Tuesday, April 12, 2011

Garisan Pemula

6.10 PM. Masa untuk pulang ke rumah!

Turn off semua benda yang 'hidup' di dalam pejabat dan mengemas ala kadar alat tulis, kertas, sticky notes yang berselerakan di atas meja, itulah rutin sebelum meninggalkan 'kabin' dingin ini. 'The Office' ;)

--------------------
Sejak bekerja di sebuah NGO bernama Sekretariat Misi Cakna Palestin, Kota Bharu, di sanalah hampir seluruh masa siang dihabiskan. Aku pun tidak pasti apakah nama sebenar jawatan diri ini, cuma kerja yang aku perlu lakukan adalah sebagaimana kerja-kerja am pejabat. Namun memandangkan kekurangan kakitangan, maka segala jenis kerja kecil mahupun besar perlu diuruskan oleh diri ini. Sememangnya dengan masa yang terhad dan pengalaman yang tidak seberapa , pekerjaan ini terkadang mengundang tekanan yang amat.

Seawal berstatus pekerja baru dahulu, sejujurnya aku memang 'blur' dengan pengurusan tentang hal-hal pentadbiran. Ya lah, memang berbeza 100% dengan medical punya term kot. -_- . Berkaitan hal-hal kewangan lagi lah kucar-kacir. Sungguh sadis. 2 bulan pertama yang perit sebenarnya sehingga tidak mampu hendak bercerita di alam ini. Dengan pelbagai program, paperworks, minutes, budget yang perlu diselesaikan, ditambah pula 'desakan' dan 'permintaan' dari mereka-mereka yang di atas amat menguji ketahanan jiwa ini untuk terus bekerja. Tapi, susah itu sudah lumrah dan penat itu harus ditelan demi tidak membazir masa 'bercuti' ini begitu sahaja. Setelah 4 bulan lebih, alhamdulillah, segalanya makin baik walaupun pressure always around. ^_^ Bila fikirkan kembali, sesungguhnya aku sedang melalui sebuah proses pembelajaran yang tidak terlintas di benak ini untuk mempelajarinya sebelum ini. Menarik.

Ilmu baru, sahabat baru dan ujian baru yang semakin mencabar sekeping hati. Mujur juga hati ini sudah diajar sejak dahulu, semoga ia semakin kebal dan mampu untuk terus bertahan menempis segala cobaan hidup. Moga Allah terus kuatkan.

Indah perjalanan hidup ini seandainya segalanya dilihat pada apa yang tersirat. Segalanya datang tanpa diundang, dan aku amat menghargai proses kehidupan yang semakin lama semakin menguatkan keyakinanku untuk terus menuju ke puncak. Kehidupan yang memaksa untuk aku lebih berdikari, mungkin lebih matang i-don't-know, but i hope so. heh. Kehidupan yang membuat aku lebih menghargai nikmat dari Dia, yang Maha Pemurah. :)

Aku sedang menjadi pelajar ilmu kehidupan di alam baru, dan aku sedang menanti untuk menjadi pelajar di 'sana', yang mudah-mudahan segalanya lancar dan dipermudahkanNya. Ameen.

---------------------

Pulang dari HAMKA 11, yang berjaya menyirami jiwa ini dengan semangat perjuangan dari ayahanda Tok Guru, melihat wajahnya terasa hangat di hujung mata, air mata hampir menitis! Ya Allah, himpunkanlah aku bersama pejuang-pejuang Islam yang menjadi rantai perjuangan KekasihMu..Rasulullah s.w.t.

Dan kini, aku semakin yakin.


No comments:

Post a Comment