Assalamu'alaikum w.b.t.
Salam 28 Ramadhan buat semua. Iye, sudah 28 hari Ramadhan dijalani, dan ia semakin hampir ke penghujungnya. Sayu, sungguh hati ini makin sayu. Tidak bersungguh mana dapat menghidupkan Ramadhan kali ini kerana batas-batas yang melingkari diri. Masa yang menyempit dengan keutamaan lain pada bulan mulia memaksa diri membuat pilihan yang terbaik buat diri. Walau apa pun, nilaiannya dari Allah, Yang Maha Tahu. Semoga segala kepahitan membuahkan kemanisan yang tiada tolak bandingnya.
Pada saat ini, Alhamdulillah saya telah selesai menghabiskan peperiksaan kecuali ujian lisan pada hari esok untuk subjek yang terakhir. Teruskan berdoa dan berserah dengan sepenuh hati, berlandaskan keyakinan yang padu hanya kepada Dia. Sesungguhnya, hamba itu, hatinya sentiasa mudah untuk berbolak-balik dan lupa. Jangan biarkan hati bersangka-sangka, sangkalah hanya yang baik-baik kerana takdir Allah itulah yang terbaik. Sukar untuk bertenang di ambang kegentingan, ayat-ayat cinta Illahi itu jualah pengubat segala resah. Terasa manis mengenangkan Rahmat dan Kasih SayangNya yang tidak berbelah bagi, terasa hiba dengan perhatianNya pada hamba yang hina.
InsyaAllah, jika tiada halangan, Syawal tahun ini bakal diraikan di awangan. Sungguh tidak sabar lagi untuk bertemu mata insan-insan yang amat dirindui. Tuhan, sampaikan aku kepada mereka. Suatu kepulangan yang benar-benar akan membuat diri teruji. Semoga segalanya berada dalam jagaanMu. Ameen.
Aku pasti akan kembali, kerana segalanya masih belum berakhir..

balik?? waaaaaaa... bestnye~
ReplyDeleteyep! :D
ReplyDeletehehe..balik ler ;p
selamat hari raya!