Semasa sekolah rendah dahulu, kalau cikgu suruh buat karangan tentang 'keluarga saya' pasti sudah terangka dalam minda apa yang bakal dinukilkan. Apa yang tergambar adalah cerita pasal ayah, pekerjaan ayah, mak dan abang-abang serta kakak-kakak dan juga adik-adik. Masa tu jenuh juga nak tulis nama setiap orang, semua kami 13 orang termasuk ayah dan bonda. Jika buat sesi perkenalkan diri dalam kelas pun, setiap kali mesti aku menjadi tarikan kerana bilangan adik beradik mencecah belasan orang. Selain itu, aku merasakan sungguh istimewa kerana setiap pangkal nama kami semua ada 'Raja'. Jika menyebut saja nama, pasti orang tanya "kenapa Raja? kerabat Raja kelantan ke?" dan soalan seumpamanya.
Jawapan aku, bermacam-macam sebab tidak pasti juga kenapa. Aku pernah bertanya kepada ayah, dan ayah mengatakan sambil berseloroh "aah..kita memang kerabat d'Raja, jadi kena guna bahasa istana la ye kat rumah" haha~ lepas tu, terus aku menukar segala perkataan yang aku tahu, guna bahasa istana. Contohnya bersiram=mandi, bersantap=makan, ayah=ayahanda, mak=bonda, kakak= kakanda, adik= adinda, beradu=tidur. Sungguh manis ingatan itu.
Sekarang, keluarga ini semakin mengembang, cucu ayah dan bonda bertambah saban tahun dan bilangan sudah mencecah 39 orang jika dicampur semua ipar dan cucu-cucu. Setiap kali lebaran tiba, maka penuhlah teratak ayah bonda dengan anak-anak serta cucu-cucu yang bermacam kerenah dan ragam. Sedihnya, aku sudah banyak kali terlepas dalam perkumpulan beramai-ramai ini, satu-satunya yang berada jauh di Benua Afrika ini, menyukarkan kepulanganku untuk bersama mereka. Terkini, apabila melihat update dari 'facebook' anak saudara yang paling sulung, dapat aku lihat perubahan mereka satu persatu. Semakin dewasa, semakin matang. Semoga semakin tinggi ilmu didada dan Taqwa padaNya. Hanya itu doa yang saban waktu kupohon dari jauh, semoga keluarga yang besar ini terus diberkati dan dibawah Rahmat Allah s.w.t. sentiasa.
Kerap soalan ini ditanya kebelakangan ini. "kteah, balik ke malaysia nanti?'. Lidahku kelu, sambil tersenyum sepi. Kadang-kadang jikalau rajin, akan aku jawab sebaiknya. Setiap kali itu, hati ini merintih, 'semoga ada keajaiban yang memungkinkan aku pulang..' 'sungguh aku tidak sabar lagi untuk melihat wajah-wajah kesayanganku'. Masakan aku tidak mahu pulang, sudah pasti amat aku mahu. Pesan bonda selalu terngiang-ngiang ditelingaku..dan aku amat faham lagi mengerti akan kebimbangannya. Aku sudah berjanji pada diri ini, aku tidak akan meminta-minta lagi. Cukuplah, aku masih mampu mendengar suara merdu itu dari jauh. Moga Allah pertemukan kita semua kelak, pada masa yang sangat indah, yang Hanya Allah Maha Tahu.
aku ada satu impian-mahu kumpulkan seluruh ahli keluarga trmasuk aku dan ambik gambar, coz langsung tiada dalam simpanan gambar satu family!

kali kedua tengok tajuk ni..
ReplyDeletebaru saya terfaham apa maksud 'rumah sakit' tu..
masa baca mula2, terasyik..sampai lupa nak relatekn dgn tajuk
eh, faham tak apa maksud saya ni? haha..belit2
btw...saya faham je keadaan k teah..
tapi saya takkan berhenti menyatakan kegeraman kak teah tak balik ..at least boleh jadi doa kan??
Ami,
ReplyDeleteact rasanya terbalik la tajuk ni, sepatutnya 'sakit rumah' heh~ 'rumah sakit' kang org faham hospital..isk~
yee..sy tahu Ami faham je, sy pun x puas hati melepaskan Ami sorang balik nih haha~ ye ye, moga2 doa kita dimakbulkanNya-aminn :)