didatangi rasa rindu yang amat sangat pada seseorang yang jauh? hm..pasti pernah bukan.

Hari ini aku mahu bercerita tentang 'ayah'.

6 Jan 2010, genap 61 tahun umur ayah, kali terakhir bersua di dunia realiti adalah pada pagi 11 october 2008, iaitu hari terakhir berada di bumi Kelantan saat pulang ke Malaysia setahun lalu. Seminggu yang lalu, semasa bermuka-muka di webcam, ayah masih seperti dulu, janggut yang makin putih dan rambut ayah pendek macam botak, katanya baru lepas gunting dengan mesin gunting pisau no 1 (org laki faham kot~)
Dan, walau umur ayah bertambah, satu aje yang kekal iaitu kemanisan senyumannya. Ayah selalu senyum je walaupun sedang sakit, sedang susah.

Agaknya, ayah masa muda-muda dulu mesti hensem dan kacak kan..(hahaa~) . Gambar ayah dan bonda zaman muda-muda tak pernah ada dalam simpanan. Iyelah, dahulu mana ada kemudahan macam sekarang, serba serbi susah dan sukar. Tapi, aku masih ingat, seperti ada satu memori wajah ayah semasa muda-muda dan aku masa tu kecil comel, sebab jadi anak manja ayah. Kami banyak persamaan, wajah aku wajah ayah (orang kata la~).

Bila dah semakin dewasa, jarak memisahkan, dah tak boleh nak pandang wajah ayah selalu. Tapi setiap kali telefon, pasti akan bercakap dengan ayah, bercerita apa-apa sahaja walaupun kadang-kadang ayah macam tak faham apa yg aku bebel kan (huu~yela, anak dia dah kekok slang kelate) ^_^

Aku mahu jadi doktor ayah, ayah banyak sakit. Setiap kali telefon, mesti ayah cerita tentang sakitnya, tentang ubat yang dia makan, tentang temujanji dia dengan doktor di hospital. Ayah kata, puas dah nak makan ubat..tapi ayah tetap makan, sebab dia kena sihat supaya anak-anak tak risau. Ayah memang tabah, tidak pernah mengeluh sakitnya dia. Ayah memang seorang yang tak boleh duk diam, dia tetap mahu buat kerja walau sakit-sakit. Tapi sekarang ayah dah bersara sepenuhnya, sebab ayah perlu berehat.

Penamatan tajaan itu betul-betul membunuh semangat aku. tapi, ayah tetap bertegas, aku mesti belajar sampai jadi doktor. (impian ayah sejak dulu). Ayah akan usahakan segalanya, ayah akan buat apa yang patut asalkan aku boleh belajar sampai habis. Itulah ayah.

Bonda, hanya bonda yang akan sempurnakan ayah. Bonda yang lemah lembut, ayah yang berjiwa kental. Dan aku. Aku yang lembut tapi kental jiwanya! InsyaAllah..

*Semoga Allah berkati umur ayah, semoga diberi kesihatan yang TERBAIK buat ayah, semoga ayah dan bonda bahagia dunia dan akhirat*

-----------------------
madihah --> selamat hari lahir =) Moga kamu mendapat apa yang kamu cari, seiring dengan petunjuk dan RedhaNya..May Allah Bless U my dear.
















"wira kesedihan yang tidak punya apa-apa melainkan hati yang penuh redha dengan takdir Tuhan. Mengerti akan hakikat kehidupan dan kepastian sebuah kematian"

p/s : anak2 n cucu2 ayah selalu cakap wajah ayah sama dengan Tok Guru..yeke?
=)



3 comments:

  1. hmm..mgkn gamba yg diletak ni x gaye sgt..maybe klu tengok depan2 ade samenye tu..hanya yg pernah lihat lebih mengetahui =D

    ReplyDelete
  2. saya terharu kakak! T_T..rindu ayah saya jugak

    ReplyDelete
  3. Ami,
    aah..mungkin gak, sebab kat umah ada satu poster tok guru yang besar..so anak2 merujuk kpd pic tu la ;) hehe.

    sam,
    huu..yep..yep..rindu ayah dan semua juga.

    ReplyDelete