Monday, December 21, 2009

kerana rindu

Malam semakin larut, insan ini masih belum mahu lena matanya. Teringat sepanjang siang tadi, berinteraksi bersama keluarga tersayang bagai mengecas kembali semangat yang membara dijiwa. Melihat senyum dan tawa mereka menjadi penawar yang paling mujarab buat duka hati. Aku terpaku, memandang diri sendiri berada diantara mereka, bagai sedang berbicara dengan penuh lembut tutr bicara. Aku terpegun, melihat diri sendiri pada wajah bahagia mereka. Namun, aku akhirnya tersentak, kerana itu hanya bayangan ilusi mayaku,jauh sekali sebuah hakikat.

Hari ini,setelah berapa lama aku meninggalkan dunia mayaku ini, aku kembali lagi. Mungkin seraya minda ini mahukan kerehatan dan kepuasan pada hati, maka secangkir perkongsian ini aku titipkan pada dunia maya tanpa sempadan. Sungguh ajaib percaturan sebuah kehidupan, setelah satu persatu segalanya ditempuh, hendak kata dengan hati yang waja..tidak juga. Kerana setiap kali badai mendatang, hati berkecai hebat, pecah berkeping-keping. Air mata, tidak usah diceritakan lagi, bagai teman yang paling setia kerana pasti ia hadir tanpa perlu diseru. Itulah aku..

Lemah. Memang terasa sangat lemah rupanya jiwa ini, namun tidak sekali-kali aku mengalah pada jiwa yang lemah ini. Aku perlu kuat, kerana aku tahu..aku bukan siapa-siapa.

"Hati, moga terus yakin dalammu, Allah yang menciptakan hati ini..Allah Maha Tahu kekuatan, batas sanggup hati ini..Allah pasti beri kekuatan padamu duhai hati. Tapi, jika hati penuh prasangka? aduh..malang sungguh jika begitu..jangan bersangka-sangka duhai hati, usah bertanya-tanya..jauhkan andaian yang bukan-bukan, kerana itu semua dari musuhmu yang nyata."

Hidup, tidak perlu mencari kesempurnaannya. Cukuplah dengan rasa penuh rendah diri dan kesyukuran yang melimpah buat Dia. Mati, berhajat kepada kesempurnaan, kerana disitu titik mula kehidupan yang lebih bahagia, kekal berpanjangan.

"remang senja semakin menolak sinar mentari, angin petang menderu hebat tanpa mempedulikan gementar tubuh insan yang disapanya. Aku sengaja mendera diri menongkah arus kesesakan petang demi mahu segera pulang ke pangkuan yang tersayang. Sedang leka tergesa-gesa berjalan melintasi jambatan, kakiku terlanggar sesuatu menyebabkan aku hilang imbangan badan lantas kepala terhantuk pada benda yang keras. Pedih dan sakit. Mata semakin kabur, samar-samar melihat ramai manusia mendatangi ku, dan mata ini akhirnya tertutup rapat. Kelu."

*ini bukan pengakhirannya..ia baru saja bermula*
----------------------------

aku datang, kerana aku rindu,
aku rindu pada kata..
aku rindu mahu bicara..
masihkah ada..
yang sudi..mendengar,
segala bisik hati ini..

AsrarR,
yang punya rahsia

Harir,
sutera nan lembut

Ros kuning,
permulaan sebuah hidup, ia perlu sentiasa segar supaya tidak mati!


tamat.

2 comments:

  1. saya tahu..bila k teah mula menulis..bermakna k teah telah hidup kembali..setelah 'mati' seketika..

    moga terus istiqamah dalam kebangkitan..kita kena saling menguatkan.

    never give up~

    ReplyDelete
  2. Ami~

    heh. ami sudah datang, maka berseri lah blog sy ;)..
    InsyaAllah..agaknya kan, kdg2 bila kita melupakan sesuatu kebiasaan kita, hidup rasa tidak puas..ada kurang. apa pun yg pntg segalanya Allah redha =)

    yes! never give up!

    ReplyDelete