Showing posts with label happy. Show all posts
Showing posts with label happy. Show all posts

Monday, May 20, 2013

I'm back

Assalamu'alaykum wbt

Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati untuk update blog ! hoho..hampir setahun jari tidak menari-nari di sini. Sibuk? tidaklah sangat. Cuma..kurang minat untuk update atas sebab-sebab tertentu. Tetapi sungguh, hati ini rindu untuk menulis. Sepanjang 'silent mode' di sini, terlalu banyak perkara yang berlaku, gembira dan sedih segalanya bercampur. Nak sangat berkongsi segalanya tetapi tunggulah di masa yang sesuai.

Alhamdulillah, aku sudah menikah. :) penantian yang sekian lamanya telah berakhir, namun ia adalah permulaan yang baru buat kami. Bila sudah berstatus isteri, maka tanggungjawab semakin bertambah, pengurusan emosi perlu lebih stabil dan matang. Sungguh, aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang amat baik, penyabar dan memahami diri ini. Walaupun jarak memisahkan kami, tetapi ikatan hati ini tetap satu dan utuh.

Aku sekarang sedang berada di akhir pengajian tahun pertama bidang Optometry IIUM. Semester ini adalah semester yang paling mencabar aku kira untuk setakat ini. Tetapi sudah banyak ingatan dari senior-senior mengatakan semakin naik tahun semakin mencabar ! oh hoo..bersediakah aku?

InsyaAllah. Luruskan niat dan gandakan usaha. Aku mahu berjaya dalam bidang ini. Masih aku ingat hari pertama perlu menggunakan kalkulator (yang hampir 5 tahun tidak disentuh), terkial-kial mahu menekan pad kekunci. Blured. Hampir menangis !. Dalam hati rasa gusar yang amat sangat, takut dan bimbang tidak dapat kuasai ilmu ini dengan baik. Namun, semakin banyak belajar dan praktis, semakin lama aku semakin yakin untuk berada di jalan ini. Semoga Allah permudahkan pengajianku yang masih berbaki 3 tahun.

Berbalik kepada kisah perkahwinan aku dan suami, kami tidak tinggal bersama selepas kahwin memandangkan aku masih belajar di Kuantan dan suamiku bekerja di Kota Bharu. Jarak ini tidaklah terlalu jauh, tetapi cukup menguji. Betapa baru aku sedar apa itu erti rindu ! Semoga Allah teruskan tautkan hari kami hingga ke syurgaNya. :)

Aku akan menghadapi peperiksaan final Sem 2, Year 1 pada minggu hadapan. Seperti biasa, tak sah jika tiada jadual exam di blog. hehe. Doakan kejayaan diri ini ye. Doakan saya cemerlang untuk naik ke tahun 2. Dan ini adalah peperiksaan pertama bergelar isteri ;)

Ok, semoga aku akan rajin update blog lagi..haha. :D

26 May 2013 : Optometry Instrumentation
31 May 2013 : Philosophy of Science
01 Jun 2013  : Visual Optics
03 Jun 2013  : Microbiology & Immunology

03 Jun at night : Back to Husband :)



                                                           me & husband = us :')



Sunday, February 12, 2012

Perjalanan baru

Salam 'Alayk :)

Alhamdulillah pada setiap apa yang berlaku dan nafas yang masih ada. Hari ini masuk hari ke 6 bermukim di IIUM Kuantan, Pahang. Musafir lagi demi sebuah perjuangan dan harapan yang masih tidak kesampaian. Syukur pada Allah atas segala peluang dan ruang untuk diri ini menimba sedikit dari ilmu Nya untuk dihadam dan kelak diaplikasikan demi kebaikan seluruh mukmin insya Allah.

Tanggal 7 Feb 2012, maka secara rasminya aku bergelar seorang pelajar Bachelor of Optometry. Perjalanan ini akan memakan masa dan memerlukan kekuatan jiwa, ketajaman akal fikiran pada tahap yang tertinggi. Semoga Allah akan permudahkan segalanya hingga ke akhirnya..ameen.

Terlalu besar cabaran dan dugaan, dan besar juga pengorbanan yang telah dilakukan. Sememangnya aku hanya insan kerdil penuh dosa, lemah lagi tidak punya kuasa. Semoga hati ini terjaga dari noda dan semoga diri ini dijauhkan dari kesilapan lampau. Sesungguhnya kadang kala aku ketakutan untuk melangkah, bimbang sejarah lama mungkin berulang, namun ku kuatkan jua demi sebuah keyakinan. Allah Maha Tahu akan segala penderitaan, kesakitan ku dan Allah Maha Tahu akan takdir terbaik buat ku.

