Asrarr kembali mengangkat 'pena'. Alhamdulillah, pada umur 23 tahun 10 hari, aku masih lagi diberi nafas dan nyawa untuk terus berkelana. Alhamdulillah, pada saat ini aku masih ada keinginan untuk menggunakan segenap upaya tubuh kecil ini, untuk menghabiskan sisa-sisa perjuangan yang tidak pernah selesai. Allahu Rabbi, bukti kekuasaanMu ada di mana-mana. Ada pada setiap insan yang Kau beri nikmat dan ujian.
4 July --> 20 July
Tempoh masa di atas adalah cuti buat diri aku pada sesi ini. Tidak sampai sebulan cutinya, tetapi itu pun sudah cukup agak membosankan. Silap aturan diri juga kerana tidak pandai mengatur masa. Namun, disebaliknya ada kepuasan tersendiri kerana berjaya melangsai beberapa janji dan perancangan yang tertangguh. Alhamdulillah :). Oh, ulang tahun kelahiran kali ini agak berbeza, mungkin kerana 'terselamat' dari aura keputusan peperiksaan seperti tahun-tahun yang lalu. Bagus juga, sekali sekala menggembirakan hati. Sudah 23 tahun rupanya, hm..bonda suruh balik mengundi! XD
Tempoh masa di atas adalah cuti buat diri aku pada sesi ini. Tidak sampai sebulan cutinya, tetapi itu pun sudah cukup agak membosankan. Silap aturan diri juga kerana tidak pandai mengatur masa. Namun, disebaliknya ada kepuasan tersendiri kerana berjaya melangsai beberapa janji dan perancangan yang tertangguh. Alhamdulillah :). Oh, ulang tahun kelahiran kali ini agak berbeza, mungkin kerana 'terselamat' dari aura keputusan peperiksaan seperti tahun-tahun yang lalu. Bagus juga, sekali sekala menggembirakan hati. Sudah 23 tahun rupanya, hm..bonda suruh balik mengundi! XD
-21 July-
Keputusan peperiksaan akhir tahun 2 telah keluar. Sekali lagi, aku gagal untuk melepasi tahap lulus untuk ke tahun 3. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk aku menambahkan amal di bulan Syaaban dan Ramadhan ini, amal yang tidak semua berpeluang memilikinya. Semoga ini yang terbaik. Apalah sangat kan, tidak mati pun baca buku banyak-banyak kali. Terkilan dan ralat rasa jiwa untuk mengkhabarkan berita tidak enak ini. Ampuni aku Ya Allah..aku amat mencintai ayah dan bonda sehingga rasanya tidak mampu untuk mengguris hati dan perasaan mereka lagi.
"..alam bagaikan membisu, arus sungai Nil pun mengalir lesu, mendengarkan tangismu.."Keputusan peperiksaan akhir tahun 2 telah keluar. Sekali lagi, aku gagal untuk melepasi tahap lulus untuk ke tahun 3. Alhamdulillah, Allah masih memberi peluang untuk aku menambahkan amal di bulan Syaaban dan Ramadhan ini, amal yang tidak semua berpeluang memilikinya. Semoga ini yang terbaik. Apalah sangat kan, tidak mati pun baca buku banyak-banyak kali. Terkilan dan ralat rasa jiwa untuk mengkhabarkan berita tidak enak ini. Ampuni aku Ya Allah..aku amat mencintai ayah dan bonda sehingga rasanya tidak mampu untuk mengguris hati dan perasaan mereka lagi.
Hamba, sukar rasanya tidak berandaian. Pasti ada walau sedikit. Perlu segera padamkan sangkaan buruk, perlu segera hilangkan segala halangan. Manusia melihat, pelbagai nilaian mereka pada hamba ini. Aku tiada kuasa untuk menghalang. Biarkan, hiraukan sahaja. Yang penting, Allah...jangan Kau tinggalkan aku.
Bersiap siaga untuk exam dur september. Semoga yang terakhir ini membuahkan kebahagiaan, ketenangan dan keredhaan. Mohon doa dari semua =)
---------------------------------------------------Bersiap siaga untuk exam dur september. Semoga yang terakhir ini membuahkan kebahagiaan, ketenangan dan keredhaan. Mohon doa dari semua =)
Khas buat mereka yang sepertiku :)
Dear my fellow friends..
I just really want to share 'what-i-will-paste-below' to all of u..what ever condition we are now, no matter what, as we are brothers and sisters, i believe we'll be SOMEBODY in the future. Have Faith.
" Lamenting the unfinished elegy, regretting one's helplessness,
Fearing the passing time, I only live for my belief,
Let the future generations be the judge,
YOU are passionate, fierce like roar of the desert storm,
YOU are resolute, unyielding like the lone cliff standing on its own,
YOU are like a sword that swept through a battle lonely, as you gaze upon the moon,
YOU are calm, untouched like a droplet of water,
YOU are gentle, soft like the falling flower petals,
YOU are praised through generations but YOU are just a mere mortal who silently laments the sunset "
there's no others..just YOU.
[copy and paste from soundtrack Legend of condor Heroes..;p]
p/s : panjang plak entry kali ni ;p .jangan lupa banyakkan doa malam nisfu syaaban (selasa-27 july) doa dari jiwa yang tunduk dengan penuh rasa kehambaan, moga-moga Allah makbulkan. =)
No comments:
Post a Comment