Tuesday, December 29, 2009

masalah itu comel

"masalah, please go away!"

"aaaa..tensionnya, masalah lagi, tak habis-habis datang"

"sedihnya, kenapa hidup aku selalu sahaja bermasalah"

*****************************
Seringkala, ungkapan-ungkapan rungutan diatas selalu sahaja meniti dibibir setiap insan yang ditimpa masalah atau ujian padanya. Mereka terasa diri sangat terbeban, lemah, rasa nak 'give up' dan sebagainya. Yang paling teruk, bila mana ditimpa ujian yang betul-betul menguji, terasa hidup tiada erti lagi dan segalanya telah berakhir. Selepas itu mulalah hati bersangka-sangka, dan fikiran juga semakin menggila. Kenapa begitu wahai insan, itu hanyalah sejenis masalah yang juga diciptakan oleh Dia. Sungguh tidak patut jika sebaik ciptaan Allah yakni manusia ini mengalah pada sesuatu masalah, pasti ada jalan penyelesaiannya. Bagaimana?

Mencari penawar bukannya senang, silap hari bulan padah semakin menghampiri. Allah masih sayang hambaNya, Allah takkan tinggalkan hambaNya. Ya, Allah takkan tinggalkan! Dia dan hambaNya,adalah apa yang hambaNya fikirkan..begitu dekat, rapat. Masa menjadi penawar. Kata-kata semangat terus ditabur. Tetapi, andai saat itu fikiran kacau bicara lembut terasa keras, senda gurau terasa ejekan dan kata nasihat ibarat hirisan pada hati. Mengapa? kerana segala cas negative menyelubungi diri, sehingga masalah yang dihadapan bagai asbab pengakhiran sebuah cita.

***********

mari mengenal apa itu MASALAH.

"sejak kecil lagi sebenarnya kita selalu berdepan dengan masalah. Betul tak? Bila kita lahir je dah bermasalah, sampai lah mati, proses hidup kita ni kan..dari awal sampai akhir adalah PERJUANGAN untuk HADAPI dan SELESAIKAN MASALAH."

hmmm....

"cuma..masalah ini ada yang besar, ada yang kecil, small matter and big problem. Sama ada kita yang kawal masalah atau masalah yang kawal kita tiada beza sangat, yang penting sejauh mana minda kita positif setiap kali berdepan dengan masalah.."

positif???

"macam ni, masalah-masalah ni..takkan berlaku tanpa izin Allah s.w.t..dan, masalah yang ada pelbagai atas bumi Allah ni, Allah s.w.t. takkan timpakan kepada seorang individu sahaja, lain orang..lain masalahnya bersesuaian dengan kemampuan.."

hmmm..

"secara mudahnya kita hadapi lah masalah yg dizinkan oleh Allah swt utk berlaku..dengan kekuatan yg dipinjamkan oleh Allah swt beserta yakin dan sabar. Apa yang pasti, kita takkan dizalimi oleh Allah dengan masalah-masalah yang diizinkanNya untuk berlaku..."

hm..betul..betul..

"satu lagi yang penting Allah swt tak kan benarkan sesuatu masalah berlaku ats muka bumi ni.. jika masalah tu adalah sia² dan tiada faedah utk kita.. "

rasa nak menangis..tersentak.

"nak menangis pun satu masalah juga, iaitu bagaimana kita boleh keluarkan air mata dan bagaimana kita nak hentikan air mata dari kluar-berhenti menangis ^-^ . Teruskan menangis sampai rasa lega, selagi mana Allah pinjamkan air mata tu, gunalah sebaik mungkin dengan positif.."

ok dah lega..kembali kepada masalah *-*

"sebenarnya kan, tiada istilah 'no problem' pun dalam hidup ni. Sebabnya kan, walaupun sesuatu masalah itu dapat dihadapi dan diatasi, masalah berikutnya akan menyusul tepat setelah masalah sebelumnya selesai. So, kesimpulan mudah tentang masalah ni..'mereka' ni comel-comel juga, sebabnya untuk orang islam, walaupun segarang mana mereka, mereka tetap bawa natijah dan kesan positif buat orang islam.."

ha...masalah comel? huu~

"kan kita kena kenali dan taaruf dengan masalah ini dengan berminda positif. Mereka ni adalah guru kepada kita mengikut aturan sunnatullah kerana dari mereka kita BELAJAR dan menjadi MATANG. Allah swt hanya memilih org yang layak sahaja utk mendapat didikan intensif dari masalah yg merupakan (guru²) ynag mendpt tauliah dari Allah swt . Allah swt membentuk, membina dan mendidik jiwa² hamba²nya dgn perantaraan masalah².."

tapi.........

"cuma..persoalannya, sejauh mana kita memandang dan menilai serta menghormati sesuatu masalah..yg merupakan perantaraan Allah swt dgn SunnahNya untuk kebaikan manusia.."

ye..bagaimana?

"mari kita lihat, pilihan yang ada *kita gunakan akal, emosi dan perasaan pinjaman kita ni utk terus tensen dgn masalah² yang comel² tu (walaupun garang)"

atau

"*kita manfaatkan sebaik mungkin masalah-masalah yang ada dalam erti kata, kita sedang dibina oleh Allah untuk menjadi hambaNya yang diredhai, terpulang kepada kita untuk menilai siapa kita disamping masalah-masalah.."

senyum...tanda kesyukuran Allah bagi nikmat senyum, tenang.

"tenangkan bila kita rasa Allah s.w.t. ada untuk kebaikan kita. Sekali lagi, senyumlah sambil melihat semua masalah-masalah disekeliling kita..=)"

adakah kita punya kemampuan untuk hadapi segala masalah-masalah ini?

"kita akn dikira tiada kemampuan..bila akal dah tak berfungsi, hati kita mati, kita hilang keyakinan dan pergantungan pd Allah swt, nafas kita sudah tiada, hayat telah ditamatkan. Semua ini, terkandung dalam diri kita yang dipinjamkan oleh Allah s.w.t. selama ini, dari kecil sehingga besar. Nikmat kan? Kenapa sekarang kita perlu rasa hilang atau tiada kemampuan yang sebenarnya dari kecil kita hidup dengan diberi pinjam kemampuan itu.."

******
Tahniah! kerana diperkenalkan dengan masalah yang bermuka garang tapi lembut hatinya, kerana dengan adanya masalah itu, lebih mendekatkan hati kita kepada Allah secara langsung atau tidak langsung hari demi hari.. =)

++gerakkan hati dan minda,
tenang jiwa dengan rahmat pinjamanNya
yang bernama minda positif++


p/s : risau jika ada yang tak sampai maksud..harap-harap semua yang baca dapat faham dan amik faedahnya..
thanks a lot..pada SiFu =)

Sunday, December 27, 2009

pesan beliau..

"Kalau kita terjaga di tengah- tengah malam itu, ia sebenarnya satu anugerah dari Allah. Allah kirimkan malaikatNya mengejutkan kita supaya kita bangun beribadah kepada Allah. Sebagai tanda terima kasih kerana mengejutkan kita, paling malas pun, mintalah apa- apa (berdoa) walau sedikit (meskipun kita masih di tempat tidur) kepada Allah, kemudian tidurlah." "Kalau kita sedar, kemudian kita terus sambung tidur tanpa ucapkan apa- apa (contoh beristighfar, bertahmid dan sebagainya), kemudian malam kedua dan malam ketiga pun begitu juga, kita bimbang (kalau) malaikat tidak akan datang lagi mengejutkan kita." - TG NIK AZIZ-

Thursday, December 24, 2009

mencari seorang kawan

Assalamu'alaikum w.b.t.

Post ini sepatutnya ditulis semalam, tapi memandangkan sy rasa malas-malas mahu buka blog yang comot ini, maka jadilah post untuk hari ini. Ianya tentang 23 Dis, ramai betul kawan-kawan membuat status ym meng'wish' befday pada kawan-kawan yang lahir pada 23 Dis. So, bila fikir-fikir, rupanya ramai lahir pada tarikh itu.

Pada 23 Dis 2003, ketika itu saya form 3 kat Maahad, maka lahirlah seorang baby yang comel, anak kepada kakanda tercinta, diberi nama kanak-kanak itu Raja Muhammad Amjad. Hm, satu-satunya anak saudara yang 'very nice' , jurus ore kelate kato (hehe..) sebabnya, dia sangat senyap, tak banyak ragam, jarang menangis, oh beliau telah menjadi cucu kesayangan ayahanda sy mungkin ;). Bila berada jauh dengan keluarga, selalu jugalah tengok dia kat webcam, sehinggakan dia mengenali saya selalu berada dalam TV (*-* tv= pc) isk..isk..makcik Tv la bayangannya kot. Sekarang umur dia dah 6 tahun, dah petah berkata-kata, tapi still macam pendiam je, dah ada 2 adik pun. Moga-moga dia jadi abang yang bertanggungjawab dan penyayang. Sesungguhnya saya sangat rindu pada dia. =)

Pada 23 Dis 1987, telah lahir seorang anak perempuan kepada sebuah keluarga. Comel la kot budak ni masa kecil tak dapat nak pastikan kerana saya mengenali beliau ketika beliau dah besar. Dan, beliau memang comel dan makin cun kot sekarang. (ahaa..;) Namanya F, kawan baik sepanjang di Maahad, now dia di UTP, sedihnya..saya sudah lama lost contact dengannya. Where r u?? saja je tulis post ni, kot-kot dia baca, sebabnya sebelum blog ini diprivatekan dulu, sy tau, dia selalu datang sini. Tapi, tak tau la sekarang, sehingga saat ini saya belum wish befday lagi kat dia. Moga-moga dia akan kembali kesini coz saya rindu dia juga. Anyhow, Hepi 22nd befday~ Moga sentiasa dibawah perlindunganNya selalu =)

And then..kepada 2 orang kawan satu batch saya, Sha'e dan Said, selamat hari lahir, Moga berjaya mencapai segala impian dan cita, moga diredhai Allah selalu =) act,sy rasa tak sempat pun nak rapat dengan baik with my own batch, tapi saya akan sentiasa ingat setiap kenangan bersama batch gen6 ni, coz setiap kali ke kelas, saya pasti rindu mereka semua.

ok,selesai sesi ucapan
--------------------------------

reminder:

-oh..visa nak mati da..belum buat lagi!
-janji-janji yang tak tertunai lagi..alamak~
-surat..moga2 setel hari ini..penat da!~
-baca buku setiap hari, moga-moga berkat ilmu, Allah sayang, insan pun suka :)
-hari ini, genap satu tahun 11 bulan. dah lama rupanya.....*smile*
-saya betul-betul sedang mencari seorang kawan saya tu..F, muncul lah!

end.

