Sunday, February 19, 2012

aku sudah jatuh cinta

Benarlah kata orang cinta itu sememangnya indah dan mengasyikkan. Walau ke mana kaki melangkah pergi semangat cinta itu akan tetap membara. Sungguh teruja dan mengkhayalkan. Seandainya bangun pagi itu kamu merasakan sebuah perasaan yang melemahkan dan resahnya hati, maka dengan cinta itu ia buat kau hidup lagi bersemangat waja ! Hebat sungguh penangan sebuah cinta.

Kata orang lagi, walau cinta itu indah namun pahitnya tetap ada. Hati terluka jiwa terguris bila mana cinta tidak lagi memberi kau rasa terhibur dengan masa mu. Kau rasa hari-hari berlalu begitu hambar dan hilang serinya. Mengapakah begitu? Hidup bagaikan putaran roda, masa bahagia masa derita silih berganti. Lantas cinta pun pergi meninggalkan hati. Salah siapakah rencana ini?

Yang pastinya, aku tidak reti mengungkap cinta buat insan, kerana aku tidak tahu bagaimana itu cinta manusia? Semacam penuh hipokrit tetapi itu sungguh. Aku cuma merasa cinta pada apa yang aku lalui hari-hari sekarang dalam hidupku. Bangun ku di pagi hari ku rasa indah dengan cinta untuk menuntut secangkir ilmu. Aku merasai akan baiknya Tuhanku padaku atas nikmat dan peluang, walau aku seringkali bersalah dan memikirkan yang bukan bukan. Hati terlalu cepat berandaian yang tidak baik malah membawa noda tanpa sedar. Maafkan aku wahai Tuhanku..

Hati ini mahu sepenuhnya cinta. Kerana dengan menyintai aku akan lebih dihargai. Supaya aku tidak lagi menjadi pengejar cinta yang menjauhi aku.

Semoga hari-hari yang mendatang, cinta ini akan terus mekar dan subur...:)

2 comments: