Tuesday, February 2, 2010

setiap kata itu adalah motivasi

Assalamu'alaikum w.b.t..

Hari ini saya mahu bercerita. Masih ingat lagi kisah ini dibawakan oleh seorang sahabat. Cerita ini masih tetap dalam kotak memori ini kerana isi tersuratnya yang memberi kesan pada hati. Betullah kata orang, bila kita sedang mencari-cari penyelesaian pada saat sukar, kadang-kadang Allah datangkan jawapan melalui insan-insan terdekat dengan kita. Kisahnya begini...



" tersebut kisah 3 ekor kodok (kodok itu sejenis katak la kan, :p ) sedang melompat-lompat di kawasan pinggir hutan dengan bahagianya. Mereka ni seolah-olah macam anak-anak kecil yang baru dilepaskan untuk bermain-main di luar rumah, setelah lama terkurung..tentunya sangat 'excited' bukan? sedang mereka berdua melompat-lompat, tiba-tiba 2 ekor dari kodok tersebut terjatuh dalam satu lubang yang agak dalam. Maka terperangkaplah mereka dalam lubang tersebut. Kedua-dua kodok tersebut pun berasa takut dan segera berusaha untuk keluar dari lubang itu. Pada awalnya mereka berdua berusaha dengan sungguh-sungguh demi menyelamatkan diri. Setelah lama cuba untuk naik ke atas, masih juga belum berjaya. Salah seekor kodok (si B) itu pun mula berputus asa kerana dia sudah penat, lantas menasihati kawannya yang seekor lagi (si A) untuk menghentikan usahanya untuk keluar. Kodok yang tak terjatuh dalam lubang (si C) pula dengan sombongnya menyindir usaha mereka berdua, dengan menyatakan sia-sia saja mereka berdua berusaha untuk melompat sedangkan lubang tersebut terlalu dalam untuk mereka keluar. Pelbagai kata-kata negatif dilontarkan kepada kodok A yang masih berjuang habis-habisan itu supaya dia tidak lagi membazirkan tenaganya untuk melompat. Walaupun begitu, kodok A terus berusaha dan akhirnya dia berjaya keluar dari lubang tersebut. Setelah kodok A berjaya naik ke atas, dengan terharunya dia mengucapkan terima kasih kepada kodok C yang dari awal lagi memberi kata-kata perangsang buat dia. Apa lagi, terkejut la kodok C, kerana padahalnya dia bukan saja memerli tapi menghina usaha kodok A. Rupa-rupanya, kodok A mengalami masalah pekak telinga, maka dia menganggap gerak mulut kodok C itu adalah kata-kata semangat kepadanya untuk terus berusaha. Kodok A cakap, dia hampir hendak putus asa, tapi bila dia nampak kawannya berkata-kata terus dia rasa semangat dan meneruskan usahanya walaupun sebenarnya dia tak dengar apa yang dikatakan oleh kodok C itu.."


Setelah selesai sahabat saya bercerita, dia tanyakan kepada semua, apakah moral disebalik cerita tersebut. Lantas terus saya simpulkan satu saja. Saya cakap "ambil setiap perkataan dan percakapan insan sekeliling kita sebagai satu motivasi dan kata-kata semangat, walaupun sebenarnya kata tersebut berbentuk hinaan dan meruntuhkan lagi semangat kita "

Ya. Begitulah, jawapannya sudah saya terima kerana pada saat itu saya merasakan amat sukar menerima segala kata-kata dari insan. Sebenarnya segalanya boleh dengan syarat kita menggunakan nikmat minda positif yang diberi pinjam oleh Allah kepada hambaNya. Kisah kodok ini sengaja saya abadikan dalam blog ini supaya saya tidak akan lupa. Segala yang tersirat itu banyak dan luas, tetapi yang paling baik adalah yang bersesuaian dengan situasi yang menimpa diri.

Wallahu'alam.

*******
p/s : kodok B agaknya menerima nasib malang sebab dia dah putus asa awal2 huu.. T_T
p/s : terima kasih kepada 'sahabat' yang bercerita! sy ubah ckit2 mengikut kesesuaian ayat :p


4 comments:

  1. Best crita ni... =)
    Bkn skdr cerita...ada moral dsebalik cerita

    ReplyDelete
  2. kak zu,
    yep..menarik kan =) belajar melalui pemerhatian sekeliling itu kadang2 memberi makna yang sngt mendalm.

    ReplyDelete
  3. saya mungkin kodok B...tapi akhirnya saya mencontohi kodok A..

    saya tidak pekak..saya dengar apa yg kodok c cakap..sebab tu saya tak semangat mula2..
    alah..kodok A bukan bagus sangat pun..tu sebab dia tak dengar..cuba kalau dia dengar..haha

    haa cite saya tak abis lagi. pastu saya pun lompat2 cam kodok A sampai berjaya pastu saya belasah2 kodok c tu..suka hati je melemahkan semangat orang..pastu saya cite kat kodok A apa yang jadi sebenarnya..haha

    da la..da nak tido..sempat lagi..hee ;)

    ReplyDelete
  4. adeih ami~ hahaa...
    aiseh cam tu ye..tapi ok apa kodok A, walaupun dia tak dgr tapi dia anggap positif je..hehe..
    minda tu penting cecece~

    tp bagus la ami sebg kodok B, maksudnya berjaya tiba2 dan siap bleh belasah si penghina itu. wow~great! ahaks..

    ok..ok..sy pun nak tido
    nite~

    ReplyDelete