Tuesday, December 22, 2009

harapan padamu subur kembali

video yang dijanjikan, ingatkan tak mahu letak dah..tapi ada seseorang telah membantu, semangat betul beliau tunjukkan u tube yang mengajar cara nak letak benda nih. heh.
Thank u neh~ =)

ok..selamat mendengar :)


jatuh cinta lagi

Assalamu'alaikum w.b.t.

semalam saya telah jatuh cinta pada satu nasyed, sangat bermakna bait katanya, mungkin boleh dikatakan sebagai pengubat jiwa. kadang-kadang jiwa perlu dibelai supaya dia tidak senang memberontak, kadang kala irama bisa menjadi ubat buat segala resah. Paling penting irama ketuhanan itulah yang paling menenangkan dan mengusir segala prasangka.

hm, saya tak pandai macam mana mahu kongsi youtube itu disini, nantilah bila pandai saya letak. [sekarang sedang buat status lagu itu la =) ]

Saya sangat suka pada kata-kata yang punya makna yang tersirat. Puitis barangkali. Hanya orang tertentu memahami maksud disebaliknya. Tapi..mungkin tidak semua insan begitu, mereka lebih suka kepada 'direct to the point'. Sebab itulah, jika perasan kerap kali jugalah tulisan saya disini kadang-kadang berbelit sukar difahami. Pernah seseorang menegur surat rasmi saya tempoh hari, katanya lebih kurang begini ayatnya, 'kurangkan ayat novel, just straight to the point' ahaa~ tergelak saya, tak sangka rupanya sampai masuk dalam surat rasmi. Apa pun, teguran yang baik =)

Anyhow, bagi saya memg bagus just straight to the point, tapi kadang-kala kita perlu bermain dengan jiwa manusia [bukan berjiwang] tapi mungkin bahasa akan jadi lebih halus dan dapat melambangkan identiti insan yang berkata-kata. Tapi, ntahlah..tafsiran manusia kan pelbagai, ada yang suka dan tidak lupa pada yang menyampah juga,mungkin.

oh, ok tukar tajuk..Btw,hari ini satu hari keluar bersosial [betul ke istilahnya..dunno :p] dengan seseorang setelah lebih 2 minggu menjadi penunggu rumah (baca= bilik) kerana merawat segala 'sakit' yang mendatang. Very nice walking-talking-eating. heh. Since, bila 'sakit' datang, nak berkata mahupun berborak pun sukar. Thank You Allah 4 giving me this chance, to learn, to explore, to know more about life, love and sincerity. Yang mana peluang itu, bukan semua insan dapat. Hanya mereka yang terpilih..!

-----------------------------------------

Moga-moga dalam proses aku menelan semua ini, aku masih dapat merasai sesuatu yang manis walau bersalut pahit. Manis selalu x elokkan..diabetes! heh.

-----------------------------------------

*sape tau maksud tersirat cerita saya di post 'kerana rindu', very short prolog, i think.

Monday, December 21, 2009

kerana rindu

Malam semakin larut, insan ini masih belum mahu lena matanya. Teringat sepanjang siang tadi, berinteraksi bersama keluarga tersayang bagai mengecas kembali semangat yang membara dijiwa. Melihat senyum dan tawa mereka menjadi penawar yang paling mujarab buat duka hati. Aku terpaku, memandang diri sendiri berada diantara mereka, bagai sedang berbicara dengan penuh lembut tutr bicara. Aku terpegun, melihat diri sendiri pada wajah bahagia mereka. Namun, aku akhirnya tersentak, kerana itu hanya bayangan ilusi mayaku,jauh sekali sebuah hakikat.

Hari ini,setelah berapa lama aku meninggalkan dunia mayaku ini, aku kembali lagi. Mungkin seraya minda ini mahukan kerehatan dan kepuasan pada hati, maka secangkir perkongsian ini aku titipkan pada dunia maya tanpa sempadan. Sungguh ajaib percaturan sebuah kehidupan, setelah satu persatu segalanya ditempuh, hendak kata dengan hati yang waja..tidak juga. Kerana setiap kali badai mendatang, hati berkecai hebat, pecah berkeping-keping. Air mata, tidak usah diceritakan lagi, bagai teman yang paling setia kerana pasti ia hadir tanpa perlu diseru. Itulah aku..

Lemah. Memang terasa sangat lemah rupanya jiwa ini, namun tidak sekali-kali aku mengalah pada jiwa yang lemah ini. Aku perlu kuat, kerana aku tahu..aku bukan siapa-siapa.

"Hati, moga terus yakin dalammu, Allah yang menciptakan hati ini..Allah Maha Tahu kekuatan, batas sanggup hati ini..Allah pasti beri kekuatan padamu duhai hati. Tapi, jika hati penuh prasangka? aduh..malang sungguh jika begitu..jangan bersangka-sangka duhai hati, usah bertanya-tanya..jauhkan andaian yang bukan-bukan, kerana itu semua dari musuhmu yang nyata."

Hidup, tidak perlu mencari kesempurnaannya. Cukuplah dengan rasa penuh rendah diri dan kesyukuran yang melimpah buat Dia. Mati, berhajat kepada kesempurnaan, kerana disitu titik mula kehidupan yang lebih bahagia, kekal berpanjangan.

"remang senja semakin menolak sinar mentari, angin petang menderu hebat tanpa mempedulikan gementar tubuh insan yang disapanya. Aku sengaja mendera diri menongkah arus kesesakan petang demi mahu segera pulang ke pangkuan yang tersayang. Sedang leka tergesa-gesa berjalan melintasi jambatan, kakiku terlanggar sesuatu menyebabkan aku hilang imbangan badan lantas kepala terhantuk pada benda yang keras. Pedih dan sakit. Mata semakin kabur, samar-samar melihat ramai manusia mendatangi ku, dan mata ini akhirnya tertutup rapat. Kelu."

*ini bukan pengakhirannya..ia baru saja bermula*
----------------------------

aku datang, kerana aku rindu,
aku rindu pada kata..
aku rindu mahu bicara..
masihkah ada..
yang sudi..mendengar,
segala bisik hati ini..

AsrarR,
yang punya rahsia

Harir,
sutera nan lembut

Ros kuning,
permulaan sebuah hidup, ia perlu sentiasa segar supaya tidak mati!


tamat.

Friday, October 9, 2009

Ya Rabb..Istajib du'a ana

Biar berlinangan air mata
ku takkan hentikannya
biarkan ia menyembuh luka
hilanglah rasa duka
tidak ku termampu merentasi liku-liku
oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
oh sungguh ku tak upaya

jangan di biarkan jerih perih kehidupan
bisa meleraikan iman kan hancur semuanya
walaupun menitis air mata darah
tak bisa merubah segalanya
melainkan taubat nasuha
moga kan di terima

Ya Rabb..Ya Rabb
istajib du'a ana

namunku percaya masih ada kesudahannya
kerana Allah itu Maha Kaya Maha Mendengar
rintihan hamba-hambaNya
kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya
pasti akan ada jalan keluarnya
rezeki yang tidak di sangka-sangka
cukup Allah baginya berkuasa segala-galanya
terima seadanya

Biar berlinangan air mata
ku takkan hentikannya..!

Monday, October 5, 2009

Keputusan

Alhamdulillah..syukur padaNya kerana masih di beri nyawa untuk meneruskan hidup. Tanggal 3 oct 2009, keputusan yang di nanti-nanti telah keluar. Alhamdulillah subject Anatomy lulus, dan baki 2 subjek iaitu Biochemistry dan Physiology masih gagal. Keseluruhannya gagal ke tahun 3, dan akan mengulang tahun 2 buat kali ke 2.

Details about the failed subjects:

Biochemistry : Dhaif : 84 *passing mark is 90* (lagi 6 mark utk lulus)
Physiology : Dahif : 131 *passing mark is 150* (lagi 19 mark utk lulus)

Melihat kepada keputusan terasa sungguh tertekan. Oh Allah, sikit je lagi untuk lulus --> naik tahun, berkali-kali tulisan itu di tatap, mata ini kaburkah..silap tengok mark orang lain kah. Tapi, memang itulah hakikat walau beratus kali di ulang bagi memastikan betul ke tidak keputusan itu.

Lemah segalanya, terasa kosong pandangan mata, mujur juga masih mampu bertatih untuk pulang pada remang senja itu, terlalu banyak perkara dibenak hati dan fikiran. Banyak sangat sampai terasa kepala hampir pecah memikirkannya. 'Ya Rabb! kuatkan aku..kuatkan akidah dan imanku..' bisikan itu terlontar ke seluruh penjuru hati demi menggamit secangkir tenang.

Hari ini 5 oct, baru punye kekuatan untuk menulis. Masih mentafsir hikmah yang tersembunyi disebalik segalanya. Pelbagai prosedur dan urusan perlu diselesaikan di saat sahabat-sahabat lain bergembira memulakan tahun baru. Status yang masih lagi kabur, sama ada boleh terus berada di bumi ini ataupun sebaliknya. Keadaan emosi dan psycho yang terkadang mengganggu perjalanan hidup, hanya memohon agar terus dikuatkan iman dan yakin hanya pada DIA yang berkuasa menentukan segalanya.

