aku tak faham
kadang-kadang,
aku rasa aku mampu
tapi seringkali
aku rasa bagai terhempap
aku tak faham
kadang-kadang
aku rasa aku dah buat yang terbaik
tapi seringkali
usaha ku dipertikai
aku tak faham
kadang-kadang
aku rasa sudah cukup sabar
tapi seringkali
aku melenting mengeluh tertekan
aku tak faham
kadang-kadang
aku mahu menjadi baik
tapi seringkali
niat murniku disalah erti
aku tak faham!!
maka,
bilakah masanya akan aku faham
percaturan hidup ini?
atau..
sebenarnya aku yang tenggelam
dalam dunia sendiri..
sakitnya Allah sahaja yang tahu, lebih sakit dari ulcer yang diselaputi garam!
Allah, ampuni kami..rahmati kami.
oh. buang jauh2 sposen ni.
ReplyDeletesatu,
ReplyDeleteitula..rasa nak lempar je jauh2 10sen itu. isk2 T__T, aik..kantoilah anda kerana anda faham apa itu seposen. haha~