Tuesday, April 19, 2011

Change, again!

Assalamu'alaykum w.b.t.

Oh. Penatnya. Sungguh penat menunaikan segala amanah yang terpundak. Peristiwa 'jatuh' sejurus setelah selesai mesyuarat tempoh hari sungguh membuat aku berfikir panjang akan keadaan kesihatan yang tidak berapa baik. Badan menghantar signal tersendiri untuk tuannya reti berehat seketika. Semoga kekuatan terus melingkari hidup hari-hariku yang semakin lama semakin berwarna warni..

Bila menyingkap kembali tulisan-tulisan lama di 'alam' ini, membuat aku senyum sendiri. Apalah agaknya detik hati mereka-mereka yang pernah mengunjungi blog ini. Blog penuh 'kesedihan dan ratapan', mungkin? Isk.isk. Tidak habis-habis bercerita tentang 'susah,perit, payah etc'. Malu sendiri rasanya, seolah-olah hidup ini tiada apa nikmatnya. Oh ho, tidak begitu. Cuma setiap kali rasa 'tidak ok', selalunya laju sahaja jari ini menari-nari. Mungkin inilah salah satu cara dari mengelakkan segala tekanan dari berlarutan. Dan, ini cara aku. Alhamdulillah, walau tidak bisa melenyapkan semua, sedikit walau sebesar zarah pun jadilah~ ;)

Terasa seronok pula malam ini bermain-main tukar 'wajah' blog. Kelihatan ok je, tetapi biasalah mata sendiri kadang-kadang lain dengan mata orang. So, macam mana ye? Ok tak perubahan yang dibuat ini? [hehe..bajet ada yang jawab~]. Teringat pula dahulu aku ada 'sifu blog'. Tetapi sekarang agak susah nak kacau-kacau selalu sebabnya masa kami tidak sama, aku tidur dia jaga, dia tidur aku jaga ;p Komenlah ye awak kalau baca post nih. hee. hee. :D

Hari ini sememangnya penat. Kerja sentiasa ada dan mesyuarat yang entah bila akan ada mesyuarat terakhir untuk aku! Namun, jauh di sudut hati ini, aku sayang akan rutin hidup sekarang dan pastinya ia akan menjadi salah satu memori yang melangkapkan sejarah hidup sang hamba.

Segala puji bagiMu Ya Allah atas segala nikmat dan ujian.! :)

Hasil kerja yang tidak seberapa, yang dibuat malam sebelum program! Fuh~

2 comments:

  1. salam kak teah!
    sy tukar layout yg macam kak teah lama dulu kot...then baru singgah sini...rupanya dah bertukar wajah semalam hehe.

    nampak berani lah background ni!

    anyway, sy dapat rasakan kak teah makin hari jadi makin kuat dan cekal orangnya ;)

    ReplyDelete
  2. wsalam ami!

    haha..sy seru terus muncul eh ;p
    ami lah pengomen setia blog kteah, bleh bg award neh hik2. 'Thank you dear :)

    mungkin bila nmpak berani, si empunya tuan kena turut tempias berani tu! moga2..

    isk..biasa je nih, terkadang cekal, terkadang rapuh..moga Ami jua makin baik dan gagah di sana :)

    ReplyDelete