"Semoga dilembutkan hati insan-insan yang bertanggungjawab me'recheck' keputusan kami, semoga dilembutkan hati pegawai-pegawai yang akan meluluskan lagi tajaan buat kami. Semoga Allah masih buka peluang dan rezeki agar kami masih dapat berkelana di bumi yang disayangi ini. Ameen ya Rabb."

"berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" agaknya peribahasa ini sangat sesuai dengan situasi yang terjadi. Begitulah hakikatnya, bukan ini yang kami minta..dan jika besar harapan kalian utk kami lepas..beribu-ribu besar lagi harapan kami.Sesungguhnya terlalu panjang kronologi-kronologi yang akan berlaku jika tajaan dihentikan, tidak sesuai agaknya untuk bercerita di sini. Cuma, sekarang ini kami sedang berusaha, segala rayuan dan alternatif lain akan dilaksanakan walau terpaksa bersua dengan sesiapa sahaja. Putus asa tiada dalam kamus hidup ini, kerana segalanya masih punya peluang dan harapan walau hanya sedikit cuma.

Buat sahabat istimewa yang memberikan mesej di fs, blog ini di buka kembali demi permintaanmu, inilah kisah hidupku..yang tidak lah semanis insan lain. Mohon doa dari semua.

-->masih ingin jadi seorang doktor! never give up!~

Saturday, October 3, 2009

Takutkah pada MATI?

Dahulu, ketika berada di tingkatan 1 (kalau x silap), pernah seorang Ustazah berkata,

"sebut EXAM, semua orang takut..gerun dan cuak, boleh begitu, tapi jangan sampai takut pada exam itu melebihi takut pada MATI"

Oh, tangkai hati tersentap hebat. Ya, di saat itu masih ingat lagi semua pelajar sedang cuak akan menghadapi peperiksaan yang besar di sekolah pada masa itu. Tidak lekang di bibir ayat begini.. "ya Allah, takutnya exam.." atau begini "waaa..takutnya nak exam"

Dan,
peringatan dari seorang guru merangkap murabbi begitu menyentuh hati. Sesungguhnya hati terlalu lemah dalam menilai tinggi rendahnya ujian dunia, sehingga merasakan takut pada 'exam' itu sedarjat takut pada mati..apatah lagi melebihinya. Syukur kerana peringatan di kirim di saat diri tidak sedarpun akan kekhilafannya.

Itu kisahnya dahulu, beberapa tahun yang lalu.

Semalam, panggilan mengatakan keputusan telah keluar meragut ketenangan jiwa, perut yang lapar terus merasa kenyang dan teksi yang bergerak di rasakan amat perlahan. Seterusnya, larian langkah di tuju ke University, dalam hati hanya penuh doa. Dan, sesungguhnya saat itu merasakan sedang menanti keputusan hidup dan mati. Sangat takut! merasakan nyawa hampir melayang pergi..

Hampa. Rupanya keputusan belum muncul tiba..

Nafas di hela kembali..bagai di tangguh sebuah kematian. Perjalanan pulang pada remang senja begitu mendamaikan. Bila teringat kembali kronologi perjalanan pergi sebentar tadi, hanya Tuhan Yang Tahu betapa gementarnya jiwa. Oh, adakah aku telah meletakkan tahap 'takut menghadapi keputusan peperiksaan melebihi takut menghadapi sebuah kematian, lebih tepat lagi keputusan ke syurga mahupun neraka (nauzubillah)'. Mungkin masa yang masih berbaki untuk menunggu ini lebih baik supaya hati bermuhasabah kembali. Segalanya di dunia milik Dia, segalanya Kuasa Dia..usah ragu, usah gusar..Allah sudah takdirkan apa yang terbaik di dunia dan akhirat sana. Hati yang takut akan mati..adalah hati yang kuat untuk meneruskan hidup!

mode : teruskan berdoa..



Tuesday, September 29, 2009

i'm feeling tired of times

kelihatannya..seperti sangat penat menanti
hakikatnya..aku akan sentiasa sabar
ironinya..hati ini tidak mampu untuk ku tahan lagi
berada di persimpangan yang tersangat sukar!

namun,
di sibukkan bersama insan-insan yang datang begitu mengubat desakan rindu, mereka yang di takdirkan ke sini....untuk meredah arus Nil bersama..
kerenah yang pelbagai, mencuit rasa memori semalam. Kerana aku juga pernah seperti mereka,
tersesat hingga ke hujung dunia..ah! jahilnya dalam mengenal jalan, rendah diri untuk mula bertutur dalam bahasa asing, itu, di waktu dahulu..3 tahun lepas.


Mereka datang dengan semangat baru, azam baru, nafas baru bagi merealisasikan impian dan harapan. Setiap persoalan mereka sungguh mencabar, berputar-putar minda mencari jawapan terbaik buat mereka. Mungkin, pada insan biasa..ia soalan yang sungguh mudah, tapi tidak bagi aku yang 'lain'. Bukan soal hati terguris, bukan soal emosi tercalar..soalnya diri bimbang kekuranganku dalam menjawab akan memberi impak yang buruk pada mereka, mereka yang sedang semangat untuk meneruskan perjuangan.Segalanya perlu di jelaskan dengan terang lagi jelas, memahamkan akan situasi dan keadaan demi kebaikan aku dan mereka.

--------------------------------

"akak tahun berapa?"

"akak satu batch dengan kak ****h** ke?"

"kenapa akak baru tahun 2"

"ada yang fail, susah ke belajar kak?"

Amacam? tercabar tak soalannya?..tidak pun..cuma aku rasa sangat sukar untuk menjawab, kerana segalanya perlu di terangkan, di fahamkan dan di selami..agar bisa memberi impak positif yang besar buat mereka..kerana sesungguhnya, aku tidak mahu ada yang mengikuti jejak ini.

berpenat-penat itu memang lelah..
ada lagi yang lebih lelah..
berlapar-lapar itu memang menyakitkan..
tapi ada lagi yang kebulur terus..
malu mengaku diri berbakti, kerana segalanya ada pada niat di hati
Semoga Allah memandu hati ini..agar terus terikat dengan hati-hati mereka..adik-adikku.

p/s : entry yang mungkin tak akan di fahami oleh semua..tahniah pada yang faham!~

Tuesday, September 22, 2009

Menghitung detik demi detik..

Hari ini 3 Syawal, hari raya ketiga. Sungguh pelik kerana blog ini sunyi lagi sepi, tanpa ucapan raya menjelang 1 Syawal. Sejujurnya, tiada yang istimewa sangat di rasakan pada raya kali ini, mungkin berada jauh di perantauan yang menyesakkan jiwa, di tambah dengan keterikatan dan tanggungjawab demi melaksanakan beberapa kerja yang masih belum selesai.


Anyhow, Alhamdulillah..Raya itu tidak perlu di rai dengan selalunya indah, penuh dengan keceriaan dan warna warni seperti zaman anak-anak dahulu. Cukuplah dengan seribu satu kesyukuran kerana berjaya menghabiskan madrasah Ramadhan yang ku kira cukup tidak puas merasai nikmat hari dan malamnya. Sungguh cepat hambatan masa, sehingga rupanya terlalu banyak yang tertinggal dan tidak sempat. Paling menyedihkan, aku gagal ke sana..waktu terlalu mencemburui, keadaan yang tidak mengizinkan!

Mungkin juga kerana emosi dan diri masih belum cukup lega, kerana aku..kami masih menanti. Penantian yang ku kira hanya tidak lama lagi akan berakhir, fokus mula lari..fikiran mula sesak, dan jasad lemah longlai melayan rasa yang menggila! Aku insan lemah..aku tidak sama seperti mereka..mereka yang sudah pasti..aku masih samar, tapi aku diletakkan bersama mereka..Oh Tuhan, singkapkan hikmah atas apa yang Kau takdirkan..agar jiwaku tenang!

Baru sebentar tadi ke University, keseorangan ke sana..sungguh aman dengan angin sepoi2 bahasa..ura-ura keputusan akan keluar mendesak ku ke sana..namun, yang di jangka sememangnya pejabat belum beroperasi kerana masih bercuti sempena hari raya. Lega sejenak..lega kerana tak cukup kuat rasa untuk menghadapi tulisan2 depan mata seorang diri, namun..jika esok pun..tentu keseorangan juga. Biarlah, 'bukroh!' itulah kata pakcik tadi..ye..esok.

Bukan ini keluhan, apatah lagi omelan di atas segala beban..cuma..tiada semua di sana faham, status aku masih di antara dua, kadang2 aku bisa tidak mempu memijak bumi yang nyata..emosi tercalar dengan kata dan bicara, aku akur..aku redha, kerana aku masih perlu untuk mendengar demi kebaikan diri. Kesamaran makin jelas menampakkan sebuah hakikat..yang hanya Allah Maha Mengetahui, andai apa jua pengakhirannya..aku pasti..itu yang terbaik..!

Selamat hari raya Aidilfitri..
Maaf atas segala silap dan salah..
kata-kata ibarat mata pedang yang tajam..sekali berkata menghiris hati mencalar emosi..
moga tiada kataku yang melukakan kalian..
keranaku hanya insan biasa..

mode : menunggu keputusan + menghabiskan urusan jaulah..doakan!


Wednesday, September 9, 2009

...

Teguh

dahulu,
Sendiri terpinggir sepi
di ruang sebuah mimpi
yang aku sendiri pasti
akan sebuah janji
yang indah di pateri

kini,
aku semakin menghampiri
jejak-jejak seorang penanti
yang aku tiada mengerti
apakah aku berjaya menemui
sebuah realiti
dan kasih abadi

selamanya,
terteguhnya sekeping hati
hanya pada sebuah memori
yang kekal akanku kenangi
sehingga hayatku akhiri
sampai masaku pergi
kan ku tunggu sehingga mati..

-nukilan dari hati 090909-

Sunday, September 6, 2009

Sejarah hari ini~

Imbas kembali..

"Sejarah adalah apabila ia bisa menjadi pengajaran buat yang leka dan inspirasi buat yang ingin menjadi insan hebat, setiap seorang dari kita, sudah pasti mempunyai sejarah tersendiri. Sejarah diri yang mana ia menjadi 'guard line' bagi meneruskan layar hidup. Semua orang pasti mencipta sejarah, kalau bukan kita..siapa lagi? kalau bukan di sini..dimana lagi? dan kalau bukan sekarang..bila lagi?? introspeksi hari-hari..adakah telah tercipta sebuah sejarah buat diri? "

Dahulu, subjek sejarah bagi saya amat membosankan, mungkin kerana tidak menghayati dengan tekun, atau mungkin juga alasannya sejarah Malaysia dalam buku teks yang tidak menarik. Saya pernah menghabiskan satu buku kajian yang di buat oleh kakak selaku guru sejarah yang mengkaji tentang 'Negeri Cik Siti Wan Kembang'. Sangat menarik dan sehingga sekarang masih mampu mengingat kembali akan catatan itu. Tentang kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah serta Cik Siti Wan Kembang sendiri selaku Raja Perempuan pertama Kelantan yang di tabalkan ketika itu *jika tidak silap*.Ditambah lagi mengenai kisah fitnah pada perkahwinan Puteri Saadong yang melibatkan Raja Siam. Tertarik. Adakah kerana darah diraja yang mengalir dalam diri? atau kerana sejarah itu sendiri sebenarnya seronok jika mampu dihadam dan difahami. Sekarang, saya merasa amat ingin membaca kembali catatan kajian sejarah itu, mungkin juga ingin kembali kepada lipatan sejarah di zaman kanak-kanak yang suka membaca dan mentafsir. Entah di mana catatan itu, tidak pasti. Jika berpeluang pulang, akanku selongkar mencari..pasti!

Oh, bukan perihal sejarah itu yang ingin dibicarakan pada kali ini. Beberapa hari lepas, laptop saya mengalami kerosakan dan pada hematnya perlu diformat kembali. Masih menanti mana-mana 'helper hand' yang sudi menolong~ Pada saat itu, tidaklah rasa sedih amat-amat pun, cuma terkilan kerana terlalu cuai dalam menjaga aset sendiri. Mungkin boleh dikatakan itulah barang peribadi yang amat bernilai *sukar mendapatkannya* jika hendak dibandingkan dengan barangan lain. Respon yang diterima amat pelbagai, saya berterima kasih kepada mereka yang membuka mata dan juga hati mungkin, "ala..laptop je pun..itu pun nak tension ke?' "exam lagi penting! jangan pikir pasal tu..buang masa" ada yang berkata begitu tidak kurang ada yang tumpang simpati.

dan..kata-kata yang paling melekat kemas di hati, sehingga sekarang adalah dari seseorang ini, katanya

"dulu, Ada ustaz pernah cakap..harta, insan, pangkat segala di dunia ni, jangan kita letak sayangnya di hati, letak kat tangan je..kalau hilang tidak perit sangat, yang di hati biarlah yang paling agung dan Abadi tidakkan hilang..Allah"

Termenung lama memikirkannya, sungguh. Benar,segalanya tidak akan kekal, walau sayang seribu kali sayang.Itu hanya sejenis harta, sayangkan insan apatah lagi. Sejarah buat saya, agar diri tidak meletakkan terlalu sayang sesuatu dalam hati yang sering mudah terluka. Bahaya yang amat sangat, payah untuk melupakan dan mengubatinya. Dan, muhasabah juga dalam mencari sebuah Cinta Illahi,yang masihkah ada untuk hamba hina ini.

Walau apa pun, mungkin ada hikmah yang terbaik untuk Dia ukirkan, 'perkara' ini bunyinya kecik, Ya! ia sangat kecil tapi besar bagi insan-insan yang faham dan mengerti.

Status ym saya sekarang adalah "aku manusia lemah, selalu terjatuh"
Tiba-tiba seseorang menegur "tapi..kamu mampu berdiri setelah jatuh, macam kamu kecik2 dulu~ :D"
YA, benar..
Lantasku tersenyum sepi.

Friday, September 4, 2009

BelieVe

Even when the thunder and storm begins
I'll be standing strong like a tree in the wind
Nothing is gonna move this mountain or change my direction
I'm falling off the sky and I'm all alone
The courage that's inside is gonna break my fall
Nothing is gonna dim my light within
But if I keep going on it will never be impossible
Not today.

Cause I got something to believe in
As long as I'm breathing
There is not a limit to what I can dream
Cause I got something to believe in
Mission to keep climbing
Nothing else can stop me if I just believe
And I believe in me.

Even when the world tries to pull me down
Tell me that I can't... try to turn me around
I wont let them put my fire out
But if I keep going on it will never be impossible
Not today

I can do it all, open every door
Turn unthinkable to reality
You see I can do it all and more


NEVER EVER GIVE UP!! till my last breath..

tomorrow,
Anatomy 10 am-Cairo
pray 4 us~


Thursday, September 3, 2009

chump..chump

Mempersembahkan post istimewa buat seseorang nun di PeRak sana~ ia kisah tentang anak yang di tinggalkan oleh ibunya, di jaga oleh mak angkat,mak tiri dan mak tumpang *erk~*

Alkisahnya bermula apabila si ibu telah mengambil keputusan untuk bermusafir pulang ke pangkuan keluarga, manakala 'anak' yang baru beberapa bulan bersama terpaksa di tinggalkan buat sementara waktu di Cairo sini. Mujur juga 2 ibu angkat sudi menengok-nengok bagi makan padanya..last2..tinggalla seorang ibu angkat sahaja, duk melayan kerenah si 'anak' yang bermacam-macam.


Heh. saja nak tunjuk video ChuMp *rem, tatapla puas2*

Pada 21 Julai 2009- Chump telah di hantar ke Vet Pet clinic, Heliopolis kerana di syaki pada testisnya ada tumor. So, terpaksa di operate, Doc tu sgt baik hati~Free..=) ini chump pengsan kna suntik anesthetic.

okeh, haa inilah chump setelah sebulan after operation..hehe...gemok! hyperactive, makan byk~ tido byk~lompat2 lam cage..suka selongkar keluar dr cage *mujur dia kembali utk makan~*

video

Pelakon utama : Chump
lokasi : dalam cage dia
Pelakon tambahan : Anonymous
*Guna video Hphone je..*

Dulu2,x berapa minat kat bdk ni, skrg..dialah teman di kala sepi,dh jatuh sayang la~walaupun dah 2 kali jariku berdarah di gigitnya..aih~x apelah kan, bleh hilangkan tensi aku baca buku *heh*

p/s: chump menanti buah tangan dr Malaysia~

Tuesday, September 1, 2009

wajarkah bersedih?

Awal pagi lagi..sesuatu telah berlaku.
'dia' mati tiba2..yang ku sudah jangka akan kematiannya...kerana lewat malam tadi 'dia' telah memberi petanda akan kesakitannya. Aku buat 'derk' je..sebab aku tak reti nak buat macam mana. Aku cuba bertanya pada yang pakar. 2 insan menjadi mangsa desakan soalanku, namunku gagal temui jawabnya. Aku geram sebenarnya, kenapalah aku sendiri jahil sangat dalam nak menguruskan hidup dia. Bukan baru pertama kali dia begini. Ini sudah kali ketiga. Dan, untuk kali ketiga, aku buntu bagaimana cara untuk merawatnya sebelum terlambat.

Tapi, segalanya sudah terlambat. Dia dah mati..enggan hidup kembali. Aku malas mahu memikirkannya lagi. Aku hanya merenung dirinya yang terpelusuk di sudut penjuru ruang bilikku. Salah aku kah? kerana kurang kasih sayang aku kah membuatkan dia pergi??

Aku tak tahu..yang pasti, aku agak terkilan lagi sedih, kenapa di saaat ini dia pergi, aku amat memerlukan dirinya. Hari ini sj hidup dah cukup celaru..aku mahu bercakap dengan bonda, hanya dia yang bisa menjadi pengantara. Aku tahu, aku tidak patut terlalu mengikut emosi. Exam anatomy menanti dengan nota yang masih bertimbun untuk di hadam. Aaaaah..tolong aku!

Aku cuba utk tidak menghiraukan jasadnya di situ..biar sepi tanpa nyawa, aku tidak tahu mahu memohon bantuan siapa..tambahan malas mahu menyusahkan sesiapa lagi. Biarlah masa menentukan..bila dia akan kembali hidup..patutkah aku berputus asa..dengan membiarkan dia mati..tersadai di situ?? *macam citer doraemon yang aku tengok semalam..isk*

Dia..adalah laptop aku..dia cuma alat..sepatutnya x perlu sedih berlebihan. Ntah, mungkin sebab aku terkilan akan kehilangan segala benda yang ada di dalamnya. *All my stuff* ohh...sudah..sudah..lagi pikir..lg menyeksa jiwa. Biarlah..biarkan saja semuanya berlalu. Hidup mesti di teruskan!

Right now..i truly wanna be home..my home sweet home..can i?


p/s : ym fon td x betul..can't reply sape yg tego. Sory.
Rem, aku nak update psl chump smalam..tp save lam draft dl..tapi xleh nak proceed coz pic lam laptop tuuu...isk. sory.

not in gud mood.
depressed.
tension.

bye.



Sunday, August 30, 2009

keRinduan!

