Sunday, May 9, 2010

jantung hatiku

bonda.. :'(

-----------------------
Tiada kata yang mampu kuungkap lagi duhai bonda, jemariku terhenti hanya di situ. Sungguh tidak manis membiarkan ia tergantung begitu sahaja bukan. Maka, hari ini jemari ini kembali menari. Bonda, apa khabar dirimu? Saban hari aku rindu, bila sakit ini datang makin aku rindu. Aku tahu, dirimu di sana pasti sedang sibuk melayan cucu-cucu dan anak-anak di teratak kita kan?. Sabarnya dirimu bonda, aku kagum.

Dahulu, dirimu tegar membesarkan 11 orang anak, yang bermacam kerenah dan ragam. Masih ingat wajahmu yang manis, sirna ketegasan saat anak-anak kenakalan. Sendumu tiada kelihatan kerana hilang dibalik kerut usia yang makin bertambah. Sekarang, kasih sayangmu melimpah buat anak-anak kecil pula. Terkadang aku kesian melihat kepenatanmu saban hari, sabarnya dirimu bonda, aku mahu jadi sepertimu.

Sudah hampir dua tahun tidak ketemu, mendengar suaramu yang merdu mengubat rindu. Terbang segala resahku tatkala tawamu yang enak menerobosi pendengaranku. Bagaimana agaknya perasaanmu saat ini duhai bondaku, inginku merasai bersama sepertimana 22 tahun dahulu,aku pernah mendiami tubuhmu. Jantung kita berdegup seirama dan sekata. :'(

Moga kita berkesempatan untuk bersua lagi ye bonda, InsyaAllah..daku pasti pulang.! kerana rindu ini sudah tidak terbendung lagi, kerana pelukanmu aku damba.

aku amat mencintaimu bonda, moga kasih sayang Allah menyelubungi dirimu, duhai bonda.

2 comments: