Tuesday, January 4, 2011

mood mahu ceriakan hati

Saya dalam dilema sekarang. Saya tidak tahu apakah keputusan yang terbaik sepatutnya saya buat. Susahnya la kan kerana tiada teman untuk berkongsi perasaan dan pendapat. Terasa hidup tidak bergerak ke hadapan, hanya statik pada satu tempat sahaja.

Kalau dahulu, saya suka borak dengan seorang budak kecil. Pada saya, dia seorang yang jujur dan amat suka bertindak balas dengan persoalan dan perbualan kami. Tetapi, saya pula jenisnya diam saja. Kena ada orang 'stimulate' saya berbual baru la bising ;p. Kalau nak tahu, dia selalu marah bila saya cakap dia 'lawak' atau lucu. Tapi, sungguh kalau dengar apa-apa jawapannya mesti rasa kagum kejap then ada unsur-unsur menggelikan hati. ~_^

Kadang-kadang pula saya suka bergosip dengan kawan saya yang sorang ini. Kalau bab-bab gosip ni memang dengan beliau sorang je la can go. Macam memahami gitu. ;p. Kalau dah mula borak dengan dia, susah nak stop, hik-hik. Rindunya nak borak-borak bisu~

Ok, berbalik kepada dilema saya sebentar tadi, saya sedang keliru untuk memilih apa yang patut saya buat sementara menunggu dapat sambung belajar. Sebenarnya..........

[sam kacau di ym...gosip2 dengan beliau dengan jayanya~ yeah!]

.........feeling good~............

thanks sam :D

eh.eh..meena pun muncul..wah~ :D

idea dah hilang..^_^

Esok, moga Allah mudahkan urusan saya dan kamu, kamu semua =)

2 comments:

  1. saya ke budak kecil itu? perasan jap ;)
    bukan marahlah...kurang puas hati sebab tak jumpa mana yang kelakarnya. kah kah

    rindu sangat sembang2 dengan Kak Teah macam dulu2. serius takda teman borak yang serupa macam Kak Teah.

    Kalau rasa nak sembang apa2 PM je saya kat mana2. boleh call macam haritu.
    ada rasa nak kol tapi takut Kak Teah busy. hihi

    ReplyDelete
  2. hehe..sape lg ;p
    hik2....ya ya, rindu sangat..isk.
    [sy jadi sgt pendiam skrg..kikiki]

    skrg keje..agakla busy..tp kdg2 ada je ms free kat opis..masa free= masa malas bt keje..haha.

    ReplyDelete