Walau apa pun yang berlaku pada masa mendatang, akan aku teruskan jua langkah ini. Bermati-matian demi peluang yang akhir, yang moga-moga adalah kemuncak kepada sinar sebuah kejayaan. Maka, aku redha dengan pilihan ini dan sepenuhnya berserah pada Nya..

~Tiada yang lebih sayang kepadamu melainkan Tuhanmu..
~Tiada yang lebih tahu akan penderitaanmu lebih banyak dari Tuhanmu..
~Tiada yang mampu menghilangkan kemudharatanmu melainkan Tuhanmu..

Dengan nama Mu Ya Allah..

Bachelor of Optometry
Sem 1 Year 1

:)

Friday, March 4, 2011

i'm officially happy!

Allahu Akbar. Maha Suci Engkau Ya Allah. Segala Puji Hanya untukMu.
ALHAMDULILLAH.............=)

setiap air mata diringi senyuman,
setiap dukacita diiringi sukacita,
setiap kegagalan diringi kejayaan,

Berita itu masih samar, tiada bukti dihadapanku, syukur padaMu Ya Allah..

'Masa depanmu bersinar kembali. Never Give Up!'
-pu

Moga cepat surat itu tiba!

Tuesday, January 4, 2011

mood mahu ceriakan hati

Saya dalam dilema sekarang. Saya tidak tahu apakah keputusan yang terbaik sepatutnya saya buat. Susahnya la kan kerana tiada teman untuk berkongsi perasaan dan pendapat. Terasa hidup tidak bergerak ke hadapan, hanya statik pada satu tempat sahaja.

Kalau dahulu, saya suka borak dengan seorang budak kecil. Pada saya, dia seorang yang jujur dan amat suka bertindak balas dengan persoalan dan perbualan kami. Tetapi, saya pula jenisnya diam saja. Kena ada orang 'stimulate' saya berbual baru la bising ;p. Kalau nak tahu, dia selalu marah bila saya cakap dia 'lawak' atau lucu. Tapi, sungguh kalau dengar apa-apa jawapannya mesti rasa kagum kejap then ada unsur-unsur menggelikan hati. ~_^

Kadang-kadang pula saya suka bergosip dengan kawan saya yang sorang ini. Kalau bab-bab gosip ni memang dengan beliau sorang je la can go. Macam memahami gitu. ;p. Kalau dah mula borak dengan dia, susah nak stop, hik-hik. Rindunya nak borak-borak bisu~

Ok, berbalik kepada dilema saya sebentar tadi, saya sedang keliru untuk memilih apa yang patut saya buat sementara menunggu dapat sambung belajar. Sebenarnya..........

[sam kacau di ym...gosip2 dengan beliau dengan jayanya~ yeah!]

.........feeling good~............

thanks sam :D

eh.eh..meena pun muncul..wah~ :D

idea dah hilang..^_^

Esok, moga Allah mudahkan urusan saya dan kamu, kamu semua =)

Thursday, September 9, 2010

pulangnya anak rantau

Assalamu'alaikum w.b.t.

Dengan ini, saya seperti nama yang termaktub dalam surat beranak, ingin mengumumkan akan keberangkatan pulang ke tanah air tercinta~ demi kasih dan rindu pada kesayangan-kesayanganku sekalian. Semoga perjalanan jauh ini lancar dan selamat. Mohon doa dari sahabat-sahabat semua. :)

Di kesempatan ini, saya ingin mengucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, kepada semua pembaca setia blog ini. [ok, tersangat lah poyo kerna ntah siapa2 laa yg baca blogku ini..psiuu~] MAAF atas segala salah silap yang sengaja mahupun tidak. Sesungguhnya keampunan dari Allah itu lebih aku dambakan. Syawal itu suatu anugerah dari Allah buat hamba-hambaNya, moga sama-sama dapat kita raikan dengan penuh kesyukuran dan keinsafan. Ramadhan, semoga berjumpa lagi pada tahun yang akan datang, insyaAllah dengan izin dan kurnia dariNya. =)

Maka, sesungguhnya, buat pertama kalinya daku bakal beraya di 'rantau asing'. Semoga pengalaman baru ini bisa mematangkan dan memberi kekuatan dalam meneruskan hidup di hari-hari mendatang yang pasti penuh dengan pancaroba. Sepenuh hati hanya berserah dan bertawakkal hanya pada Dia Yang Satu.

Doa..doa dan doa, usaha terakhir dalam menjejak sebuah kejayaan. Ya, dan pastinya kepulangan kali ini mendorong diri untuk lebih mengutamakan apa yang lebih utama. Segalanya telah tersenarai, semoga Allah mudahkan urusan di Malaysia nanti. Kadang-kadang bayu laut itu bisa menambahkan seri semangat waja, apatah lagi usapan ayah jua bonda dikala resah melanda jiwa. Itu pasti tidak akan aku lepaskan.