Lihat pada langit. kosong. sepi. cahaya dari ufuk menerangi separuh alam. Syarik Helwan seakan bisu bila menghampiri 1/3 malam. sungguh damai, tanpa rentak tari muzik si Arab. Termenung sendiri di ruang jendela, melihat ke pelusuk hamparan langit. Hari-hari terus berlalu, berlari meninggalkan penghuni dunia. Penghuninya yang ada masih lena di buai mimpi indah.

Rindu. Ye,amat sangat terasa. Mahu segera pulang ke pangkuan mereka. Mereka, yang sudah hampir setahun tidak bertentang mata. Sihatkah? bahagiakah? selesakah hidup mereka. Sudah di ajar hati agar kuat, tidak kalah dengan desakan emosi. Namun, hati degil, setiap masa terbayang mereka di ruang mata. Aku mesti bertahan. Tidak! aku tidak akan pulang. Kerana aku punya misi di sini untuk di realitikan.

6 hari Ramadhan telah berlalu pergi. 2 Madah paper exam telah selamat di 'bantai' dengan penuh rakus dan kesungguhan. Lega. oh, tidak cukup sebenar-benar lega pastinya. Gap untuk station seterusnya agak panjang, panjang yang menguji diri kerana terasa mahu 'berehat' sepuas-puasnya.

"belum lagi tiba saat utk kau rehat, jalan juangmu masih panjang!" ye..benar, sungguh jauh lagi..tapi sikit sahaja lagi.Bertahan!

Tiada sangat yang mampu di perkatakan, post ttg 'fate n cry' mungkin boleh di hayati dan di koreksi maknanya *bagi yang rajin* sejujurnya bukan dalam 'situasi' yang baik untuk melontarkan kata, cuma desakan hati di pagi hari ingin berkongsi rasa. Hanya satu...RIndu.

-----------------
aku yang kini jauh..!

Hari esok nan melambai

mentari kan terbit lagi

kawan tak selamanya..

kasih, demikian jua

bahagia ada batasnya

suka duka silih berganti

esok..entahkan ada, terbitkah mentari pagi..??

Tuesday, August 25, 2009

Cry and Fate

Menangislah kerana keinsafan,
air mata yang paling berharga
dapat mencorakkan peribadi yang unggul

Siapa yang tak pernah menangis?,
di hujung setiap ketawa dan lupa
Siapakah diantara kita yang
memalingkan muka?,
ketika mendengar kalimah TuhanMu.
Air mata ibarat mutiara
ada harga tersendiri,
yang hanya KAU mampu menilainya.

---------------------------
crashed by the wave
thrown away by the wind
separated, saddened, enlightened
in the amazement of the world
which end in loneliness,
every step of foot
has been written by Him,
everything is moving
in His accordance,
breath of life..love..and
everything
has been destined
to undergo
everything you wish
Ya Rabbi..
i obey
i submit
only to you
Ya Rabbi..

whenever there is pain
try your best to smile
whenever there is laughter
try your best to be patience
because tears are non-everlasting
it will come and go,
whenever life felt soar
could be that your heart
is missing Him
because only with Him
heart indulge peace
peaceful mind and soul

Sunday, August 23, 2009

Ramadhan Kareem

Hari ni 1 Ramadhan, sebetulnya sudah masuk ke 2 Ramadhan 1430H, usai sahaja tarawih berdua dengan teman setia ini. Alhamdulillah, sujud syukur hanya padaMU, masih diberi sisa nafas, semangat dan kekuatan untuk meneruskan langkah. Walhamdulillah, imtihan telah bermula~satu paper telah berakhir siang tadi -Physiology. Ramai saja sahabat bertanya, di ruang maya, "cane exam" erm, Alhamdulillah, petunjuk dan hidayah hanya dari Dia, Allah jualah sebaik-baik tempat memohon pertolongan. Apapun, segalanya telah dilakukan dengan terbaik,sehabis daya, hanya tawakkal sepenuhnya serta doa tanpa henti akan terus dititipkan. Masih berbaki 2 madah, segalanya baru bermula..

Tahun ke-4 berada pada Bulan Ramadhan di perantauan..syukur, masih diberi peluang olehNya. Setiap tahun..episod hidup berlaku, amat berbeza..begitu mendidik sekeping hati agar terus kenal Dia. Dan kali ini..dapat merasai nikmat ujian dalam ujian. Sungguh! hanya yang merasai akan faham dan tahu akan rasanya. SABAR-ya, inilah kunci untuk menghadapi Ramadhan mulia ini, ajar hati untuk sabar dalam setiap detik hidup di hari-hari yang akan datang.

"erm, hari pertama sudah pengsan, apa citer? isk..malu aje."

ops!bukan betul pengsan, cuma amat penat. Imtihan kali ini amat menguji di tambah dengan panas membahang. Mungkin 'badan' masih dengan kejutan tiba2 tenaga habis di guna dengan banyaknya pada permulaan puasa, terus melemahkan segala anggota dan minda. Baru rasa betapa nikmatnya setitis air pada tika ini. Glucose yang tersimpan dah habis untuk di cernakan agaknya..ke tiada pun simpanan glucose? heh.

'Ala kulli hal, itu hanya permulaan..walau penat,nikmat amat terasa. Cuma agak terkilan,masih belum sempat ronda-ronda masjid untuk bertarawih, hanya sempat berjamaah di rumah setakat ini. Ada impian yang tersimpan kemas di lubuk hati. Ya, aku mahu ke sana..rindu bacaan ayat-ayat suciNya, sungguh menusuk hati. Nantikan..aku pasti datang.

Selamat Menyambut Ramadhan kepada semua, semoga Ramadhan kali ini lebih baik, alangkah ruginya jika datang dan perginya Ramdhan tidak memberi walau sedikit kesan dalam diri dan hati insani. JOm, kita jahit kembali sejadah IMAN yang kian tercarik, perlu di hiasi dengan sulaman keikhlasan dan istiqamah. InsyaAllah..doa yang terbaik untuk exam dunia juga akhirat.

-------------------------------
Next station--> BioChem-3 days left, kuat! demi Islam dan Tuhanmu!


Wednesday, August 19, 2009

as one thing will eternal..The Memories.

Assalamu'alaikum w.b.t.

hey, welcome back! macam la lama sangat tidak di updatenya heh!~ sepatutnya, aku tidak patut berborak di sini pada saat ini. Exam lagi 2 hari.Ramadhan juga selari mendatang bersama.oh, tidak sabar rasanya menunggu 'mereka' datang.Semoga sempat bertemu mereka. Di sini, ada kisah utk di kongsi,
ia tentang satu keluarga...
-------------------------------

DI kampung intec, segalanya bermula..ibarat baru melangkah ke dunia baru, ayam masuk bandar katakan, segalanya baru..dengan kawan2 baru..dan misi dan visi yang baru. Kelas MEG4 di tuju..

kreek..~ *bunyi pintu*

'Raja..why r u late' sir Sudat bersuara
dup..dap..dup..
'sory sir..i was waiting for the bus..the bus was late, not me'
heh..selamba salahkan bus!

satu kelas tengok muka aku,dengan pandangan bermacam tafsiran. haa..biarkan~ ini salah satu memori yang tak mau lupa..takkan lupa. Sir Sudat yang best, sehingga sampai satu tahap merasakan rupanya fizik sangat menarik dan seronok!, walau kat sekolah tak berapa nak masuk, lebih minat pada Kimia n Biologi.

Meg4 adalah keluarga kecil dari keluarga Gen6, di sini tautan ukhuwah bermula. Sungguh bangga bertemu dengan insan2 hebat dalam family kecil ini, lelaki dan wanita sama hebat..sehingga merasa diri ini kecil *walau di panggil 'kak'*

Bila tercampak ke bumi Mesir, rupanya..ramai lagi insan2 yang hebat lagi mantap..bermacam bakat dan gaya, pelbagai versi pemikiran dan pendirian. Sedar tak sedar..sudah 3 tahun berlalu, terlalu banyak benda berlaku, yang tak di jangka, bahagia, suka, duka,gembira, nestapa, kecewa, dan sebagainya. Gen6 ibarat sebuah cerita dalam filem, pelakon2nya adalah kita..peristiwa yang berlaku, bercampur pelbagai episod hidup yang semakin merancakkan jalan cerita, babak penuh emosi serta klimaks yang mendebarkan. Sungguh menarik, sungguh reality dan cerita ini masih panjang utk di akhiri, entah bagaimanakah pengakhiran nasib setiap pelakon2nya..semestinya HAPPY ENDING lah yang diharapkan. Masih ada episod berbaki, nantikan babak seterusnya yang pasti, menghasikan tawa bahagia mahupun deraian air mata yang tidak pernah kering. mungkin juga bakal lahir,anak2 gen6 bagi memeriahkan lagi keluarga ini.heh~itu juga salah satu episod yang mungkin di tunggu2..segalanya MUNGKIN.
-------------------------

citer dah abes, act semalam terbuka tengok video Meg4, yang di buat oleh insan hebat ini *saja bakar lama x kena bakar* rupa-rupanya, aku di kelilingi insan yang cemerlang, sangat terbukti kehebatan mereka kerana setelah 3 tahun di bumi ini, nama diorang memang naik la semua..ramai mumtaz, jayyid jiddan dan sebagainya dan salah seorangnya berjaya sebagai best student(malaysia)Cairo U pada tahun 2 sesi 2007/2008 [sape? cari sendiri.] wah~sungguh teruja..rupanya, diorang ni sekelas dengan aku dulu2. camne aku bleh tercicir nih..??
-----------------------

kawan2, saja je ingat2 balik kisah dulu..tiada yang kekal melainkan sebuah kenangan, melalui video itu, ada satu semangat yang perlu juga kekal..semangat dan kesungguhan utk meneruskan 'the real challenge as medical student'..

walau jatuh, tercicir, kenangan + semangat jangan di singkirkan,
biar ia tetap subur dan bersatu dalam hati..
walau perit, payah..jadikan kenangan semalam momentum
utk mengembalikan kegemilangan silam.. walau 1% je lagi nak putus asa da..malas dah, paused jap!
tengok muka kawan2.."oh tidak..mereka dah
mara ke depan..aku kena kejar mereka...!" walau terasa amat hidup tak de makna da..antara hidup dan mati da..
renung sejenak..Allah ada..biar hilang seluruh
harta kekayaan dunia..pangkat dan segala..asalkan pandangan Allah jatuh pada aku. kasih sayang Dia masih ada untuk aku..walau hanya secebis.



Friends, *sungguh,aku nak jd cam korang!*
"though the real challenge lays ahead of us,thus,let us pray together for our success to become a doctor,a great doctor..not only in medical but also in our religion..ISLAM!"

AlFatihah..utk dia yang telah pergi.
Doakan, untuk kami yang masih berjuang.
Salam Ramadhan untuk sahabat2 semua.

p/s: tidak pasti kenapa ttg ini yang mahu dinukilkan, mungkin mahu mengambil sedikit 'booster' dalam sebuah kenangan bersama kawan2. Btw, ini kira cth kisah cinta tanpa sebab ke ek? heh! sj jek~


Thursday, August 13, 2009

Ramadhan dan Imtihan

Hanya beberapa hari sahaja lagi kedatangannya. Sesungguhnya dia amat di rindui, rindu pada suasana harinya, rindu pada hidup malamnya..sungguh asyik dan menenangkan sekali. Dia datang dengan seribu satu keberkatan dan nikmat dari Yang Maha Pengasih, tidak di bezakan hamba-hambaNya walau apa darjat mereka. Dia datang untuk semua, di mana sahaja. untuk mereka yang bernama mukmin muslim.

Itulah dia Ramadhan, bulan yang di nanti dan di tunggu demi melipatgandakan lagi amal ibadat padaNya.

Dan di sini..

Imtihan, yang menjadi detik waktu yang di bilang2 kedatangan harinya..di hitung, demi mempersiapkan dengan segala kelengkapan untuk 'berperang' nanti. Imtihan, dia hanya untuk insan-insan terpilih seperti saya..kita, imtihan yang teramat istimewa! hanya beberapa hari dari sekarang..dia akan datang.

----------------
tatkala pertama kali melihat jadual peperiksaan tempoh hari, secepat kilat membuat hitungan dan kiraan, rupanya..imtihan kali ini akan jatuh sama dengan hari permulaan Ramadhan. sungguh kebetulan bukan? Alhamdulillah, Imtihan Dur September buat kali terahir di BULAN RAMADHAN, tanda awal sebuah sinar kejayaan dan kemenangan. Allah tidak akan mentakdirkan sesuatu tanpa sebab, dan sudah tentu masa yang di takdirkan ini, adalah masa dan fatrah yang terbaik untuk kita berjuang. Pasti tidak akan sia-sia dan semoga keberkatan serta kemuliaan Ramadhan akan menjadi bingkisan semangat jitu serta menghembuskan seribu satu ketenangan dan kemudahan buat kita semua.

Selamat berjuang buat sahabat-sahabat tersayang, tiada sebab blog ini berkata-kata melainkan berkongsi semangat dan pengalaman dengan semua, walau aku tahu, aku hanya insan biasa. Allah bersama kita!

Jadikan semangat bulan Ramadhan itu, sebagai batu loncatan untuk berjuang habis-habisan..letih dan penat akan pasti, namun itulah kepuasan sebenar. Tidak ramai yang akan merasai nikmat istimewa ini, melainkan insan2 yang di pilihNya.

8 hari dari sekarang..jom bersedia!

Wednesday, August 12, 2009

-Testosterone- soklan ramalan~

Functions of testosterone:

A) During intrauterine life: - responsible for :
-male pattern of sexual behavior
-growth n development of the wollfian duct into epididymis, vas deferens n seminal vesicles
-for developing ext. male genitalia n inhibiting those of the female, + action of DHT-receptor complexes
-the growth n development of urogenital sinus into prostate, urethera n scrotum
-descent of testicles in the scrotum, + by action of DHT


B) At Puberty n during adulthood :
MASCULINIZING EFFECTS -
~on primary sex organs : essential for spermatogenesis
~on secondary sex organs : for growth n function of seminal vesicles, prostate n Cowper's gland. + external genitalia is absolutely dependant on DHT for their development n growth.

~secondary sex characteristics :
-Skin : sebaceous gland secretion thickens --> increase predisposing to acne
-Hair growth : appearance of beard. Hair appears at pubic region, chest, axilla n general body hair increases.
-Body configuration : Shoulder broadness n muscle enlarge
-Voice : becomes deeper due to increase of vocal cords in lenght

--------------------------
sebarang masalah sila rujuk buku Physiology Second Year itu~~hafal betul2 masuk exam soklan ni..haaaha..

*sj bosan2 study..overload..tumpah cni..cess..poyo!

Monday, August 10, 2009

'The meaning of success'

Salam buat semua, hari ini saya ingin berkongsi sesuatu dengan anda, moga2 dapat memberi manfaat kepada yang membaca. Ini kisah lama dahulu, survey dari sahabat2 tentang sebuah kejayaan..jom kita lihat..apa kata mereka..~


makna sebuah kejayaan bagi saya adalah apabila saya dapat menggapai sesuatu yang saya usahakan dan impikan dengan syarat mendapat redha Allah dan mampu juga menggembirakan orang lain
~Ami Farhani

Kejayaan from my point of view..kita mampu bangun semula setelah jatuh..dan jadikan jatuh itu sebagai pengajaran utk kita lebih berhati-hati di masa hadapan..dan lepas bangun dari jatuh tu..cuba terbang lebih tinggi..so that, nanti kalau jatuh,kita just jatuh atas awan..dan awan tu masih lagi tinggi
~Hafiz Hamzah

Basically-improvement, tapi yang lagi penting apabila kejayaan itu menyumbang sesuatu utk diri dan orang lain, tak guna kalau berjaya tapi menyusahkan orang lain cthnya : berjaya rompak bank.
~Jackster

kejayaan,maknanya meraih sesuatu yang boleh memuaskan hati,sesuatu yang dah lama di idamkan,sumthing yang kita dapat bukan dengan cara yang senang dan kalau dapat, itulah kejayaan yang bes! lagi..sesuatu yang kita tahu dengan kejayaan itu membuatkan kita berazam untuk berjaya dan kita boleh membantu orang lain,maksudnya kejayaan itu bukanlah sekadar kita rasa milik kita sahaja, tetapi ianya milik Allah dan dengan sebab kejayaan yang Dia beri kpd kita, kita rasa kita mampu bawa perubahan.
~IbtiSam


Perumpamaan sifat orang yang berjaya di sebut juga dlm AlQuran- surah Almukminun. Sesungguhnya berjayalah orang2 yang beriman, iaitu mereka yang khusyuk dalam solatnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yg sia2, dan mereka yg berusaha membersihkan harta (dgn menunaikan zakat harta), dan mereka yang menjaga kehormatan.
~Rahman JAIS

Kejayaan adalah apabila dapai capai apa yang di cita-citakan dan bentu dapat mengembirakan kita, then, buat kita lagi semangat berusaha untuk mencapai target seterusnya.
~Azlin Rahim

Kejayaan apabila sesuatu target itu di capai
~Afifi

Kejayaan itu bukan di ukur dengan markah yang tinggi tapi di ukur dengan tahap mana kita usaha untuk berjaya
~Faeid

Apabila semua yang kita buat ikhlas kerana Allah Taala, harapkan redho Allah, tak kisah result macam mana pun, janji kita ikut kehendak Allah, bagiku itulah kejayaan yang sebenar.
~Dalili

kejayaan = menggembirakan ibu
~safwan
-------------------

apakah makna kejayaan buat anda??
jom sama2 berjaya!!

Sunday, August 9, 2009

andai itu takdirNya

Bila berjalan-jalan melihat ragam insan..dapat tengok, manusia itu begini..manusia ini begitu
kadang-kadang..pelik, ragu, sangsi..kadang2..kesian..kadang2 juga..tidak berperasaan..
mereka berada di dunia sendiri..penuh dengan kisah masing2..penuh dengan takdir tersendiri..


bahagia..berjaya membina mahligai dengan yg tersayang~
happy...berada di samping family tercinta~
puas hati..dapat berjalan merata-rata~
kecewa..tidak dapat beraya bersama keluarga~
sedih + duka nestapa..kena exam lagi~
perit..melayan 'psycho' yang semakin mengancam (baca= menggila??)~
takut lagi gusar...memikirkan masa hadapan~

manusia..manusia..selalu aje tidak reti untuk bersyukur..
kenapa mesti dipertikai segalanya..
sedang Allah mengetahui..apa yang terbaik..

*menangis tanpa air mata,hati terguris hebat dengan sikap insan..setelah berhadapan dengan satu realiti..hari ini..sungguhku tak sangka!! percaturan Allah yang terbaik..Dia amik sesuatu dengan menghadiahkan sesuatu..sungguh! sangat mengajar,agar diri bersyukur..jadikan aku hambaMu yang bersyukur Ya Rabb~ ku doa untukmu dari jauh..*

tetapkan hati kami di jalan ini...

Saturday, August 8, 2009

-charger-

ada seseorang berpesan..

bila setiap kali terlintas fikir tentang ini --

"Jelesnya aku dengan orang tu..duit banyak..kaya..aku miskin aje..elaun cukup2 makan"

"kenapalah aku kena dur..orang lain mumtaz senang2 je"

"Teruknya aku..asyik duk kat bawah..segan dengan adik2"

"hidup aku ni asyik banyak masalah..orang lain bahagia je"

"napela orang lain mudah2 sahaja segala hal dan urus hidup mereka..sedang aku, banyak amat rintangan2 nya"

cuba berhenti sejenak pemikiran2 sebegitu
kerana..sambung dia lagi--

"segala yang kurang dan lemah kita nampak..ada la tu Allah nak tampung kat mana2..mungkin nampak orang lain lebih..tak semestinya kita dapat kurang..semuanya balance..everyone ada kurang dan lebihnya.."

-ini sambungan aku--

"ye..betul..kerana setiap insan di lahirkan hebat..dan insan yang hebat pasti akan lahir dari jalan yang penuh sukar..payah dan perit"

*senang berkata..nak buat susahkan?? *

Thursday, August 6, 2009

kemenangan

Bismillah..

4 ayat pertama surah Al-Fath
bisa mencairkan hati yang sedang membeku
menenangkan gusar yang datang bertandang..
mengusir segala bisikan-bisikan jahat supaya diri berhenti berlari..
menghapuskan segala ragu dan sangsi..
dan akhirnya..

aku masih mampu tersenyum..
kerana Allah itu Maha Kaya..
Ayat-ayat cintaNya jua..pengubat di kala lara..

"Sesungguhnya Kami telah memberikan kepadamu kemenangan yang nyata"

"Supaya Allah memberi ampunan kepadamu terhadap dosamu yang telah lalu dan yang akan datang serta menyempurnakan nikmatNya atasmu dan memimpin kamu ke jalan yang lurus"

"dan supaya Allah menolongmu dengan pertolongan yang kuat (banyak)"

"Dialah yang telah menurunkan ketenangan ke dalam hati-hati orang mukmin supaya keimanan mereka bertambah di samping keimanan mereka (yang telah ada). Dan kepunyaan Allahlah tentera langit dan bumi dan adalah Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana"

*ayat 1-4 surah Al-Fath ~kemenangan~*

Quote dari seorang sahabat..

'setiap dari kita adalah pemenang!! walau bila masanya dan di mana akan kita capai..kita pasti akan mendapat title itu..kerana kemenangan itu telah di janjikanNya..dan janjiNya tidak mungkin dimungkiri'

-sy sgt suka surah ini..my fav one =)

FOkus..*sama tajuk entry ami* hee!

Semalam..sy melompat blog demi mencari sesuatu
*kerana ketika itu mood sedang naik turun dan sy sungguh tidak suka rasa itu..perlu di lawan!!*

dan..
sy jumpa ini..

"Sesungguhnya berfikiran positif lagi optimis, tidak pernah berakhir dengan kesedihan dan kecewa" Abu Saif
-----------------
then..

bagaimana mahu FOKUS masa tgh baca buku..sincerely 100% utk fokus tidak dapat lagi..kenapa?? apa masalahnya? then...i've discuss about it with sumone..

"setiap org yang berjaya..dia ada aim..target..then, kena la focus utk dptkan target tersebut"

betul!
apa target sy? kita.?

'LULUS SEMUA MADAH..NAIK TAHUN SETERUSNYA'

jelas sekali!

tak cukup fokus lagi?

then..fikir kronologi2 yang akan jadi..jika skrg TIDAK FOKUS>>EXAM HANCUSS>>SUSAHKAN SEMUA ORANG>>JPA? PARENTS?? n etc...etc...

ooorrgghh..TIDAK!

SAYA MESTI FOKUS STUDY
SAYA MESTI LULUS
SAYA WAJIB NAIK TAHUN 3

oit! jgn cakap aje..pegi study!!

ops..okeh! c ya...~~

"WAHAI PEMILIK NYAWA DAN HATIKU..LINDUNGI AKU DARI PUTUS ASA..BIAR AKU MATI SENGSARA MENUNTUT ILMUMU..JANGAN AKU MATI DALAM PUTUS ASA PADAMU..IRHAMNAA YA ALLAH..KASIHANI KAMI..AMPUNI KAMI..SELAMATKANLAH KAMI"

*sdg menaikkan bnda yg down~~*

Sunday, August 2, 2009

..nukilan buat dia..

Adikku..

Kakakmu cuba nukil
Buat tatapanmu,
bertanya dan terus bertanya
Kau menghitung hari?
Harimu makin hampir
Kau masih ditipu lagi

Ku tanya lagi
Sampai hati kau membisu
Sedarlah..sedarlah
Pengharapan ibu dan ayahmu
Mengharap kecemerlangan

Kau masih lagi membisu..
Bangunlah!
Nun di sana lelehan peluh
Bekerja untukmu..

_____________
-setiap dari kita adalah
seorang kakak..
seorang abang..
seorang adik..
seorang sahabat..
seorang anak..
dan
seorang hambaNya
yang punya amanah yang tergalas di bahu-



Saturday, August 1, 2009

kenapa 'never give up' ??

saat pertama ingin mengisi nama blog ini..bagai terdengar di telinga kata2 seorang insan yang sy hormati sepanjang Jaulah MatruhSiwa baru2 ini..'Never Give up! just stay the way we are' Menarik! Kebetulan pula baru mengetahui perihal keputusan yang 'teruk' itu..alhamdulillah, Allah takdirkan sy menerima keputusan dalam suasana yang cukup baik..cukup bersedia dan tempat yang beratus KM dari Cairo. =)

Never Give Up!

Mengukirkannya amat senang..merealisasikannya sungguh sukar, perlu di lawan rasa MALAS! LEMAH SEMANGAT..SEDIH..RASA RENDAH DIRI n etc..*semua2 yang -ve*

Bayangkan seketika..exam kali ini..adalah exam terakhir utk kita tempuhi..dan merupakan final step utk kita berjaya..sikit je lagi..satu ni je lagi..then..kita akan mendapat kejayaan itu *insyaAllah dengan izinNya*..justeru itu, alangkah ruginya bagi insan2 yang berputus asa sebelum berjuang...alangkah tidak beruntungnya jika berhenti di tengah jalan tanpa menghabiskan sisa-sisa langkah yang telah kita mulakan sejak bertahun yang lalu..dan walau apa pun natijah pada pengakhiran kelak..kita pasti tidak akan menyesali apa2..kerana kita telah melakukan yang terbaik..semaksima mungkin..dan yang pasti..usaha kita tidak akan sia2..percayalah! Just keep on moving forward..jangan pandang belakang!

satu lagi kisah buat renungan =)

"once upon a time..terdapat sepasang suami isteri yang baru saja mendirikan mahligai perkahwinan, *lovey dovey couple hek2* mereka baru je kawen..x sampai seminggu pun, then tiba2 si suami telah di tangkap polis..*mungkin zaman itu zaman perang* dan di masukkan ke dalam penjara bawah tanah. Maka sedih pilu si isteri mengenangkan suaminya yang baru di nikahi, belum sempat mengecapi bahagia dalam hidup..dan si suami lagi la terseksa jiwa raga merindui isteri yang di cintai. LAntas, si suami telah bertekad utk cuba melarikan diri dari penjara bawah tanah itu..dengan cara beliau telah mengorek sebuah lubang pada bumbung penjara supaya dapat menuju ke atas. Si suami hanya menggunakan sudu untuk mengorek lubang tersebut...

Setelah 30 tahun berlalu..si suami masih setia mengorek lubang...yang semakin lama semakin dalam..kudratnya juga semakin lemah dan tua. Pada suatu hari..si suami terfikir..adakah perbuatan aku ini berfaedah..sudah terlalu lama aku mengorek lubang, tapi belum juga dapat melihat dunia luar..lantas dia mula berputus asa dengan usahanya itu, lalu tidak lagi meneruskan kerja2 mengorek penjara tersebut..'mungkin juga isteriku telah mati..atau menjadi milik lelaki lain'..itulah yang ada di fikirannya ketika itu. Akhirnya, dia sudah tidak terdaya lagi..badan semakin lemah dan dia meninggal dunia dengan hati yang kecewa. =(

Maka..kosongkan penjara tersebut..dan menjadi saksi kepada kematian seorang suami..then, pada tahun berikutnya..seorang pemuda telah mendiami penjara tersebut..nasibnya sama seperti lelaki sebelum ini, berpisah dengan insan yang tersayang..dan di zalimi hingga masuk ke dalam penjara..dia mula memikirkan utk melarikan diri dari penjara tersebut..

Pemuda itu mula memeriksa keadaan penjara, mungkin ada punca utk dia melepaskan diri..pada suatu sudut penjara itu, dia mendapati sebuah lubang yang dalam telah di korek, lantas dia segera menyambung proses mengorek lubang itu dengan hanya menggunakan sudu yang telah patah..tanpa di sangka-sangka, rupanya..lubang itu hanya perlu di korek sedikit untuk menembusi dunia luar..dan dia telah selamat melarikan diri. "

See..sayangkan pada lelaki yang pertama sebentar tadi..jika dia tidak berputus asa..sudah tentu dia dah berjaya keluar dan tidak mati dengan sia2..padahal..sikit saja lagi untuk dia perlu usaha..maka pengajarannya rasanya semua bleh dapat kot..fikir-fikirkan..mungkin kelihatan cerita2 ini reka-rekaan..dan tidak smuanya punya nasib yang baik utk berjaya dengan sdikit usaha lagi..namun, kita tidak rugi utk meneruskan usaha sehingga nafas yang terakhir..=)

'Jangan berputus asa dalam mengharap Rahmat dan Kasih Sayang Allah'

Friday, July 31, 2009

-ukiran hikmah yang terindah-

"Ujian itu hidup,dan di sebalikkan pastikan tersingkap seribu rahsia..yang insan jahil utk menduga, hanya Dia Yang Maha Tahu..seringkali, hati memberontak..kenapa..kenapa..dan kenapa..sedarlah insan..kita hanya hamba..yang layak di uji iman dan taqwa padaNya"

kawan2..mari saya bawakan satu cerita..diceritakan oleh seseorang yang amat sy kagumi =)

Pada zaman dahulu..tersebutlah kisah seorang Raja di Negara Afrika, beliau seorang yang sangat optimis..positive thinking..bersangka baik pada setiap apa yang menimpa beliau, sama ada buruk atau baik. Jika di beri kekayaan dan kemenangan serta kegembiraan, beliau menerima dengan hati bahagia..dan jika di beri sebaliknya pun beliau akan berlapang dada dan sangat yakin, setiap sesuatu pasti punya hikmah tersendiri. Baguskan beliau =)

Bulan berganti bulan..pada suatu petang, Raja tesebut telah masuk ke hutan bersama pembantu setianya untuk memburu kijang, tiba2 semasa Raja tersebut sedang menggunakan senapang patah untuk menembak si kijang, peluru meletup keluar dari belakang sehingga menyebabkan ibu jari tangan beliau kudung. Raja tersebut tersangat lah murka akan apa yang berlaku lantas menyalahkan pembantu setianya kerana cuai ketika menguruskan senapang tadi. Justeru itu, Pembantunya telah di sumbat masuk ke dalam penjara bawah tanah tanpa belas kasihan. Isk!

