Thursday, August 12, 2010

salam kemaafan

Assalamu'alaikum w.b.t.

Salam Ramadhan buat semua. Tadi sempat telefon rumah, borak-borak dengan ayah. Ayah cakap, nanti minta maaf dengan kenalan yang rapat-rapat, takutnya ada yang pernah kita buat salah tapi tidak terperasan. Takut-takut hal yang demikian yang membuatkan sukar untuk belajar dan sebagainya. Benda tu bunyinya biasa saja. Tetapi apa salahnya jika selain usaha sungguh-sungguh buat kali terakhir ini, hubungan dengan sesama insan perlu dibersihkan dari sengketa dan yang paling penting ikatan hati dengan Allah Yang Satu terus utuh dan dikuatkan lagi.

Justeru itu, buat yang mengenali diri saya, saya mohon agar dimaafkan segala kesilapan dan kesalahan, pada tulisan, percakapan, riak muka atau tingkah laku yang mengguris hati dan perasaan sahabat-sahabat. Mungkin saya tidak nampak, tetapi mungkin anda yang merasainya dapat melihat tanpa saya sedar. Maafkan saya. :)

Maaf juga, tidak pandai rasa nak mengolah ayat. Semoga di bulan yang mulia lagi berkat ini, kita dapat perbaharui ukhuwah dan persahabatan, jika tidak pernah kenal pun, ikatan sebagai sesama muslim itu tidak akan pernah padam selagi mana Islam yang kita bawa sebagai Ad-Din.

Oklah, setakat ini sahaja. Semoga Allah Redhai segalanya.

--------------------
Terima kasih Allah, atas kurniaan anugerah yang tidak ternilai, Ayah dan Bonda.

sesekali hati perlu diusik..sesekali jiwa perlu dilembutkan..



No comments:

Post a Comment