Sunday, March 28, 2010

blogku sayang~

Assalamu'alaikum w.b.t.

Blog kesayanganku ini sungguh sepi. Kesian dia, beberapa minggu kebelakangan ini sangat malas dan hilang rentak untuk berkata-kata. Kadang-kadang bila sampai satu saat, kita perlu hentikan bicara, kerana mungkin tika itu selayaknya kita hanya sebagai pendengar. Kenapa aku menulis blog ini? terfikir disuatu senja, untuk apa aku mahu menulis, bercerita dan berkongsi. Banyak sebabnya, yang pasti aku mahukan ia menjadi satu khazanah yang paling berharga dalam hidup ini, dari setiap isi kata-kataku dan perkongsianku semoga dapat memberi walau sekecil zarah manfaat kepada mata yang menatap dan membacanya.

Inspirasi untuk menulis adalah bermula pada zaman-zaman awal kegagalan dulu, tika itu, hanya fikirkan, harapnya adik-adik yang sedang 'down' sebab kena dur, bila baca apa yang aku kongsikan ini akan dapat semangat baru. [kononla ramai sgt yang baca blog ni ;p huu~] Tambahan pula aku malas mahu berkata benda-benda yang sama tiap kali mahu minta nasihat dan semangat. [itu..pada saat awal dulu la~hee] . Tapi, bila masa semakin dewasa, macam-macam perkara terjadi, termalu sendiri dengan apa yang dinasihatkan untuk mereka semua, sedangkan aku pun masih disini. Seolah-olah cakap saja banyak tapi praktisnya tidak. Isk~^-^...Sehingga sekarang, aku akan terus berkongsi disini, biar 'dia' menemani perjalanan hidupku sehingga jari ini tidak mampu lagi untuk menari di papan kekunci.

Jadual exam final sudah pun keluar. Ini tarikh penting untuk aku [18 APR-22 APR-10 JUN- 17 JUN-21 JUN-26 JUN] . Tahun ini, susunan subjek agak berbeza sehinggakan dia melompat kegembiraan~hehe.;p . Sudah tidak lama masanya akan tiba, masa yang ada adalah masa untuk belajar, dan belajar. Sedang memaksa dan memujuk diri untuk bermesra dengan segala jenis buku yang berbaki. Tak sabar mahu meninggalkan dunia tahun 2, tak sabar mahu melangkah ke dunia baru di tahun 3, oh..sungguh tak sabar!

Selepas exam~apa akan jadi?. Aku tidak tahu, hanya Allah Yang Tahu. Apa yang aku mahu, Dia Tahu segalanya, apa yang amat aku mahukan, apa yang amat aku harapkan. Jika yang terbaik untukku berbakti pada summer nanti..maka, setialah aku disini, jika yang terbaik adalah untuk aku berbakti pada ayah bonda, maka pulanglah anak rantau ini. Biarlah rahsia hati ini, Dia yang Tahu, terkadang aku mahu berputus asa mahu berharap, tetapi..aku hanya seorang insan, bukannya robot tanpa perasaan. Aku teramat rindu, sangat rindu.

Masa makin hampir. Aku sayang blog ini, segalanya tersimpan disini, biarpun tidak semua. Semangatku, inspirasiku, pengalamanku. Aku tidak mahu lupa, malah aku tidak ingin melupakannya. Moga dia terus hidup untuk sentiasa mengingatkan aku agar aku tidak putus asa. Setiap kali buka, terus dia cakap 'Never Give Up!' ;p

---

p/s : kebelakangan ini kerap sakit kepala.sangat sakit.kenapa ya?
p/s : O n G dan Psychology itu menarik~...sy suka!


2 comments: