Wednesday, May 19, 2010

bina Masjid ;)

Assalamu'alaikum w.b.t.

Hampir setiap kali menelefon rumah, pasti topik ini memjadi bicara bonda. Iya, tentang pembinaan masjid. Seronok sekali ayah dan juga bonda berkongsi cerita dengan aku, tidak sabar barangkali mahu melihat masjid yang sudah lama dalam impian ayah untuk terbina dengan jayanya. Alhamdulillah, syukur hanya pada Dia kerana jalan telah dibuka seluasnya oleh Allah Yang Maha Pemurah yang telah memudahkan segala urusan mereka di sana.Walau aku di sini hanya mampu merasa bersama kekalutan dan ke'busy' an ayah, itu sudah cukup mencukupi. =)

Seronoknya rasa jika dapat turut menyumbang walau sedikit dalam pembinaan masjid itu. Bak kata bonda, 'Infak untuk bina masjid ni boleh bawa sampai mati, selagi ada muslim yang menghidupkan masjid itu kelak, selagi itulah pahala kita berterusan' Subhanallah, moga-moga segala bantuan dan sedekah jariah datang dari hati-hati yang ikhlas kerana Allah. Dan, moga-moga juga akan ada peluang untuk aku turut serta dalam menjayakan projek ayah ini, turut sebagai apa pun tak tahu la tu, kita tengok nanti ye ;p

Masjid yang bakal dibina ini sebenarnya bagi menggantikan surau ayah yang semakin usang dimamah usia. Surau yang menjadi saksi zaman kanak-kanak aku yang penuh nostalgia, dan juga surau, teratak awal pengajianku dahulu. Sejak aku masih di Malaysia lagi ayah ada tersebut akan ingin membina masjid baru, kerana katanya jemaah semakin ramai dan nak tambah kemudahan untuk orang kampung supaya selesa. Murninya hatimu ayah. Tak sangka begitu ramai yang menghulurkan bantuan bagi projek ini, melibatkan juga bakal ayahandaku ;), alhamdulillah moga-moga urusan yang baik ini Allah mudahkan. InsyaAllah pembinaan akan bermula pertengahan Jun ini jika tiada halangan.

Segala perbelanjaan untuk binaan masjid ini adalah atas sumbangan orang-orang kampung dan sesiapa yang bermurah hati. Memandangkan pembinaannya sedang dalam proses, maka sudah tentu bantuan masih diperlukan. Sengaja aku bercerita di blog yang tidak berapa dijenguk orang ini, kot-kot ada tangan-tangan pemurah yang mahu membantu. Jika ada, boleh maklumkan pada AsrarR ye. [Saya serius ni]. =)

Ayah nak bina masjid dikampung, aku sedang pulun nak exam, Kakak akan terbang jauh pula, maka bertebaran semua anak-anak ayah. Moga Allah akan kumpulkan kita kembali pada suatu masa yang indah tanpa tertinggal walau seorang. InsyaAllah.

5 comments:

  1. oh. igtkan masjid ape. hehe.

    ReplyDelete
  2. satu,
    Masjid untuk beribadah di dalamnya dik ;p
    insyaAllah binaan masjid yang lain bakal menyusul..=)

    ReplyDelete
  3. hehe...ingat berita apa tadi (^_^)
    Btw mga Allah mudahkan urusan pembinaan masjid tu...
    But can i putar soalan skit tak..ops tak mau la..kena buang jauh2 horman nakal ni..
    kak teah..all da best exm..

    ReplyDelete
  4. sinar,
    ingt berita apa tu? hehe..;p
    InsyaAllah...terima kasih atas doa dan harapan itu =), ops~nak putar kemana agaknya tu ye, hm..jgn nakal2 ;)..

    miss u la ~ ^-^

    ReplyDelete
  5. ye la...hehe
    i budak baik...
    so i tak nakal...
    (^_^) miss u too

    ReplyDelete