Wednesday, June 9, 2010

Cereka i : APD

Sebaik sahaja kereta abang berhenti di hadapan teratak kami, terus aku berlari masuk ke rumah. Sungguh aku tidak sabar lagi menemui dua insan yang istimewa dalam hidupku.

"mak..ayah.., mak..oo..mak"

Isk,mana mak ni..hurm. Aku memasuki ruang membaca tempat ayah selalu berehat. Kosong. Aku kembali turun ke tepi rumah, di situ ada pohon rendang tempat ayah selalu melihat langit biru. Kertas nipis di tanganku masih utuhku genggam kemas. Aku mengukirkan senyuman manis.

"ayah.." senyumku tidak tertahan-tahan lagi, sambil menahan gelojak rasa gembira dan penuh syukur.

"ayah..orang dapat keputusan cemerlang, tengoklah ni"

Aku menghulurkan kertas nipis itu sambil memandang wajah ayah, ayah senyum, senyum yang luar biasa.

"alhamdulillah...tahniah anak ayah"

terus tubuhku dipeluk erat, sungguh bahagia saat itu.
---------------------------------------------

"mak..mak.."

aku berlari ke dapur, mencari jantung hatiku. Mak ada di situ, agaknya mesti mak dah tahu, kerana reaksi wajahnya yang amat ceria. Tanpa sepatah kata, aku dipeluk erat, dahiku dicium mesra. Bahagia lagi. Air mata kegembiraan menitis laju.

"tahniah...semoga anak mak ni terus berjaya dengan cemerlang"

"insyaAllah..tak sangkanya mak keputusan ini, terkejut sangat" balas aku teruja.

-----------------------------------------------

"mak..sakitnya kepala ni..tak tahanlah.." adu aku pada mak yang sedang berehat di ruang tamu.

"marilah baring dekat mak" balas mak, mesra.

Lantas terus aku rebahkan kepala di riba mak, lega sangat. Terasa jari mak membelai-belai kepala yang sedang berdenyut hebat. Bagai terbang segala perit yang memcucuk sebentar tadi.

"mak..rasa tak tahan la, penat nak pergi sekolah. Letih sangat, hari-hari balik jalan kaki. Sekarang selalu panas kan. isk." bibir ku merengek keanakan lagi.

"kakak kena sabar lah, kan tak lama lagi dah nak habis sekolah..nanti bila dah masuk university, dah tak rasa la semua ini" balas mak, lembut.

"hurm..ye juga, tak sabarnya nak habis sekolah." kataku lagi, terpujuk.
----------------------------------------------------------

Hari itu, aku keseorangan di dalam bilik tidurku. Terasa ingin mengemaskini bilik yang sekian lama tidak berkemas. Sunyi saja teratak kami, ayah di biliknya, mak di dapur barangkali. Sudah hampir maghrib, hari seakan mahu hujan. Lantas aku berlari ke beranda tingkat atas rumah untuk mengangkat kain, bimbang tempias hujan. Semasa menuruni tangga, aku berselisih dengan mak yang hendak ke ruang tamu. Kain-kain kering aku lambakkan di atas tikar mengkuang, fikirnya lepas maghrib nanti akan aku lipat. Saat itu, dada terasa semacam debarannya, kepala sedikit pening.

Aku kembali ke bilik, dan merebahkan diri ke atas katil. Rasa mahu rehat sekejap. Tidak lama aku bertahan, aku merasa sangat tidak selesa, pening dan dada semakin mencucuk. Aku ingin menjerit memanggil mak dan ayah, tetapi tiada suara mampu dikeluarkan. Aku berusaha lagi, cuba merangkak menghampiri pintu sambil tangan menekan dada yang semakin perit.

"ayaaah.." suara aku keluar bagai tidak mahu. Sekali lagi aku cuba, sekuat mungkin.

"maak" aaah!, sakitnya. Air mata bagai mahu keluar. Aku rebah. Terdengar sayup-sayup suara ayah memanggil namaku.

"kakak...kakak..kenapa ni" aku terasa tubuhku dibangunkan, dan pipiku ditampar-tampar lembut oleh tangan kasar ayah. Tapi saat itu, aku rasa amat lemah. Mataku pejam rapat.

------------------------------------------
*bersambung*

4 comments:

  1. fuiyo. sempat buat novel thriller mase2 pekse ni.

    ReplyDelete
  2. tak saba menanti sambungan cerita ni =) go,go k.teha..hihi

    ReplyDelete
  3. satu,
    biasala..bila exam je otak jadi aktif ckit ;p

    wasilah,
    alamak~ santai2 je tulis tu..tp i'Allah akan disambung..kena sabar la ckit..slow2 baru best! ;)

    ReplyDelete
  4. hihi..ok2..wasilah tggu..wat bes2 tau =)

    ReplyDelete