Tuesday, January 19, 2010

kisah dari Afida

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hanya orang yang mengalaminya akan merasai apa itu rasa sedih dan redha atas segala ujian yang menimpa diri. Begitu juga mungkin yang dilalui oleh sahabatku Nur Afida Kamarul Zaman yang sedang melalui ujian yang menimpa keluarganya baru-baru ini. Afida telah pulang tergesa-gesa ke Malaysia pada malam 15 Jan lalu setelah mendapat berita kemalangan yang menimpa 2 adiknya. Salah seorang dari mereka koma (Zaim) dan seorang lagi (Hakim) patah tangan dan kaki.

Mungkin sahabat2 yang terdekat dengan Afida lebih mengetahui dan merasai detik saat beliau mendapat perkhabaran tersebut. Jauh disudut hati, kagum dan bangga dengan dirinya yang begitu tabah dan kuat, masih dapat meraikan sahabat-sahabat yang datang bersama kerumah untuk membantu sekadar yang mampu.

Baru sekejap tadi sempat berborak lama dengan Afida di Ym..dan dia mula bercerita tentang kisah yang berlaku pada keluarganya..

[sy kongsikan atas permintaan afida..cuma diubah sedikit ayat dan kata yang sesuai]

*****
Pada malam kejadian tersebut, Zaim dan Hakim menaiki motor untuk pulang ke rumah setelah menghadiri majlis solat hajat yang diadakan di Stadium Kota Bharu. Ketika tiba di jalan berdekatan dengan rumahnya, Hakim nampak ada kereta yang asalnya berhenti tapi tiba-tiba sahaja memberi signal untuk ke kanan, Hakim ingatkan kereta itu nak jalan straight ke depan rupanya kereta itu u turn dengan tiba-tiba. Lalu, hakim gagal mengawal motor tersebut dan melanggar kereta. Zaim yang dibelakangnya sebagai pembonceng telah tercampak ke tanah dan tidak sedarkan diri. Serban yang dipakainya juga terbang semasa dia tercampak.

Hakim yang cedera ditangan n kaki tidak merasa sakit langsung lebih-lebih lagi apabila melihat adiknya yang tidak sedarkan diri. Dia nak telefon ayah dia tapi telefon entah ke mana lalu meminjam dari orang yang ada dekat situ itupun setelah dia merayu-rayu. (tolongla, sy anak tok imam, sy nak kol ayah saya..adik saya tok kaba*).

Pada masa itu, ayah berada dirumah tok, depan rumah je..lepas je hakim bercakap dgn ayah , terus ayah turun berlari, tak sempat nak pakai selipar pun. Tiba je ditempat kemalangan, ayah tengok Zaim x sedarkan diri..terus ayah angkat sorang demi sorang naik kereta sebab ambulance yang dihubungi tak sampai juga lagi. Dalam kereta Mawardi (adik bongsu) riba Zaim yang tak sedar dan Hakim duk depan dengan sakit2 tengah patah tangan semua dan ayah bawa kete segera nak ke hspital.

Masa tengah bawa kereta, ayah ida hon tak henti-henti sebab jalan nak g HKB banyak traffic light sambil tak putus-putus ayah ida sebut ALLAH..ALLAH..ALLAH. Pastu Hakim yang duk tepi pun buka tingkap menjerit kat luar 'kecemasan..kecemasan' supaya orang bagi laluan.

Alhamdulillah selamat tiba di HKB, terus ke emergency dan bagi bantuan pernafasan serta doktor buat prosedur yang sepatutnya. Zaim terpaksa dipindahkan ke HUSM kerana dalam keadaan koma untuk dipantau disana.

