Friday, April 22, 2011

'Sya' dalam hidup saya :)

Assalamu'alaykum w.b.t.


3 bulan yang lalu..

Mentari sungguh membahang pada hari ini. Suasana di Sekolah Memandu sesak dengan manusia (budak-budak?) yang datang untuk belajar memandu seterusnya mendapatkan lesen kenderaan sama ada lesen motosikal, kereta, lori dan sebagainya. Dan aku? Ya, pastinya aku salah seorang dari mereka. Terasa diri bagai kembali ke zaman lepasan spm gayanya~ hehe.

Tiba-tiba, aku ditakdirkan satu bengkel dengan seorang gadis yang comel. Perwatakannya semacam happy-go-lucky gitu. Ringkas dan kelihatan sempoi sekali. Macam sesuai untuk menjadi mangsa untuk borak-borak seketika~ ;p

Nak dijadikan cerita, namanya 'SYA'. Terus aku lekat panggil dia kak Sya, sebabnya dia tua sikit dari umur aku, dan seorang cikgu rupa-rupanya. [Dah boleh agak, hehe]. Sebenarnya, tatkala akak tu menyebut namanya 'sya', terus aku rasa nak tersenyum seorang diri. Sebabnya, nama 'sya' itu wujud dalam lipatan sejarah hidupku. Ce ce~ :D. Tetapi bukan hanya seorang sya, tapi ramai.....(4 je ;p)

.........................................

'Sya' pertama yang aku kenal adalah Nisya. Sejak dari MMP sudah menggelarkannya dengan nama itu. Di saat kawan-kawan lain memanggilnya Lyanna, tetapi aku tetap dengan panggilannya sya~..sehinggalah kami sama-sama ke Intec dan Cairo Universiti., panggilan itu kekal sehingga ramai yang rasa pelik ;). Tetapi, lama dah rasanya tidak borak-borak dengannya. Semoga dia baik-baik aje di sana bersama kawan-kawan yang lain. =)

'Sya' kedua adalah Sharifah. Pertemuan kami such as miracle gitu. Lokasinya di UTP,Perak time Educamp yang kononnya aku ni gatal nak g interview masuk course Mechanical Engineering ;p Haha. Terserempak cik Sya ni kat tangga nak naik asrama, dari jauh dia senyum je, seolah-olah kami dah lama kenal. Apa lagi, aku pun senyum la sama. Meleret-leret sehinggalah kami bertegur sapa menghulurkan salam perkenalan. Sempat bertukar-tukar no hp. Yang peliknya setelah itu langsung tak nampak mukanya di Educamp 3 hari itu (kalau x silap), dan lastly jumpa kembali dengannya di INTEC! satu group dalam Minggu suai kenal, dan sama-sama ke Cairo University. Indah betul aturan Tuhan. Sekarang sya dan kawan-kawan agaknya sedang busy sambut baby-baby kat hospital kot~ [yeke? ;p hehe]

'Sya' ketiga aku adalah roomate merangkap housemate semasa di Intec! Bilik..(eh, tak ingat number bilik..macam 4 depannya) Cemara. Namanya Syafaf. Terus lekat panggil sya. Aku masih ingat dia hadiahkan sepasang stokin kartun warna pink masa befday aku time tu. Comel betul. Kami juga sama-sama ke Cairo. Jarang bertemu dengan dia setelah itu sebab sudah berlainan rumah. Walaupun begitu, ukhuwah yang pernah terjalin tidak akan padam, semoga dapat bersua lagi nanti. InsyaAllah!

The last 'sya' is Syazana. Housemate ketika tahun ke 4 berada di Cairo. Bila ingat kat dia, pasti teringat semasa malam terakhir di airport dulu. Sebak yang teramat semasa memeluknya. isk. (alamak! pedih mata da). Dia sangat baik dan comel. Aku harap, hidupnya sentiasa ceria dan bahagia di sana. Kteah rindu sya, of cors :)

.........................

Oh, bercerita tentang mereka mengundang sebak di dada~ Yes, kawan-kawan yang amat aku rindui, sesungguhnya aku rindu kalian. Bukan hanya yang disebut di atas, tetapi semuaaa..yang pernah aku kenal, aku salami, aku peluk..dan yang pernah aku menangis , ketawa bersama..

Semoga Kalian baik-baik sahaja di sana..

Love u all!~


Tuesday, April 19, 2011

Change, again!

Assalamu'alaykum w.b.t.

Oh. Penatnya. Sungguh penat menunaikan segala amanah yang terpundak. Peristiwa 'jatuh' sejurus setelah selesai mesyuarat tempoh hari sungguh membuat aku berfikir panjang akan keadaan kesihatan yang tidak berapa baik. Badan menghantar signal tersendiri untuk tuannya reti berehat seketika. Semoga kekuatan terus melingkari hidup hari-hariku yang semakin lama semakin berwarna warni..

