Sunday, March 28, 2010

blogku sayang~

Assalamu'alaikum w.b.t.

Blog kesayanganku ini sungguh sepi. Kesian dia, beberapa minggu kebelakangan ini sangat malas dan hilang rentak untuk berkata-kata. Kadang-kadang bila sampai satu saat, kita perlu hentikan bicara, kerana mungkin tika itu selayaknya kita hanya sebagai pendengar. Kenapa aku menulis blog ini? terfikir disuatu senja, untuk apa aku mahu menulis, bercerita dan berkongsi. Banyak sebabnya, yang pasti aku mahukan ia menjadi satu khazanah yang paling berharga dalam hidup ini, dari setiap isi kata-kataku dan perkongsianku semoga dapat memberi walau sekecil zarah manfaat kepada mata yang menatap dan membacanya.

Inspirasi untuk menulis adalah bermula pada zaman-zaman awal kegagalan dulu, tika itu, hanya fikirkan, harapnya adik-adik yang sedang 'down' sebab kena dur, bila baca apa yang aku kongsikan ini akan dapat semangat baru. [kononla ramai sgt yang baca blog ni ;p huu~] Tambahan pula aku malas mahu berkata benda-benda yang sama tiap kali mahu minta nasihat dan semangat. [itu..pada saat awal dulu la~hee] . Tapi, bila masa semakin dewasa, macam-macam perkara terjadi, termalu sendiri dengan apa yang dinasihatkan untuk mereka semua, sedangkan aku pun masih disini. Seolah-olah cakap saja banyak tapi praktisnya tidak. Isk~^-^...Sehingga sekarang, aku akan terus berkongsi disini, biar 'dia' menemani perjalanan hidupku sehingga jari ini tidak mampu lagi untuk menari di papan kekunci.

Jadual exam final sudah pun keluar. Ini tarikh penting untuk aku [18 APR-22 APR-10 JUN- 17 JUN-21 JUN-26 JUN] . Tahun ini, susunan subjek agak berbeza sehinggakan dia melompat kegembiraan~hehe.;p . Sudah tidak lama masanya akan tiba, masa yang ada adalah masa untuk belajar, dan belajar. Sedang memaksa dan memujuk diri untuk bermesra dengan segala jenis buku yang berbaki. Tak sabar mahu meninggalkan dunia tahun 2, tak sabar mahu melangkah ke dunia baru di tahun 3, oh..sungguh tak sabar!

Selepas exam~apa akan jadi?. Aku tidak tahu, hanya Allah Yang Tahu. Apa yang aku mahu, Dia Tahu segalanya, apa yang amat aku mahukan, apa yang amat aku harapkan. Jika yang terbaik untukku berbakti pada summer nanti..maka, setialah aku disini, jika yang terbaik adalah untuk aku berbakti pada ayah bonda, maka pulanglah anak rantau ini. Biarlah rahsia hati ini, Dia yang Tahu, terkadang aku mahu berputus asa mahu berharap, tetapi..aku hanya seorang insan, bukannya robot tanpa perasaan. Aku teramat rindu, sangat rindu.

Masa makin hampir. Aku sayang blog ini, segalanya tersimpan disini, biarpun tidak semua. Semangatku, inspirasiku, pengalamanku. Aku tidak mahu lupa, malah aku tidak ingin melupakannya. Moga dia terus hidup untuk sentiasa mengingatkan aku agar aku tidak putus asa. Setiap kali buka, terus dia cakap 'Never Give Up!' ;p

---

p/s : kebelakangan ini kerap sakit kepala.sangat sakit.kenapa ya?
p/s : O n G dan Psychology itu menarik~...sy suka!


Friday, March 5, 2010

tabahlah hati

Saat pertama link blog ini diisi, secara spontan kalimah 'tabahlahati' yang terbit dijiwa termaktub sehingga sekarang. Kerana, aku mahu setiap apa yang terjadi padaku, sahabat terdekatku, insan-insan tersayangku menjadikan ketabahan hati itu sebagai momentum untuk mendidik diri menjadi insan yang kuat!.

Aku dan dia, kami ditakdirkan bertemu pada saat getir hidup bertamu ujian dalam study dan exam, seingatku pengakhiran tahun 1 yang betul-betul membuat aku mengenalinya, ketika menduduki peperiksaan ulangan tahun 1. Sebelum ini,rasa tak kenal sangat pun. Mungkin kerana aku jenisnya sukar untuk mesra dengan teman seawal dulu. Ketika itu, kami beberapa orang..terasa ada insan bersama-sama dan saling support untuk teruskan perjuangan dalam peperiksaan ketika itu. oh..dah lama rupanya saat tu...suatu hari nanti pasti akanku jadikan satu jurnal kehidupan dalam liku hidup di bumi Allah ini. [moga2 ada kesempatan]

Aku dan dia, saat ini..kami masih bersama..kami ada persamaan, tapi banyak juga berbezaan. Kami pernah menangis bersama, memujuk hati bersama-sama sampai terasa mahu give up pun bersama-sama-tapi berjaya dipositifkan kembali fikiran saat itu. *-* . Masih ingat lagi semasa sedang menanti keputusan exam dur thani tahun lepas [result penentu]. Dia berkata padaku 'kteah..kita semua kena naik tahun 3 sama-sama ye, jangan tinggalkan saya' . Aku membalas..'Ye, kteah takkan tinggalkan Ami..' . Tidak tahu, itu suratan ataupun kebetulan..akhirnya tinggallah aku bersamanya menghabiskan madah yang masih berbaki.

Terpana.terpaku.tersentak..dia diuji lagi, dan pastinya ujiannya lebih hebat kali ini. Tidak setanding dengan apa yang telah kami lalui sebelum ini. Dia masih mampu tersenyum manis, petah bercerita..itulah kelebihannya yang tiada tandingan. Allah amat sayangkan dia, Allah beri dia kekuatan dan semangat, sehingga aku termalu sendiri dengan kelemahan diri ini.

Ami Farhani, takziah atas kehilangan ayahanda tercinta, semoga hatimu terus tabah. Dan, sesungguhnya,aku sayang padamu, ada janji dalam hatiku padamu..akanku pegang hingga akhir hayatku..semoga ketabahanmu mencetuskan semangat buatku untuk meneruskan baki-baki terakhir perjalanan penuh ranjau ini. Aku doakan yang TERBAIK buatmu dan keluarga didunia dan akhirat sana..=)

Terima kasih Allah, KAU datang ketika duka..dan bintang bercahaya tunjukku ke jalan Syurga..Kau datangkan peringatan sedang hambaMu leka..dan KAU lah Yang Satu, Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

'sungguh aku bukan wali..yang suci dari hina dan benci..!'

Irhamnaa Ya Allah...



Friday, February 26, 2010

hujan itu nostalgia

hujan,
langit itu kelam
sedang awan menangis
rintiknya suram mengundang nostalgia..

hujan,
nikmatnya bermesra denganmu
mengundang memori semalam
aku berlari mengejar jejakmu
dalam deru angin dan badai
membasahi wajah yang sekian lama rindu..

hujan,
kau datang tidak bersapa
celik mataku dengan hadirmu
indah, bahagia membuah ceria
membuang segala daki duka
mengusir hati penuh nestapa

hujan,
sambutla huluran tanganku
hingga aku puas menatapmu
dan akhirnya aku..
tersenyum dalam dingin bekumu


-AsrarR-
12 RabiulAwal / 26 Feb

Thursday, February 25, 2010

the value

"To realize the value of ONE YEAR,

Ask a student who failed his or her final exam."

Yes, i got this phrase in saifulislam.com. Speechless-~ jika kamu berasa hari-hari bosan tanpa sebarang kewajipan, kamu tidak sedar apakah nilai masa dan detik yang berlalu. Betapa nilai satu tahun itu disedari hanya pada pengakhirannya gagal. Mengulang dan mengulang. Nilai yang selalu dilupai jika segalanya terasa senang. Everything berlalu dengan smooth dan as expected, so that how can we realize the valuable of precious time we faced everyday. As people said, the time now is 'present' = gift to you, appreciate the gift you get as Allah ask you to bersyukur dengan segala nikmat dariNya.

