Assalamu'alaikum w.b.t
13.10-Selamat tiba ke lembah tercinta ini. Mereka menyambut dengan senyuman dan gelak tawa sehingga membuatku lupa 'derita-derita' yang tersimpan kemas di lubuk hati. Alhamdulillah, syukur padaMu Ya Allah, jagaanMu yang aku harap, yang aku perlu. Segalanya lancar dan selamat walaupun menempuh sebuah perjalanan yang amat mencabar dengan kesihatan diri yang tidak mengizinkan. Syukur. :)
Senja mengiringi perjalanan meredah kesesakan bandar Kaherah. Sungguh memenatkan tetapi puas. Walaupun terasa penat, namun dipujuk jua hati demi menghargai mereka-mereka yang amat dirindu lagi dicintai, dan juga demi masa-masa yang berbaki untuk digunakan dengan sebaiknya. Semoga perancangan 2 minggu atau lebih ini dapat direalisasikan dengan jayanya. Permudahkan Ya Allah.
16.10-Bagaikan sebuah keluarga. JAM 6 yang sangat menyentuh hati. Segalanya atas rasa kasih dan sayang dalam mengikat hati-hati insan bergelar sahabat. Terima kasih semua di atas segalanya yang telah kalian lakukan. Sungguh tidak terbalas oleh kudrat yang lemah ini. Semoga Allah permudahkan kalian dan kita semua untuk terus mengejar segala impian dan cita. Sehebat mana pun misi yang dituju, tidak lain dan tidak bukan, pengakhirannya kita semua menuju ke satu destinasi yang indah, yang didamba setiap makhluk Allah di muka bumi ini. Syurga yang abadi.
Andai daku menulis segalanya tentang kita, nescaya tidak akan habis dan selesai. Namun, memori yang satu ini tetap akan disimpan selagi hayat dikandung badan. Stay tune ;) banyak lagi perkongsian yang ingin dibicarakan, namun setakat ini sahaja untuk tulisan kali ini. Semoga hati-hati ini terus bertaut walau jarak memisahkan kita.

Akhirnya..kata-kata ini, khas buat kalian =)
Kunang-kunang terbang malam,
sang kerkatu keliling pelita,
wajah-wajah di hadapan berbalam-balam,
hati sebak berair mata..
Yang si gadis berbaju merah,
yang si teruna segak bergaya,
antara benua kita berpisah
InsyaAllah, di Syurga yang indah kita bersua..

~AsrarR- JAM 6- 161010-ARMA~
No comments:
Post a Comment