Tuesday, April 27, 2010

aku dan Nil

Pada suatu petang, aku berjalan-jalan di tepian sungai Nil yang sedang berombak kecil dipukul angin petang. Aku melihat ramai manusia di situ. Tidak aku endahkan mereka kerana mereka bukan yang aku cari. Aku meneruskan perjalananku lagi, sambil ditemani bunyi tamparan daun-daun yang menampar sesama sendiri sehingga membuahkan lagu alam yang sungguh mengasyikkan. Aku sungguh kagum akan irama itu, tidak mungkin ku akan temuinya selain di tepian Nil ini.


Aku berhenti seketika, lalu memandang sejauh mana pandanganku mampu, membatasi debu-debu nipis, meneroka zarah-zarah halus di hadapan lensaku. Aku melihat pada wajah Nil itu, kocakan demi kocakan dengan rima tersendiri, terkadang tenang terkadang kacau. Pada permukaan Nil itu, beburung galak beterbangan di udara, ada yang sendirian, ada yang berdua dan ada juga segerombolan. Seronok melihat makhluk ini, begitu seiring dan senada. Bibirku tersenyum sendiri, hatiku berdetik tenang dan mindaku terasa ringan. Alangkah mujarabnya penangan ubat 'alam' yang dicipta oleh DIA YANG MAHA HEBAT.

Perlembahan ini menjadi saksi, aku pernah berlari-lari mengejar cita. Larianku mungkin penuh dengan kecacatan, kerana terkadang aku lelah, aku lemah dengan kudrat yang tidak seberapa. Larian yang aku mulakan semakin lama semakin perlahan, membuatkan aku terduduk jatuh, terdampar sendiri. Aku cuba untuk bangkit kembali, dengan tangan-tangan yang sedia menyambut huluranku. Aku terkelu, tangisku sendu, jiwaku terharu. Kadang-kadang aku terasa sungguh penat, peritnya sehingga mengacau sekeping Iman, mengusik akal norma. Tetapi, cepat saja bisikan indah hadir, menyeru semangatku, memberi nafas baru buatku.

Memori itu makin lama makin kabur, lantas berkecai disingkir bayu senja. Aku masih di sini. Aku masih menghidu bau sungai Nil, aku masih mendengar bingitnya suara mereka. Akhirnya aku sedar, segala yang kumiliki semua milikMu, dan dengan kudrat ini, akan aku terus berlari sehingga akhir nafasku.


AsrarR [270410]



3 comments:

  1. huyyo.. *thumbs up*
    dapat feel gitu
    tiba2 terasa seperti berada di tepian Nil~
    =)


    TAPI..

    saya dah pernah cakap kot dulu..
    plz plz kali ni saya serius nak k teah betulkan =p

    ditepian
    disitu
    dihadapan
    disini

    dan seumpamanya..

    sila jarakkan.

    biar seindah mana tulisan ini..ia betul2 mencacatkan pandangan saya.

    hihi walaupun komen sy pun tak ikut tatabahasa yg betul...tp dalam entri..kelihatan tak indah gitu

    *peace*

    ReplyDelete
  2. ami,
    *malu~* huuu......
    erm.erm. sy x perasan yg jarak di-dekat n di-jauh, tp faham je..feeling sgt menulisnya kot :p

    btw, thanks ami honey~ haha..x sia2 jd editor kihkih =)

    *peace, NO STRESS~*

    ReplyDelete
  3. k teah kan memang dari dulu lagi suka buat 'di' untuk tempat tu rapat. cuba cek entri2 dulu. saya pernah cakap dulu, k teah cakap k teah memang suka macam tu. tp ini ada improvement la..sebab yg dulu, 'di' untuk perbuatan, k teah jauhkan pulak. kira ni betterla...haha.

    komen orang punya, saya punya tulisan kat blog gila banyak silap tatabahasa, ejaan apa semuala..=p

    editor2 jangan sebut.saya tidak mengaku T_T

    ReplyDelete