But, don't ask me about the value, coz i'm myself still trying to valuing my 'gift' from HIM. Gratefulness will always be my way to show that i'm really appreciate what i've got till now.

'The value' yang membawa maksud yang cukup besar dan mendalam. Dan sesungguhnya, masa sekarang dan mendatang adalah untuk menambahkan lagi nilai-nilai dan harga masa yang masih berbaki di bumi Anbiya' ini. Terlalu banyak lagi lubuk ilmu yang perlu diterokai dan digali. Ilmu yang wajib dijiwai bukan hanya dituntut, dan bukan hanya tahu tapi jahil amalannya.

Don't let the time killing you~

********************

ohh..moga2 tiap kali aku baca post ni balik, aku akan INGAT!

-enjoy life as medical student as well- =)

thank you

p/s : mcm buat karangan sekolah rendah je..aiseh!~

Monday, February 22, 2010

past, present and future [random~]

Assalamu'alaikum w.b.t.

Lama betul rasanya tidak mencoretkan sesuatu di sini, isk~lost for words mayb, or diserang kemalasan yang amat *-*. Anyhow, cuti yang lama betul-betul menguji diri, pelbagai peristiwa terjadi baik melibatkan diri sendiri mahupun kawan-kawan sekeliling, dan itulah perancangan Allah yang telah ditakdirkan buat hamba-hambaNya.

22 Feb 2010, masa berlalu sangat pantas bukan? pejam celik,pejam celik dah nak masuk bulan 3, yang bermaksud the 'real' exam is coming! i'm a bit late but not TOO LATE, just trying to overcome all the distractions coming from anywhere..huu~. Kecewa? tidak sama sekali, there are nothing to regret, coz i have my lovely persons around me, jauh n dekat..wherever they are, i know they will always pray the best for me as Allah will give 'the best'. Sometimes, when i feel its burden me a lot, i think like i want to turn off my conscious, so that everything will disappear. Is that what we called 'escape phenomena'? haha..i don't know, just discover about it from reading and observation, but don't be misunderstanding , the 'escape phenomena' itu yang ada dlm buku physio thn 2, i'm just stealing the name for me ;)

Thank You Allah for sending me, many 'somebody2' yang willingly to have a personal discussion with us, along the way to recover, i got banyak sgt kata-kata motivasi, all almost say the same things but differences effect to my heart and my mind. Banyak antara yang saya dapat dikongsi dalam khazanah ini, tapi ada juga yang masih tersimpan kemas dalam lubuk memori diri. What comes from heart will go to heart, pernah dengar kan? and its true. Just try to be sincere with what we wrote, we said and we shared , so its will benefit others less than nothing.

Then, today i'll start my first class after a long holiday, May Allah show me the best way and Help me through my journey, its not all about to be a doctor but more than that. Everything we want achieve in life , there are nothing without Allah's Blessing and His Guidance. So, to reach the happiness is meaningless without the bitterness. Just stay the way we are, do your part and leave the rest to Allah, The Most Merciful.

Never give up!

**********************
p/s : erk, sungguh aku x pandai tulis english tapi mengade, kl salah tu maapla ye.. *-*
p/s: So satisfied after meeting with sweet couple, Dr Hatta n Dr. Aini, banyak sungguh nasihat dari mereka berdua, so relief~
p/s : she is my sweet-motivated teacher, even just twice sempat bt kelas, Kak Aniah, u'll be remembered. =)


Sunday, February 7, 2010

ia kembali

kejadian itu datang lagi..
setelah lama berlalu pergi..
masa dan ketika yang sama
seperti setahun lalu..
adakah ini permulaan..
oh tidak!
aku tidak mahu..
janganlah ia datang..
pergilah menjauh
aku mahu terus hidup
dan sesungguhnya
aku tak mahu jatuh lagi...!!!!!!


--------------------------------------***----------------------------------------

ku haus di tengah laut
lemas mencari tempat berpaut
kirimkan aku kekuatan
tetap pedoman di kesesatan
ku sunyi dalam gembira
perit pedih tanggung derita
sungguh aku bukan wali
yang suci dari hina dan benci


Tuesday, February 2, 2010

setiap kata itu adalah motivasi

Assalamu'alaikum w.b.t..

