Sunday, February 19, 2012

aku sudah jatuh cinta

Benarlah kata orang cinta itu sememangnya indah dan mengasyikkan. Walau ke mana kaki melangkah pergi semangat cinta itu akan tetap membara. Sungguh teruja dan mengkhayalkan. Seandainya bangun pagi itu kamu merasakan sebuah perasaan yang melemahkan dan resahnya hati, maka dengan cinta itu ia buat kau hidup lagi bersemangat waja ! Hebat sungguh penangan sebuah cinta.

Kata orang lagi, walau cinta itu indah namun pahitnya tetap ada. Hati terluka jiwa terguris bila mana cinta tidak lagi memberi kau rasa terhibur dengan masa mu. Kau rasa hari-hari berlalu begitu hambar dan hilang serinya. Mengapakah begitu? Hidup bagaikan putaran roda, masa bahagia masa derita silih berganti. Lantas cinta pun pergi meninggalkan hati. Salah siapakah rencana ini?

Yang pastinya, aku tidak reti mengungkap cinta buat insan, kerana aku tidak tahu bagaimana itu cinta manusia? Semacam penuh hipokrit tetapi itu sungguh. Aku cuma merasa cinta pada apa yang aku lalui hari-hari sekarang dalam hidupku. Bangun ku di pagi hari ku rasa indah dengan cinta untuk menuntut secangkir ilmu. Aku merasai akan baiknya Tuhanku padaku atas nikmat dan peluang, walau aku seringkali bersalah dan memikirkan yang bukan bukan. Hati terlalu cepat berandaian yang tidak baik malah membawa noda tanpa sedar. Maafkan aku wahai Tuhanku..

Hati ini mahu sepenuhnya cinta. Kerana dengan menyintai aku akan lebih dihargai. Supaya aku tidak lagi menjadi pengejar cinta yang menjauhi aku.

Semoga hari-hari yang mendatang, cinta ini akan terus mekar dan subur...:)

Sunday, February 12, 2012

Perjalanan baru

Salam 'Alayk :)

Alhamdulillah pada setiap apa yang berlaku dan nafas yang masih ada. Hari ini masuk hari ke 6 bermukim di IIUM Kuantan, Pahang. Musafir lagi demi sebuah perjuangan dan harapan yang masih tidak kesampaian. Syukur pada Allah atas segala peluang dan ruang untuk diri ini menimba sedikit dari ilmu Nya untuk dihadam dan kelak diaplikasikan demi kebaikan seluruh mukmin insya Allah.

Tanggal 7 Feb 2012, maka secara rasminya aku bergelar seorang pelajar Bachelor of Optometry. Perjalanan ini akan memakan masa dan memerlukan kekuatan jiwa, ketajaman akal fikiran pada tahap yang tertinggi. Semoga Allah akan permudahkan segalanya hingga ke akhirnya..ameen.

Terlalu besar cabaran dan dugaan, dan besar juga pengorbanan yang telah dilakukan. Sememangnya aku hanya insan kerdil penuh dosa, lemah lagi tidak punya kuasa. Semoga hati ini terjaga dari noda dan semoga diri ini dijauhkan dari kesilapan lampau. Sesungguhnya kadang kala aku ketakutan untuk melangkah, bimbang sejarah lama mungkin berulang, namun ku kuatkan jua demi sebuah keyakinan. Allah Maha Tahu akan segala penderitaan, kesakitan ku dan Allah Maha Tahu akan takdir terbaik buat ku.

Walau apa pun yang berlaku pada masa mendatang, akan aku teruskan jua langkah ini. Bermati-matian demi peluang yang akhir, yang moga-moga adalah kemuncak kepada sinar sebuah kejayaan. Maka, aku redha dengan pilihan ini dan sepenuhnya berserah pada Nya..

~Tiada yang lebih sayang kepadamu melainkan Tuhanmu..
~Tiada yang lebih tahu akan penderitaanmu lebih banyak dari Tuhanmu..
~Tiada yang mampu menghilangkan kemudharatanmu melainkan Tuhanmu..

Dengan nama Mu Ya Allah..

Bachelor of Optometry
Sem 1 Year 1

:)