Tahun berganti tahun..Raja yang kudung ibu jari itu, masih setia dengan hobinya memburu binatang. Dan dia telah masuk ke hutan lagi tanpa pembantunya. Ditakdirnya beliau telah sesat hingga ke perkampungan kanibal dan telah di tangkap oleh orang2 kanibal..HUHU..ketika itu, beliau merasakan ajalnya semakin hampir kerana sudah pasti tiada siapa2 dapat selamatkannya kali ini.. Pastu, yang org kanibal ni..bila nak sembelih Raja tu..diorang pun ternampaklah ibu jari tangan Raja yang kudung..so, diorang tiba2 stop..x jadi nak bunuh, sebabnya mengikut kepercayaan orang kanibal..orang yang kudung jari HARAM utk di makan *ikut mazhab apa daa* maka..terlepas lah si Raja tersebut dan selamat kembali ke istananya..

So..dapatkah kalian diagnose apakah hikmahnya??

Setelah sampai ke istana..Raja cepat2 pergi berjumpa dengan pembantunya yang merengkok dalam penjara bawah tanah, dan mengucapkan terima kasih yang tidak terhingga kepada pembantu itu kerana telah membuat jarinya kudung, akhirnya terselamat dari mnjadi mangsa orang makan orang..Si Raja terasa sangat bersalah kerana telah menjalankan hukuman pada pembantunya tanpa berfikir panjang. Maka bebaslah pembantunya itu..lantas berkata kepada Raja "Tuanku..sesungguhnya jika hamba tidak dimasukkan ke dalam penjara, maka hamba pasti akan mengikut Tuanku berburu..maka..hamba pasti akan menjadi mangsa kanibal2 tersebut..itulah juga hikmahnya..Tuanku menghukum hamba"

..Tamat..

Menarik cerita ni...pointnya..setiap apa yang berlaku..ada sebabnya..ada hikmahnya..yg baik..buruk..semua tak tahu..Hanya Dia yang tahu..walaupun cerita di atas cnth dr hikayat dongeng2 tp ada moralnya...so, back to wut happened to us..percayalah Allah akan ukirkan takdir tercantik buat kita..

*keep thinking positive :)*

p/s: kl citer ni ada silap watak n latar masa serta tempat tu..sory ek..asalkan jalan citer mcm tu la..hiks~

Wednesday, July 29, 2009

-kenyataan rasmi-

*Blog ni..khas untuk kanak2 yang akan exam nati..so..lebih kepada lontaran kata2 nasihat n semangat..dan blog ini..hanya akan beberapa kali di update..kerana pemilik blog juga mahu exam..so..moga yang terawal..pertama..itu dpt membantu..hanya yang merasai akan faham! jangan gagal dengan sia2.!*


kepada yang membaca..doakan kami..doakan perjuangan kami yang masih belum selesai..kami masih mahu terus di sini..sehingga ke akhir pengajian..doa kalian yang kami dambakan~

MY AIM----> LULUS ---> TAHUN 3 dengan izinNya..ameen.

bangunlah semua! masa makin hampir..!

Assalamu'alaikum..

selamat bertemu kembali di ruang maya ini..kembali ke sini mungkin bukanlah priority buat diri sekarang ni, kerana ada benda yang lebih penting dan utama perlu di fikirkan..dititik beratkan. Rasanya tidak keterlaluan jika dikatakan, blog ini lebih sesuai di kunjungi oleh sahabat2 senasib, yang akan menghadapi exam tidak lama lagi. Inisiatif di wujudkan blog ini demi berkongsi sedikit bicara dengan kawan2 sekalian bagi menghadapi tamparan yang hebat dan begitu menekan jiwa ini. Kiranya masih ada yang 'berkabung'..'down' atau sebagainya..sememangnya perasaan2 begitu tidak dapat di elakkan kerana aku juga merasainya dan yang lebih penting sama2 merasai peritnya gagal dan kekalahan.

Walau apa pun, hidup mesti dan wajib di teruskan..peluang masih ada untuk berjuang. Jangan pandang belakang atau memikirkan masa yang lepas lagi, Now! just focus untuk kedepan..pandang laluan jalan yang bakal kita semua lalui..dan jalan itu tidak mungkin senang di lalui tanpa pengorbanan yang pahit, So, korbankanlah segala masa cuti..masa seronok ke sana..ke sini..korbankan rasa iri hati dan cemburu melihat..bahagianya kawan2 lain pulang ke Malaysia...sedangkan kita masih di sini..pedulikan semua itu.

Pertamanya..buang segala rasa sedih..pilu..ratapan..sengsara n etc..tears..no time for that..true!
then..stat a new day with Happy life..bangun tido..senyum depan cermin..start hari dengan muka ceria..jangan asyik nak monyok je..jangan duk ingat dah..apa yang jadi semalam..just gembirakan hati dan positivekan mind..kata kat diri sendiri "Hari ini..aku pasti lebih baik dari semalam" Psychology yang sihat memainkan peranan penting demi kelancaran hari anda.

Then..plan ur schedule n strategi dengan bijak, bedah balik apa yang silap time exam dulu..Ubah apa yang silap..jgn ulangi lagi..ubah cara study, yang sesuai dgn diri..dan sebagainya..korang semua daa tau ni..semua power2 bab planning =)

Pastu..ikut..follow..the schedule..disiplinkan diri..jaga masa..pedulikan org lain cuti..g jalan2..duk umah je study..kl tension..meh komen kat blog ni..*tapi owner blog pasni nak study gak~* kalau angin2 down datang..cepat2 bayangkan..masa hari keputusan exam keluar nanti..bayangkan semua madah lulus..MAQBUL semua..naik tahun seterusnya [maqbul = lulus] then..bayangkan gembiranya hati...x sabar nak bagitau parents semua..bayangkan itu pasti semangat balik.

Lagi..semua subjek act kebanyakan dah hadam kan..tumpu pada teknik menjawab..soklan past years tu..korang lumatkan sampai bila tengok soklan nanti..jawapan dah terbayang-bayang..tinggal nak tullis kat ketas je..haaa..pulun la habes2..sampai muntah2 pun biar..*sory..keterangan melampau!~*

seterusnya..study2 jugak..jgn lupa parents..keep coling with them..u will realize the power of LOVE from parents n siblings..tidak la terasa sangat kita tercampak jauh..biar diorang tahu, kita sedang sungguh2 study..kalau tension2..cakap kat diorg..cakap payahnya..susahnya..biar diorang tahu..dengan itu..mereka akan faham situasi kita..insyaAllah..hati bila gusar memg nak study x dapat..kene relieve semua tu..so..cakap2 nga parents mesti lagi lega kan..korang tau nye..buatlah!

Paling penting..jangan ngade2 taknak makan sebab study..makan kena jaga..*tp..jgn makan je keje..huhu* pastikan tubuh badan sihat..ada tenaga..supaya study pun ok. Suh je kawan2 yang tak exam masak..kl rasa x sempat nak masak..diorang takkan tolak punye *hee..try je suh..keje ko study je* Tapi nati time exam kna time pose..so..kena sedia gak tu..awal2 ni la kena prepare..study teruk2 awai2 ni..so..nati pose..slow down skit *ikut kesesuaian*

haaa..byk aku merepek.

Yang paling utama..apa2 hal..ngadula kat Allah..Dia amat suka dengar rintihan kita..sbb itu Dia uji kita..Dia rindu kat hamba-hambaNya..Dia mahu kita dekat denganNya..Dia bagi ujian..mintalah kekuatan dariNya..terus berdoa dan berharap..bersangka baik..janji Allah itu Pasti..kejayaan kita semua ada di hadapan..NEVER EVER GIVE UP~

My journey to be a frontliner for Islam..wanna join me? JOm!! keep on moving..just do our part n leave the rest to Allah. C U there~~

i'm sory for any mis-understanding..mistaken..salah guna bahasa ke..mg kata dari hati ini akan sampai ke hati..jatuhkan komen membina anda~bye2

*study!*

...pertama..


Tuhan,
Titipkan kekuatan dan semangat buatnya
agar tiap langkah hidupnya
dia merasa akan kehadiranMu

Tuhan,
jadikan hatinya kental, cekal dan tabah
kerana dia seorang pejuang di jalanMu

Tuhan,
andai dia merasakan bahawa ujianMu terlalu berat,
bisikkan padanya, bahawa ujian itu tanda kasihMu
dan Kau tidak pernah menyiksa hambaMu
dengan ujian di luar kemampuan

Tuhan,
andai dia merasa lemah dan tidak berdaya,
pujuklah hatinya, bahawa kelemahan itu bukti kami hanya hamba..

Tuhan,
aku yakin akan perlindunganMu buatnya..