Tuesday, October 12, 2010

~tak mengenal puitis..hanya, tulusnya hati~

wahai jiwa yang kental,
usah kau resah, usah kau gelisah..
kerana sesungguhnya cinta Allah tetap bersamamu,
dan cinta Allah itu cinta hakiki nan abadi..

wahai jiwa yang tenang,
usah kau bersangka pada yang belum tiba..
kerana sesungguhnya kuasaNya melebihi batas dayamu,
dan takdirNya adalah yang sebaik-baik buatmu..

wahai jiwa yang setia,
usah kau isi dengan bisikan-bisikan penuh dusta..
kerana sesungguhnya Dia Maha Tahu..
dan indahnya ketaatan itu hanya pada Dia..

Wahai Pemilik Jiwaku,
Pandanglah..Lihatlah..Dengarlah..
Jiwa ini berserah..


---------
~Asrarr 12.28 PM-teratak ayah bonda~

No comments:

Post a Comment