Perjuangan seorang musafir untuk kembali mengisi 'bekal' sebelum isinya kehabisan dan menyelusuri lorong-lorong hidup di zaman 'kegemilangan' demi mengutip kembali azimat yang berharga. Dengan perkenan Yang Maha Kuasa. Pengeluaran entry dari blog buat kali terakhir di Bumi Mesir, semoga dipanjangkan umur buat diri dan berkesempatan untuk terus 'bercerita' dari Tanah Serendah Sekebun Bunga, negeri Cik Siti Wan Kembang. Nantikan ye~ :p

Sehingga berjumpa lagi. Wallahu'alam.

48. Dan bersabarlah dalam menunggu ketetapan Rabb-mu, maka sesungguhnya kamu berada dalam penglihatan Kami, dan bertasbihlah dengan memuji Rabb-mu ketika kamu bangun berdiri..]

-ayat 48 Ath-Thuur-


Selamat bertakbir raya!
Allahu Akbar..Allahu Akbar..Allahu Akbar..!

Monday, August 16, 2010

~Epilog Cinta 2 makhluk~

Pada suatu petang, tiba-tiba dia muncul. Gambar diambil curi-curi sebalik langsir, bimbang dia lari. Speechless, dia warna kuning! dan comel sangat.

Selak langsir perlahan-lahan, yes, dia masih di situ, tepi tingkap bilik. Pelik. Senyap aje, "kamu dari mana?" tiba-tiba muncul. Hati yang rawan makin terselit suka =)


Bercakap dengan dia, tapi dia diam je. Lapar ke? sakit ke? kenapa kamu tiba-tiba muncul? Pelik lg. Isk. Tapi dia sangat comel. Baik je, tidak mahu lari. Suka di hati makin melonjak. :))


Cuba tangkap dia. Dia mula menjauh. "Ala..janganla lari,meh sini meh" cuba untuk memujuk. Hati sudah mula jatuh cinta. Hadiah dariNya kah?


Dia diam lagi. Aku biarkan dia di situ. Tetapi matanya tidak lari melihatku. Kau, aku sedang berduka, tidak sangka kau hadir, aku sungguh gembira. Lantasku tersenyum. :)

Berjaya memegangnya, tapi tidak sampai hati melihat dia meronta minta dilepaskan. Maka, bebaslah kau ke dunia sana. Terima kasih kerana pernah hadir dalam hidupku walau hanya sedetik. Thank You Allah for sending Your Creature, to make me happy. :)

'Pain' = sakit
i need to close,completely close this gate to avoid the transmission of
pain sensation to my brain

Lets revise the Gate Theory, again and again.

p/s : tidak tahu kepunyaan siapa burung yg comel itu, dia bertenggek di tingkap bilik dari asar sampai subuh pagi esoknya. saya suka dia! sejak 23 thn hidup ini,tidak pernah lagi bersua dgn burung warna kuning kecuali pada hari itu. Amazing!

p/s : Kau datang ketika duka dan bintang bercahaya tunjukku ke jalan syurga~

Monday, July 12, 2010

wajah baru =)

Alhamdulillah, setelah sepetang duk main tukar itu, tukar ini, ubah situ, ubah sini, maka inilah hasilnya. Hehehe..pelik juga kenapa tone warna biru laut yang dipilih. As all knows, im a yellow girl! ;p. well~ maybe sebab nampak damai dan mahu tukar selera. Mungkin tiada yang menarik sangat dengan perubahan yang berlaku, apa pun, i love it! just need something new and peaceful for refreshment.=). But, the shoutbox, i don't know how to change it-not so pro~ as my 'sifu' tidak munculkan diri, as dia dah balik malaysia. Selalunya ada lah seorang itu bakal menjadi mangsaku ;)

-post-exam-
Anyhow..sangat serabut the last few days, sampai buka blog pun rasa tidak seronok. Tapi hari ini, semangat pula duk menilik 'dia' ni. Banyak benda nak tulis, nak kongsi. Peperiksaan akhir telah berjaya ditamatkan dengan jayanya pada 3 July lepas. Syukur pada Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, segalanya dapat dilalui dengan baik, I just do my part, then leave the rest to Allah. My hope and my pray to get His Mercy and Miracle.

