Cinta itu apa ya? Seandainya mahu ku beli sebuah cinta, berapakah harga dan nilainya?
Sering manusia mempersoalkan akan nilai sebuah cinta, tetapi tidak pula mereka menghargai apabila cinta itu datang menyerah diri. Buka mata, buka hati. Ini bukan persoalan tentang cinta si romeo dan juliet. Tetapi ia lebih hebat dari itu!
Ya, tidak dinafikan lagi setiap hati mendambakan cinta sebagai mana Adam menyintai Hawanya dan Zulaikha jatuh cinta kepada si tampan Yusof. Ketepikan soal cinta itu kerana masanya untuk diri ini belum tiba. Yang aku ingin bicara adalah cinta antara aku dan dia. Dia itu sahabatku, pernah aku bertekad dalam hati aku tidak akan menyakitinya walau sedikit. Akan aku pastikan segala yang baik-baik hanya untuk dia. Walaupun tika itu aku tidak mampu berbuat apa-apa untuk membuat dia tersenyum, namun jauh dalam hatiku, kesukaran yang ditanggungnya dapat aku rasa.
Jarak memisahkan kami, namun dalam hati cinta tetap mekar berbunga. Seolah-olah, berjauhan itu semakin memarakkan rasa kasih dan sayang. Aku tidak tahu, adakah dia juga begitu padaku? tetapi itu tidak penting, asalkan kasihku padanya setulus hati. Kami sama tetapi berbeza. Kami serupa tetapi tidak sama. Bila sunyi menyapa hati, aku pasti terkenangkan satu memori lalu yang tidak akan padam. Terima kasih Tuhanku kerana menemukan kami, terlalu banyak aku belajar darinya, dan moga-moga perkenalannya denganku besar manfaatnya pada diri aku dan dia.
Hebatnya cinta, lebih hebat lagi Pemilik Segala Cinta. Kerana hebatnya cinta, penderitaannya aku rasa perit, riangnya ku rasa bahagia. Nampak seperti 'bombastik' tetapi itulah cinta!. Semoga dengan cinta ini dapat kita bersama selamanya di Syurga Hakiki. Ameen. =)
p/s : dia itu..seseorang yang jauh..mungkinkah dia itu kamu, yang sentiasa diam membisu?

No comments:
Post a Comment