Sunday, December 5, 2010

hujan dan rindu

Seperti hari-hari yang sebelumnya juga, air mencurah-curah turun dari langit Illahi. Ya, cuaca begitu dingin dan lembab. Musim yang sudah lama aku tinggalkan. Alhamdulillah..nikmatNya ada di mana-mana.

------------
Lama benar meninggalkan alam maya ini. Rindu datang menggerakkan jemari ini untuk mula mengukir kata. Namun, entah apa yang patut dibicarakan, hati tidak pasti. Yang pasti, kerja-kerja yang perlu diselesaikan semakin bertimbun, sedang aku masih terkial-kial dalam memahami tatacara dan segala prosedur.

Detik hati sentiasa bertanya, bilakah kesukaran akan pergi, dan yang datang hanya kesenangan? Namun cepat pula pujukan sampai..usah gusar dan ragu, selagi kau berjalan di atas takdirNya Yang Maha Hebat. Percaturan hidup, semoga berbuah kejayaan besar di akhirat kelak.

Ini bukan rungutan atau keluhan, cuma lontaran kata yang mendamba semangat buat diri. Ya, inilah jalanku, mereka begitu, maka aku begini. Citaku tinggi, setinggi awan, mahu menggapainya aku harus rentasi ribut dan taufan. Sakit demam hanya picisan peluntur semangat, terkadang kekusutan fikiran mengundang air hangat di mata. Aku..harus terus berjalan, sehingga mimpi yang hilang berganti bahagia.

Kawan, tolong aku. Aku belum cukup pandai, aku mahu belajar.

*****
Ayah Bonda keduanya tidak berapa sihat, Allah..sembuhkan mereka, tinggikan darjat mereka..
pelihara mereka..

Allah..mudahkan, kuatkan..hati ini makin tercalar..



*Ingatku dalam doamu..*

masihkah..ada sekelumit belas
mengemis kasihMu Tuhan
untukku berpaut dan bersandar..
aku di sini kan tetap terus mencuba
untuk beroleh cintaMu
walau ranjaunya menusuk pedih!

1 comment:

  1. semoga sentiasa dipermudahkan jalanmu, jalanku dan jalan kita semua menuju redha dan cinta-Nya
    =)

    rindu kamu. :')

    ReplyDelete