Sunday, September 6, 2009

Sejarah hari ini~

Imbas kembali..

"Sejarah adalah apabila ia bisa menjadi pengajaran buat yang leka dan inspirasi buat yang ingin menjadi insan hebat, setiap seorang dari kita, sudah pasti mempunyai sejarah tersendiri. Sejarah diri yang mana ia menjadi 'guard line' bagi meneruskan layar hidup. Semua orang pasti mencipta sejarah, kalau bukan kita..siapa lagi? kalau bukan di sini..dimana lagi? dan kalau bukan sekarang..bila lagi?? introspeksi hari-hari..adakah telah tercipta sebuah sejarah buat diri? "

Dahulu, subjek sejarah bagi saya amat membosankan, mungkin kerana tidak menghayati dengan tekun, atau mungkin juga alasannya sejarah Malaysia dalam buku teks yang tidak menarik. Saya pernah menghabiskan satu buku kajian yang di buat oleh kakak selaku guru sejarah yang mengkaji tentang 'Negeri Cik Siti Wan Kembang'. Sangat menarik dan sehingga sekarang masih mampu mengingat kembali akan catatan itu. Tentang kisah Puteri Saadong dan Raja Abdullah serta Cik Siti Wan Kembang sendiri selaku Raja Perempuan pertama Kelantan yang di tabalkan ketika itu *jika tidak silap*.Ditambah lagi mengenai kisah fitnah pada perkahwinan Puteri Saadong yang melibatkan Raja Siam. Tertarik. Adakah kerana darah diraja yang mengalir dalam diri? atau kerana sejarah itu sendiri sebenarnya seronok jika mampu dihadam dan difahami. Sekarang, saya merasa amat ingin membaca kembali catatan kajian sejarah itu, mungkin juga ingin kembali kepada lipatan sejarah di zaman kanak-kanak yang suka membaca dan mentafsir. Entah di mana catatan itu, tidak pasti. Jika berpeluang pulang, akanku selongkar mencari..pasti!

Oh, bukan perihal sejarah itu yang ingin dibicarakan pada kali ini. Beberapa hari lepas, laptop saya mengalami kerosakan dan pada hematnya perlu diformat kembali. Masih menanti mana-mana 'helper hand' yang sudi menolong~ Pada saat itu, tidaklah rasa sedih amat-amat pun, cuma terkilan kerana terlalu cuai dalam menjaga aset sendiri. Mungkin boleh dikatakan itulah barang peribadi yang amat bernilai *sukar mendapatkannya* jika hendak dibandingkan dengan barangan lain. Respon yang diterima amat pelbagai, saya berterima kasih kepada mereka yang membuka mata dan juga hati mungkin, "ala..laptop je pun..itu pun nak tension ke?' "exam lagi penting! jangan pikir pasal tu..buang masa" ada yang berkata begitu tidak kurang ada yang tumpang simpati.

dan..kata-kata yang paling melekat kemas di hati, sehingga sekarang adalah dari seseorang ini, katanya

"dulu, Ada ustaz pernah cakap..harta, insan, pangkat segala di dunia ni, jangan kita letak sayangnya di hati, letak kat tangan je..kalau hilang tidak perit sangat, yang di hati biarlah yang paling agung dan Abadi tidakkan hilang..Allah"

Termenung lama memikirkannya, sungguh. Benar,segalanya tidak akan kekal, walau sayang seribu kali sayang.Itu hanya sejenis harta, sayangkan insan apatah lagi. Sejarah buat saya, agar diri tidak meletakkan terlalu sayang sesuatu dalam hati yang sering mudah terluka. Bahaya yang amat sangat, payah untuk melupakan dan mengubatinya. Dan, muhasabah juga dalam mencari sebuah Cinta Illahi,yang masihkah ada untuk hamba hina ini.

Walau apa pun, mungkin ada hikmah yang terbaik untuk Dia ukirkan, 'perkara' ini bunyinya kecik, Ya! ia sangat kecil tapi besar bagi insan-insan yang faham dan mengerti.

Status ym saya sekarang adalah "aku manusia lemah, selalu terjatuh"
Tiba-tiba seseorang menegur "tapi..kamu mampu berdiri setelah jatuh, macam kamu kecik2 dulu~ :D"
YA, benar..
Lantasku tersenyum sepi.

3 comments:

  1. SALAM
    KALAU BUKAN KITA SAPE LAGI???
    IYE TAK YE..KATE2 YG PNH DIUCAP N SAYE PN PNH DGR MEMG TERKESAN JUJURNYE DALAM HATI SAYE
    SAPE LAGI YG AKAN UBAH DIRI KALAU TIDAK KITE SENDIRI??
    HARAPKAN MANUSIA MEREKA JUGA HAMBA SEPERTI KITE...
    YG PENTING KITE YAKIN DGN ALLAH N CINTANYA YG SGT AGUNG
    YA!MEMENG AGUNG!

    ReplyDelete
  2. saya tak suka subjek sejarah kat sekolah

    tapi saya suka belajar sejarah:P

    k teah saya tahu k teah takdelah sedih2 sgt pon2 masih boleh fokus study tu..hehe

    ReplyDelete
  3. onee~
    waa..bagusnya adik sy yg sorg ni, nati taun depan jd pengarah matruh eh :P,
    yup..mesti masih ingt kan apa yg dpt sepnjg itu..semoga mnjadi sejarah terindah bt semua. =)

    Yup! Allah itu Maha Agung..!

    Ami~
    Bagusla, belajar n faham akan mencetuskan suka dan minat..heh.
    Yela..xsedih..*dh brapa hari x makan nasi je sbb xde selera*
    kesian tak??

    ReplyDelete