Friday, February 26, 2010

hujan itu nostalgia

hujan,
langit itu kelam
sedang awan menangis
rintiknya suram mengundang nostalgia..

hujan,
nikmatnya bermesra denganmu
mengundang memori semalam
aku berlari mengejar jejakmu
dalam deru angin dan badai
membasahi wajah yang sekian lama rindu..

hujan,
kau datang tidak bersapa
celik mataku dengan hadirmu
indah, bahagia membuah ceria
membuang segala daki duka
mengusir hati penuh nestapa

hujan,
sambutla huluran tanganku
hingga aku puas menatapmu
dan akhirnya aku..
tersenyum dalam dingin bekumu


-AsrarR-
12 RabiulAwal / 26 Feb

4 comments:

  1. Ami,

    hehe..sy pun mahu hujan, tp hujan temph hari mencuakkan jua la~..suka betul redah hujan sambil tengok langit..lalalaa~

    Hafzi,
    'huhuhu..' tu sedih ke..tp sedap eh?
    x dpt kalahkan hafzi kot ;p

    ReplyDelete