Bila menyingkap kembali tulisan-tulisan lama di 'alam' ini, membuat aku senyum sendiri. Apalah agaknya detik hati mereka-mereka yang pernah mengunjungi blog ini. Blog penuh 'kesedihan dan ratapan', mungkin? Isk.isk. Tidak habis-habis bercerita tentang 'susah,perit, payah etc'. Malu sendiri rasanya, seolah-olah hidup ini tiada apa nikmatnya. Oh ho, tidak begitu. Cuma setiap kali rasa 'tidak ok', selalunya laju sahaja jari ini menari-nari. Mungkin inilah salah satu cara dari mengelakkan segala tekanan dari berlarutan. Dan, ini cara aku. Alhamdulillah, walau tidak bisa melenyapkan semua, sedikit walau sebesar zarah pun jadilah~ ;)

Terasa seronok pula malam ini bermain-main tukar 'wajah' blog. Kelihatan ok je, tetapi biasalah mata sendiri kadang-kadang lain dengan mata orang. So, macam mana ye? Ok tak perubahan yang dibuat ini? [hehe..bajet ada yang jawab~]. Teringat pula dahulu aku ada 'sifu blog'. Tetapi sekarang agak susah nak kacau-kacau selalu sebabnya masa kami tidak sama, aku tidur dia jaga, dia tidur aku jaga ;p Komenlah ye awak kalau baca post nih. hee. hee. :D

Hari ini sememangnya penat. Kerja sentiasa ada dan mesyuarat yang entah bila akan ada mesyuarat terakhir untuk aku! Namun, jauh di sudut hati ini, aku sayang akan rutin hidup sekarang dan pastinya ia akan menjadi salah satu memori yang melangkapkan sejarah hidup sang hamba.

Segala puji bagiMu Ya Allah atas segala nikmat dan ujian.! :)

Hasil kerja yang tidak seberapa, yang dibuat malam sebelum program! Fuh~

Friday, April 15, 2011

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini


Ku Yakin Berlaku
Aidil

***
i just..love this song~

Tuesday, April 12, 2011

Garisan Pemula

6.10 PM. Masa untuk pulang ke rumah!

Turn off semua benda yang 'hidup' di dalam pejabat dan mengemas ala kadar alat tulis, kertas, sticky notes yang berselerakan di atas meja, itulah rutin sebelum meninggalkan 'kabin' dingin ini. 'The Office' ;)

--------------------
Sejak bekerja di sebuah NGO bernama Sekretariat Misi Cakna Palestin, Kota Bharu, di sanalah hampir seluruh masa siang dihabiskan. Aku pun tidak pasti apakah nama sebenar jawatan diri ini, cuma kerja yang aku perlu lakukan adalah sebagaimana kerja-kerja am pejabat. Namun memandangkan kekurangan kakitangan, maka segala jenis kerja kecil mahupun besar perlu diuruskan oleh diri ini. Sememangnya dengan masa yang terhad dan pengalaman yang tidak seberapa , pekerjaan ini terkadang mengundang tekanan yang amat.

Seawal berstatus pekerja baru dahulu, sejujurnya aku memang 'blur' dengan pengurusan tentang hal-hal pentadbiran. Ya lah, memang berbeza 100% dengan medical punya term kot. -_- . Berkaitan hal-hal kewangan lagi lah kucar-kacir. Sungguh sadis. 2 bulan pertama yang perit sebenarnya sehingga tidak mampu hendak bercerita di alam ini. Dengan pelbagai program, paperworks, minutes, budget yang perlu diselesaikan, ditambah pula 'desakan' dan 'permintaan' dari mereka-mereka yang di atas amat menguji ketahanan jiwa ini untuk terus bekerja. Tapi, susah itu sudah lumrah dan penat itu harus ditelan demi tidak membazir masa 'bercuti' ini begitu sahaja. Setelah 4 bulan lebih, alhamdulillah, segalanya makin baik walaupun pressure always around. ^_^ Bila fikirkan kembali, sesungguhnya aku sedang melalui sebuah proses pembelajaran yang tidak terlintas di benak ini untuk mempelajarinya sebelum ini. Menarik.

Ilmu baru, sahabat baru dan ujian baru yang semakin mencabar sekeping hati. Mujur juga hati ini sudah diajar sejak dahulu, semoga ia semakin kebal dan mampu untuk terus bertahan menempis segala cobaan hidup. Moga Allah terus kuatkan.

Indah perjalanan hidup ini seandainya segalanya dilihat pada apa yang tersirat. Segalanya datang tanpa diundang, dan aku amat menghargai proses kehidupan yang semakin lama semakin menguatkan keyakinanku untuk terus menuju ke puncak. Kehidupan yang memaksa untuk aku lebih berdikari, mungkin lebih matang i-don't-know, but i hope so. heh. Kehidupan yang membuat aku lebih menghargai nikmat dari Dia, yang Maha Pemurah. :)

Aku sedang menjadi pelajar ilmu kehidupan di alam baru, dan aku sedang menanti untuk menjadi pelajar di 'sana', yang mudah-mudahan segalanya lancar dan dipermudahkanNya. Ameen.

---------------------

Pulang dari HAMKA 11, yang berjaya menyirami jiwa ini dengan semangat perjuangan dari ayahanda Tok Guru, melihat wajahnya terasa hangat di hujung mata, air mata hampir menitis! Ya Allah, himpunkanlah aku bersama pejuang-pejuang Islam yang menjadi rantai perjuangan KekasihMu..Rasulullah s.w.t.

Dan kini, aku semakin yakin.