Hari ini saya mahu bercerita. Masih ingat lagi kisah ini dibawakan oleh seorang sahabat. Cerita ini masih tetap dalam kotak memori ini kerana isi tersuratnya yang memberi kesan pada hati. Betullah kata orang, bila kita sedang mencari-cari penyelesaian pada saat sukar, kadang-kadang Allah datangkan jawapan melalui insan-insan terdekat dengan kita. Kisahnya begini...



" tersebut kisah 3 ekor kodok (kodok itu sejenis katak la kan, :p ) sedang melompat-lompat di kawasan pinggir hutan dengan bahagianya. Mereka ni seolah-olah macam anak-anak kecil yang baru dilepaskan untuk bermain-main di luar rumah, setelah lama terkurung..tentunya sangat 'excited' bukan? sedang mereka berdua melompat-lompat, tiba-tiba 2 ekor dari kodok tersebut terjatuh dalam satu lubang yang agak dalam. Maka terperangkaplah mereka dalam lubang tersebut. Kedua-dua kodok tersebut pun berasa takut dan segera berusaha untuk keluar dari lubang itu. Pada awalnya mereka berdua berusaha dengan sungguh-sungguh demi menyelamatkan diri. Setelah lama cuba untuk naik ke atas, masih juga belum berjaya. Salah seekor kodok (si B) itu pun mula berputus asa kerana dia sudah penat, lantas menasihati kawannya yang seekor lagi (si A) untuk menghentikan usahanya untuk keluar. Kodok yang tak terjatuh dalam lubang (si C) pula dengan sombongnya menyindir usaha mereka berdua, dengan menyatakan sia-sia saja mereka berdua berusaha untuk melompat sedangkan lubang tersebut terlalu dalam untuk mereka keluar. Pelbagai kata-kata negatif dilontarkan kepada kodok A yang masih berjuang habis-habisan itu supaya dia tidak lagi membazirkan tenaganya untuk melompat. Walaupun begitu, kodok A terus berusaha dan akhirnya dia berjaya keluar dari lubang tersebut. Setelah kodok A berjaya naik ke atas, dengan terharunya dia mengucapkan terima kasih kepada kodok C yang dari awal lagi memberi kata-kata perangsang buat dia. Apa lagi, terkejut la kodok C, kerana padahalnya dia bukan saja memerli tapi menghina usaha kodok A. Rupa-rupanya, kodok A mengalami masalah pekak telinga, maka dia menganggap gerak mulut kodok C itu adalah kata-kata semangat kepadanya untuk terus berusaha. Kodok A cakap, dia hampir hendak putus asa, tapi bila dia nampak kawannya berkata-kata terus dia rasa semangat dan meneruskan usahanya walaupun sebenarnya dia tak dengar apa yang dikatakan oleh kodok C itu.."


Setelah selesai sahabat saya bercerita, dia tanyakan kepada semua, apakah moral disebalik cerita tersebut. Lantas terus saya simpulkan satu saja. Saya cakap "ambil setiap perkataan dan percakapan insan sekeliling kita sebagai satu motivasi dan kata-kata semangat, walaupun sebenarnya kata tersebut berbentuk hinaan dan meruntuhkan lagi semangat kita "

Ya. Begitulah, jawapannya sudah saya terima kerana pada saat itu saya merasakan amat sukar menerima segala kata-kata dari insan. Sebenarnya segalanya boleh dengan syarat kita menggunakan nikmat minda positif yang diberi pinjam oleh Allah kepada hambaNya. Kisah kodok ini sengaja saya abadikan dalam blog ini supaya saya tidak akan lupa. Segala yang tersirat itu banyak dan luas, tetapi yang paling baik adalah yang bersesuaian dengan situasi yang menimpa diri.

Wallahu'alam.

*******
p/s : kodok B agaknya menerima nasib malang sebab dia dah putus asa awal2 huu.. T_T
p/s : terima kasih kepada 'sahabat' yang bercerita! sy ubah ckit2 mengikut kesesuaian ayat :p