Friday, March 5, 2010

tabahlah hati

Saat pertama link blog ini diisi, secara spontan kalimah 'tabahlahati' yang terbit dijiwa termaktub sehingga sekarang. Kerana, aku mahu setiap apa yang terjadi padaku, sahabat terdekatku, insan-insan tersayangku menjadikan ketabahan hati itu sebagai momentum untuk mendidik diri menjadi insan yang kuat!.

Aku dan dia, kami ditakdirkan bertemu pada saat getir hidup bertamu ujian dalam study dan exam, seingatku pengakhiran tahun 1 yang betul-betul membuat aku mengenalinya, ketika menduduki peperiksaan ulangan tahun 1. Sebelum ini,rasa tak kenal sangat pun. Mungkin kerana aku jenisnya sukar untuk mesra dengan teman seawal dulu. Ketika itu, kami beberapa orang..terasa ada insan bersama-sama dan saling support untuk teruskan perjuangan dalam peperiksaan ketika itu. oh..dah lama rupanya saat tu...suatu hari nanti pasti akanku jadikan satu jurnal kehidupan dalam liku hidup di bumi Allah ini. [moga2 ada kesempatan]

Aku dan dia, saat ini..kami masih bersama..kami ada persamaan, tapi banyak juga berbezaan. Kami pernah menangis bersama, memujuk hati bersama-sama sampai terasa mahu give up pun bersama-sama-tapi berjaya dipositifkan kembali fikiran saat itu. *-* . Masih ingat lagi semasa sedang menanti keputusan exam dur thani tahun lepas [result penentu]. Dia berkata padaku 'kteah..kita semua kena naik tahun 3 sama-sama ye, jangan tinggalkan saya' . Aku membalas..'Ye, kteah takkan tinggalkan Ami..' . Tidak tahu, itu suratan ataupun kebetulan..akhirnya tinggallah aku bersamanya menghabiskan madah yang masih berbaki.

Terpana.terpaku.tersentak..dia diuji lagi, dan pastinya ujiannya lebih hebat kali ini. Tidak setanding dengan apa yang telah kami lalui sebelum ini. Dia masih mampu tersenyum manis, petah bercerita..itulah kelebihannya yang tiada tandingan. Allah amat sayangkan dia, Allah beri dia kekuatan dan semangat, sehingga aku termalu sendiri dengan kelemahan diri ini.

Ami Farhani, takziah atas kehilangan ayahanda tercinta, semoga hatimu terus tabah. Dan, sesungguhnya,aku sayang padamu, ada janji dalam hatiku padamu..akanku pegang hingga akhir hayatku..semoga ketabahanmu mencetuskan semangat buatku untuk meneruskan baki-baki terakhir perjalanan penuh ranjau ini. Aku doakan yang TERBAIK buatmu dan keluarga didunia dan akhirat sana..=)

Terima kasih Allah, KAU datang ketika duka..dan bintang bercahaya tunjukku ke jalan Syurga..Kau datangkan peringatan sedang hambaMu leka..dan KAU lah Yang Satu, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

'sungguh aku bukan wali..yang suci dari hina dan benci..!'

Irhamnaa Ya Allah...



2 comments:

  1. Ini percubaan nak bagi saya nanges ke...hehe =p

    thanx 4 dis post..walaupun ada unsur2 hiperbola di situ huhu

    tapi kan, nnt k teah nak tinggalkn sy jgk kn..eleh mcm org x tau. xpela kn, sy redha je :)

    ReplyDelete
  2. ops~~

    Ami, sy tak bermaksud utk mengalirkan air matamu~hahaa..

    sy tulis dgn sejujurnya tu ;p

    huu..ntahla..mgkin kita mmg ditakdirkan bersama kan..isk~..sy pun redha apa sahaja..kdg2 yg kita nak tu x semua kita dpt.. psiuuu~~

    ReplyDelete