Tuesday, June 8, 2010

aku, eXam dan dot.dot

Hari ini 8 June 2010- aku bergegas bangun dari lena yang panjang. Sungguh lena tidurnya sehingga tidak sedar hari sudah siang. Penangan 'sakit' yang memeritkan dari hari sebelumnya yang mendesakku hanya baring dan memejam mata. Sakit itu memang la, tapi jiwa turut juga sakitnya kerana tiada satu pun yang mampu dibaca dan dihafal sepanjang itu. Sedih.

Mencongak-congak baki hari yang tinggal, gusar amat. Janganlah aku terlantar 'kesakitan' lagi kerana aku sudah tidak punya masa selain masa yang tinggal ini. Minda cuba untuk menyematkan rasa positif, hati cuba untuk yakin. Oh~ sungguh aku tidak sabar lagi untuk meninggalkan buku-buku ini, oh~ sungguh aku tidak sabar lagi untuk mendapat buku-buku baru. Oh~banyaknya benda yang aku tidak sabar. hurm~ bersabarlah, sikit je lagi.

Buka je buku, terasa nak menulis..sungguh mengada! ok, hari-hari setelah ini adalah hari untuk 'menggila', moga Allah kuatkan aku dan dia juga. :)

-----------------------------------
random~
-hurm..ok, aku sungguh cemburu sebenarnya, asal bulan 6 je, family buat majlis, waaa~rindunya nak makan gulai kawah-hukhuk..sampai hati..terlepas lagi. T__T [12 june]
-hurm..ok, aku sungguh terkilan sebenarnya kerana aku tidak akan sempat ketemu dengan kakak sekeluarga, mereka akan berhijrah jauh~[26 june] hukhuk, moga kita dapat jumpa lagi neh. sob3.
-hurm..ok, aku sungguh cuak untuk exam kali ini kerana..........................................[biar aku aje yang tahu..walau mungkin ada yang tahu] TERtekan sangat kot.kan?
-hurm..ok, sesungguhnya aku mahu segera cabut pulang setelah abes exam 3 July, haha~ [berangan!]
-hurm...ok, walau apa pun, aku yakin..Allah sentiasa ada, Dia Maha Tahu, Maha Pemurah, Maha Penyayang =)

No comments:

Post a Comment