Monday, August 26, 2013

7 Months

Assalamu'alaykum wbt

Sudah 7 bulan bergelar sebagai isteri, sudah 7 bulan hidup dalam suka duka bersama. Alhamdulillah sungguh aku bertuah menerima anugerah yang paling indah ini. Dialah suamiku yang tidak pernah jemu meniup api semangat, menyiram air harapan dan menyerikan hari- hari dalam hidupku. 

Saat awal pernikahan tempoh hari, kami terpaksa hidup berjauhan memandangkan aku masih belajar di Kuantan sedangkan suami bekerja di Kota Bharu. Itulah cabaran getir buat kami, dunia 'pjj' yang pastinya tidak pernah diidamkan oleh setiap pasangan hidup. Namun, disebalik kepahitan itu pasti terselit kemanisan. Hanya doa dan ingatan menjadi pengubat hati untuk terus berjuang dengan amanah masing-masing. 

Seusai peperiksaan akhir semester pada bulan Jun tempoh hari, aku mula bercuti selama 3 bulan. Bermakna akan menjadi isteri sepenuh masa buat suami tercinta! Alhamdulillah bila hidup bersama baru banyak benda yang dipelajari. Bukan senang untuk mengurus rumahtangga tetapi tidak semuanya susah. Asalkan segalanya dilakukan dengan rasa cinta dan tanggungjawab kepada insan yang akan menjaga kita hingga ke akhirnya :) Dan rasa cinta itu semakin hari semakin subur, semoga ianya kekal mekar dengan izin dan Rahmat DariNya..ameen. 

Kali pertama berpuasa bersama, beraya bersama. It's amazing ! Yep, setiap saat itu akan dipastikan indah kerana ianya akan menjadi memori di saat kembali berjauhan kelak. And, now..I have only two weeks before going back to IIUM. Terasa aneh memikirkan akan kembali jauh dengan suami, terasa pelik jika tiada aura sang suami. Kerana segalanya telah sebati. Namun, aku harus pergi...

Hari ini suami terpaksa bekerja di HKK selama sebulan. Rupanya abang yang akan masuk hostel dulu hehe ;p so, tinggallah daku di rumah bonda membelek- belek barang untuk ke UIA. Sedih? itu pasti tetapi hati harus kuat! yes, i can go through it insyaAllah. He once said I'm a strong lady..so here I am.. :) 

7 months full of love <3 div="">
7/9/13 will back to IIUM as 2nd year Optometry student.
Pray for me.
#missing hubby badly#