-kepulangan-
Lately dah makin ramai sahabat-sahabat pulang ke tanah air tercinta. Seronok dan cemburu melihat mereke. Sedih pun ada, sungguh tidak menyukai perasaan ditinggalkan ini. Tetapi, lumrah hidup sememangnya begitu. InsyaAllah, semoga aku juga dapat menjejaki mereka, dan dengan lebih tepat lagi dapat bertemu mereka yang aku amat rindui. [Ameen..moga Allah izinkan]

-cuti-
Cuti yang dinanti-nantikan sudah pun tiba. Selesai sahaja oral terakhir tempoh hari, terus mematikan diri, bagai tidak mahu bangun, huhu. Tetapi alhamdulillah, masih ada kesedaran untuk bangkit ;). Dalam fikiran pelbagai benda rasa nak buat. oh~ ikutkan hati, mahu sahaja aku terbang pulang....T__T, hati, sabarlah ye..kejap sahaja lagi. Yang pastinya, walau bagaimana sekalipun cuti ini dihabiskan, semoga segalanya Allah redha, dan bermanfaat kepada diri dan ummah!

-penantian-
Setiap masa, aku mengira detik. Saatnya hampir tiba. Masa yang berbaki adalah untuk terus doa dan berdoa, selain mempersiapkan diri dengan segala persiapan yang sewajarnya. Allah..dengarkanlah rintihan hati ini, dan hati-hati kami semua. Hilangkan segala resah, kuatkan keyakinan dan sangka baik, kami berserah hanya padaMu. Kurniakanlah yang terbaik buat kami semua. =)
------------------------------------------

Entry kali ini bercampur baur nampaknya. Hmm, aku sedang cuba mencari idea terbaik bagi menyambung cerita yang terbengkalai. Rasa bersalah pula sebab membuat kerja sekerat jalan begitu. Sebenarnya 'cereka APD' itu datang secara spontan, masih kabur kronologi dan pengakhirannya. Hasrat di hati, agar dapat habiskan menjadi karya peribadi. Tengoklah, jika idea mencurah-curah memang taknak berhenti menaip gaya jari ni. isk. Apa-apa pun, i'll try to finish it! even some tidak logic dek akal. :P

kepada semua~ selamat bercuti, semoga dapat habiskan waktu yang lapang ini dengan sebaiknya, don't waste it, coz it will kill u...beware!

Thursday, January 21, 2010

yang ke -20



"Kak selamat lahirkan anak lelaki. cik duk nunggu dlm wad 11. mlm ni."


hee..ini bukan baby sebenar.
ini anak abe ndy merangkap sepupu baby sebenar
(x dpt fotonya lagi ),
nama budak ni Akhyar~

Sedang rehat-rehat semalam dapat mesej dari bonda. Alhamdulillah..akhirnya berakhir sebuah penantian. Mesti kak dan abe Man begitu bersyukur dan terharu dengan kehadiran cahaya mata yang ditunggu-tunggu. Semoga 'hero' itu sihat dan comel! tak sabarnya mahu melihat wajah2 kecil semua. oh ye..ini adalah kelahiran ke 20 dalam keluarga Raja Bidin..wah! serius, sy jua mula ingat-ingat lupa setiap seorang, lebih-lebih lagi generasi yang baru keluar ke dunia ini.aih~ maafkan daku anak2 sedaraku,moga2 kalian masih ingat makcik mu yang di kejauhan . *-*

Baby boy- 2.6 kg - 9 pm - 20 Jan 2010- Normal. (belum bernama~)

Syukur pada Allah yang menghantar seorang lagi khalifah di dunia yang penuh pancaroba ini. Mungkin juga duka si ibu yang kehilangan anak 2 tahun lalu itu sudah terubat dengan kehadiran permata hati keluarga. Sungguh Allah itu Maha Adil. Walaupun berkali-kali si ibu gagal mendapatkan zuriat sebelum ini, namun akhirnya Allah kurniakan lagi, Allah Yang Amat Pemurah kepada hamba-hambaNya.

Kehilangan itu memang menyakitkan, masih lagi terbayang wajah duka si ibu saat itu. Mata yang berkaca setiap kali melihat anak-anak kecil kerana terbayang arwah anak yang tidak sempat untuk dia bermanja. Tapi, dia tetap kuat dan tabah. Hidup diteruskan, dan akhirnya penantian membuahkan hasil yang amat indah. Syukur padaMu..Moga Allah merahmati zuriat itu dan keluarga abg Man selamanya.

Alhamdulillah, berita itu sungguh menggembirakan hati ini. Tapi bila begitu, terasa begitu kuat perasaan mahu segera pulang isk!~.Berada dalam keluarga yang besar begini, segalanya begitu terasa. Bila ditimpa musibah semua bersatu, bila diberi nikmat semua mengucap syukur.

Dan, sedang menanti seorang lagi yang bakal menjenguk dunia..akhir bulan depan insyaAllah. Moga dipermudahkan Nya jua. =)

**************
seronoknya dapat anak~ ^-^

moral : kegagalan yang datang bukan selamanya..pasti akan berjaya suatu hari nanti..apa yang penting..USAHA!!!!!