Setiap kali buka blog ini, dalam hati rasa semangat mahu menulis segala-galanya. Tetapi sesekali jari berhenti berlari-lari. Terlalu banyak perkara mahu dikongsi dan diceritakan. Lebih kepada sebagai 'khazanah' buat diri ini. Liku-liku sebuah hidup yang entahkan bila bakal tamat. Bila-bila masa sahaja mungkin blog ini akan kehilangan pemiliknya, dan mungkin selepas sahaja tamat entry ini ditulis, tiba-tiba nyawa melayang pergi, Hanya Allah Yang Tahu detik masanya saat itu. Seandainya begitu, semoga ia adalah sebaik-baik pengakhiran buat diri yang hina ini.
Koreksi diri sekejap sebelum bicara bermula. ;). Perpisahan. Sepanjang aku hidup di dunia ini, sudah terlalu banyak melalui episod sebuah perpisahan. Lebih-lebih lagi setelah mengembara menjadi seorang perantau. Berpisah dengan keluarga, ayah dan bonda, adik beradik, anak-anak saudara dan sahabat-sahabat seperjuangan suatu ketika dahulu. Pejam celik, pejam celik, sudah hampir 4 tahun rupanya ranjau perantau ini aku harungi. Dan, sudah hampir 1 tahun 8 bulan sejak kali terakhir aku menapak pulang ke teratak nun jauh di sana. Rindu dan teringat pada yang tersayang sudah selalu menjadi rutin, datang dan pergi tidak kira masa dan ketika. Namun, segalanya perlu ditahan dan dikawal, demi sebuah jalan perjuangan yang tidak pernah selesai.
Terbaru, aku bakal berpisah jauh dengan kakak yang amat aku rindui, beliau sudah pun berkeluarga dan sudah ada 6 orang anak pun. ;p, Rindu padanya, dan juga anak-anaknya yang suatu masa dulu pernah berada diribaan ini, dan pernah menjadi 'anak' padaku buat seketika. Tak sangka inilah Perancangan dariNya, tak sempat untuk aku mengejar untuk berjumpa seketika memandangkan kekangan masa dan jarak yang amat menyukarkan. 4 tahun kita akan berjauhan lagi ye, dan lebih kurang 4 tahun juga lagi tempoh untuk aku terus berkelana di sini. Semoga Allah mudahkan segalanya, dan semoga ini bukan perpisahan yang terakhir buat kita. Sama-sama doakan agar kita semua akan dapat dikumpulkan kembali bersama ayah bonda tersayang, insyaAllah :)
Dalam hati terasa suatu perasaan sayu, bercampur sendu, dan membawa kepada sebak dan sebu di dada. Kadangkala yang berlaku sungguh diluar kemampuan seorang hamba. Kita, harus sentiasa tabah dan bersedia untuk menghadapi segala kemungkinan. Bukan menyerah kalah pada perasaan, tetapi sebagai persediaan untuk menghadirkan hati yang benar-benar redha dan sabar. Pada aku, perpisahan itu amat menyakitkan kerana ia membuahkan rindu yang entah bila akan terlerai.
--------------------------------------------------------------------------
Kepada Kak Jie dan Abg Din serta anak-anak ( Danial, Nurin, Haziq, Wazif, Batrisya and Farzana-oh!Thank God i still remember all their names ;p], selamat berhijrah-semoga permusafiran kalian diRahmati dan dilindungi Allah sentiasa. "abg Din, after 4 years, we will be 'A Doktor' ya! ;) insyaAllah...~"
---------------------------------------------------------------------------
p/s : erm, erm..cereka APD : i'll continue after exam ya~ haha..hr tu terpost silap timing..adeih~
erm, erm..hari ini dapat lagi seorang anak sedara lelaki..waaa...alhamdulillah!
erm, erm..sesuatu telah berlaku pada hari exam tempoh hari..bakal dikongsikan, bila tiba masanya~
erm, erm..4 hari lagi untuk Physio yang best! ;p [doakan saya rajin, serius..saya mahu rajin, rajin dan rajin!]

No comments:
Post a Comment