Assalamu'alaikum w.b.t.
Well, today is holiday :D, betapa bahagianya terasa cuti itu kerana hari-hari sebelum ini amat meletihkan lagi memenatkan!. Begitulah rutin harian setelah bergelar seorang pekerja, baru terasa sesungguhnya mencari rezeki itu penat, dan sesungguhnya juga berada di kalangan mereka-mereka yang baru sangat mencabar kewarasan akal dan kecekalan hati. Bermacam kerenah dan jenis manusia yang dijumpai terkadang membuat diri terasa begitu tersepit lagi tertekan.
Apa pun, semoga segala yang berlaku itulah yang terbaik buat diri, kerana sememangnya diri ini masih mahu untuk terus belajar dan diajar akan ilmu sebuah kehidupan. Alhamdulillah, walau duga itu perit tetapi 'bahagia' itu tetap ada demi memikirkan masa ini tidaklah terlalu membazir begitu sahaja.
Pada minggu lepas,aku sempat berjumpa dengan seorang kaunselor. My first time menghadapi sesi berbincang dan bercerita tentang kehidupan yang lalu. Beberapa hari sebelum itu terfikir juga, mampukah aku ingat kembali segala 'keperitan' itu. Terus pula fikiran melayang jauh, mengimbas satu persatu tekanan yang bertandang pada ketika itu. Dan, demi sahaja aku bercerita dan berkongsi, perasaan itu hadir lagi, perasaan penuh dengan kesedihan dan kekecewaan sehingga hampir sahaja aku menangis dalam bicaraku. Tempoh pemulihan sejak pulang dahulu belum sepenuhnya sembuh rupanya. Segalanya bagaikan semalam.
'Interview' di Kuantan. Aku telah melakukan yang terbaik demi memikirkan itulah satu-satunya peluang terbaik aku. Namun, segalanya aku serahkan pada Dia Yang Satu, kerana Dia lebih tahu apa yang terbaik untukku. Bagi aku, sesi interview itu sangat menguji diri, betapa sukarnya insan yang pernah mengalami kegagalan itu untuk mendapat kepercayaan dari 'mereka-mereka' yang berada di atas. Memang sukar. Segalanya diselidik, segalanya di 'test', dan segalanya ditanya dengan begitu terperinci. Dan, ia telah 'memenatkan jiwaku'.
Biarlah, tunggu sahaja keputusannya. Bersiap sedia untuk menerima dan meredhai. Sekarang, fokus kepada usaha seterusnya dan sibukkan diri dengan bekerja. Ya, sibuk itu sangat menjadi kegilaanku sekarang, kerana jika aku tidak sibuk, fikiranku akan sibuk melayang ke masa lampau yang menyakitkan. Hanya seketika hati berbunga mengingati mereka-mereka yang aku rindu, namun..rindu itu juga teramat seksa, bukan?.
Hari-hari cuti begini, terasa pula sunyi.

No comments:
Post a Comment