Hakim yang patah tangan dan kaki terus diberi rawatan dan dibenarkan pulang ke rumah. Masa hari semalam (kelmarin) Hakim gagahkan juga nak g jenguk Zaim yang masih belum sedar. Hakim masih takleh berdiri dengan baik kena ada orang pegang dia, Hakim pujuk Zaim bangun, dia cakap "abe akim mai ni, bangunla.." Zaim celik..tapi separuh sedar. Lepas tu Hakim bacakan ayat untuk Zaim, baca kat telinga adik dia, tapi Zaim tak bangun juga. Hakim sedih sebab rasa bersalah, dia yang bawa motor, adik dia tak sedar lagi juga.

Hari ini, Zaim dah sedar sepenuhnya, dah boleh makan bubur nasi, cuma masih di ICU untuk pantauan. Alhamdulillah, syukur pada Allah Yang Maha Kuasa. Apa-pun, keluarga sangat tabah, tak dapat bayangkan macam mana perasaan seorang ayah menguruskan kedua anak lelaki yang seorang x sedarkan diri dan seorang lagi cedera. Mengalir air mata ayah ida bila Zaim akhirnya buka mata. Ramai tetamu datang melawat. Makcik Rohaya pun selalu contact (mak eckm) bagi semangat dan berkongsi. Tentang Zaim, doktor kata tiada apa2 kecederaan dalaman, ct scan yang dijalankan kata ok, cuma dia penat, tak boleh banyak cakap. Masa Ida tengok Zaim teringat ms eckm dulu..macam tu la, xde cedera mana, muka bersih je. Ingatan Zaim pun baik, dia kenal semua, harapnya dia masih ingat hafalan Quran dia.

terima kasih buat semua yang mendoakan..teruskan doa buat kami, ujian ini hebat tapi Allah itu Maha Hebat.

***
Semoga perkongsian ini dapat membuat kita semua merasai bersama apa yang dialami oleh Afida sekeluarga, marilah sama-sama kita terus doakan kesihatan buat kedua adiknya dan ibunya yang bakal menjalani pembedahan. Kalau ada yang family di Malaysia terutama di kelate nak g melawat Zaim masih di ICU HUSM, wad 2 delima atau boleh hubungi Afida +60132206249. Rumahnya di Kg. Pendek Padang Layang (x sure alamat penuh).


end.





7 comments:

  1. YA ALLAH, SYAFAAHUMA, BYK BERSABAR...DAH SENTIASA BERSYUKUR SEBAB MASIH DIBERI UMUR YG PANJANG UNTUK BERIBADA DAN MENYIAPKAN DIRI UNTUK AKHIRAT, IGT, ADE ORG YG LEBIH DASYAT DI LUAR SANA,,

    ReplyDelete
  2. Ya Allah, berikan kekuatan dan kecekalan hati kepada afida&keluarganya untuk menghadapi ujian dariMu..

    ReplyDelete
  3. semoga selamat sume!

    yg kat sini pun jge diri gak!

    :)

    ReplyDelete
  4. salam..
    sungguh,Allah tidak membebani hamba melainkan dia layak dan mampu menanggungnya
    Alhamdulillah ala kulli ni'am..mg Allah terus berikan kekuatan..segalanya hanya daripada Dia,mg Afida sekeluarga terus tabah dan kuat..
    Allah uji hambaNya untuk meninggikan darjat iman mereka kerana mukmin itu tidak pernah lepas dari ujian
    moga ujian ini meninggikan darjat syurga Afida sekeluarga di syurga kelak
    doakan kami semua juga~
    Afida sekeluarga sentiasa dalam doa kami~

    ReplyDelete
  5. semoga dipermudahkan segala urusan.....

    musibah memang perit.....
    menjadikan sebagai tauladan supaya menjadi manis.....

    tak leh bace sgt kisah eksiden tuu....tibe2 heart rate naik......

    semoga tabah dan bersabar..

    ReplyDelete
  6. mekasih smua..alhamdulillah,hari ini zaim dah ditempatkan d wad biasa..doktor cakap 2,3 hari lagi dah blh kluar hospital..

    ReplyDelete