Friday, April 23, 2010

ami cakap hari ini nyaman~

Assalamu'alalaikum w.b.t.

Ucaplah 'Alhamdulillah', syukur kita kepada Allah..Selawat ke atas Nabi, Muhammad Ya Rasulullah. =). Alhamdulillah.Alhamdulillah.Alhamdulillah. Selaut kepujian padaNya belum tentu mampu menggambarkan segala kepuasan yang dirasakan saat ini. Seringkali bila nikmat bertandang tanpa diundang, bagai hujan turun mencurah-curah membasahi bumi yang gersang. Untuk apa kesyukuran itu? untuk segalanya yang Dia telah pinjamkan buat diriku dan dirimu yang kerdil lagi hina ini.
Jam 3.30 pm tadi berlalu menandakan tamatnya ujian pertama dimedan peperiksaan walau bukan didewan peperiksaan ia berlangsung pada kali ini. Tidak mengapalah kerana dewan kuliah tadi juga sudah cukup selesa sebagai tempat untuk menjawab soalan peperiksaan kali ini. Baru lepas satu, moga-moga ada rezeki dariNya untuk lulus, dan masa ada lebih kurang 2 bulan minus 12 hari untuk aku menggandakan usaha, memperbaiki kesilapan dan menyempurnakan sebarang kecacatan yang ada. Tuhan, tolonglah aku untuk menghadapi fatrah seterusnya ini, kerana aku tidak mahu kecundang lagi. Maka, hari ini berjalan-jalan di alam maya melihat dan meneroka gelagat manusia.

Kitabullah vs kitabulwajh- tertarik dengan perbandingan kata kedua frasa ini, dimana pilihan kita? dalam sedar atau tidak, terkadang kita tersilap memilih untuk melihat yang mana terlebih dahulu. Aku amat mencintai kitabMu Ya Allah,moga jangan Kau lalaikan hati-hati yang cinta akan kitabMu untuk cintai sesuatu yang lain, yang begitu rendah nilainya. Peringatan lebih lagi buat diri yang selalu lupa ini. =).

Alam maya telah mengembalikan memori zaman kanak-kanak ku, sungguh naif, kudus saat itu. Masih tidak kenal apa itu dunia luar, terkampung disebuah kota hanya ada rakan sebaya, guru-guru yang tidak jemu mencurah ilmu. SKKL 94-99, baru beberapa hari lalu bertemu kembali dengan teman-teman lama, sekepala, segeng ;p, sepermainan, sekelas. Sangat teruja, dan sangat bersyukur diatas pertemuan ini, lebih-lebih lagi berjaya menjejaki seorang kawan lamaku yang dah lama hilang. Kawan baik dulu, orang pertama yang jadi kawanku. Mim, moga kita tidak 'kehilangan' lagi selepas ini ya~ ;).

Oh, saya perlu membuat sesuatu untuk ayahanda dan saya mahu khabarkan disini. Tapi akan diceritakan nantilah. Tak elok tulis panjang-panjang, nanti bosan. =P. Beberapa hari akan datang ada urusan yang perlu disiapkan, ada janji yang perlu ditunaikan. Moga diberikan kekuatan olehNya untuk aku langsai segalanya sebelum terlambat.

Baiklah, terasa mahu rehatkan minda, tadi melihat-lihat buku RAM, nak ulang baca lagi sekali lah hee :)

daa~
-------------------------
p/s: kitabulwajh itu FaceBook
p/s: nak ulang baca Hijab Sang Pencinta :p
p/s: esok macam nak main tibai2 bola! aaa, bestnya!

2 comments:

  1. tajuk tak tahan..ingat nama ami tu boleh menaikkan hits entri ni ke? hahaha

    kitabulwajh? baru ingat nak pinjam...facebook rupanya =p

    ReplyDelete
  2. Ami,
    hek2..yeah,memang itula niat sy hahah~
    hurm.hurm.itulah, terjumpa istilah tu..aiseh, termuhasabah seketika~ =P

    ReplyDelete