Friday, October 9, 2009

Ya Rabb..Istajib du'a ana

Biar berlinangan air mata
ku takkan hentikannya
biarkan ia menyembuh luka
hilanglah rasa duka
tidak ku termampu merentasi liku-liku
oh sungguh ku tak mampu menghadapi semua itu
oh sungguh ku tak upaya

jangan di biarkan jerih perih kehidupan
bisa meleraikan iman kan hancur semuanya
walaupun menitis air mata darah
tak bisa merubah segalanya
melainkan taubat nasuha
moga kan di terima

Ya Rabb..Ya Rabb
istajib du'a ana

namunku percaya masih ada kesudahannya
kerana Allah itu Maha Kaya Maha Mendengar
rintihan hamba-hambaNya
kerana sesiapa bertaqwa kepadaNya
pasti akan ada jalan keluarnya
rezeki yang tidak di sangka-sangka
cukup Allah baginya berkuasa segala-galanya
terima seadanya

Biar berlinangan air mata
ku takkan hentikannya..!

Monday, October 5, 2009

Keputusan

Alhamdulillah..syukur padaNya kerana masih di beri nyawa untuk meneruskan hidup. Tanggal 3 oct 2009, keputusan yang di nanti-nanti telah keluar. Alhamdulillah subject Anatomy lulus, dan baki 2 subjek iaitu Biochemistry dan Physiology masih gagal. Keseluruhannya gagal ke tahun 3, dan akan mengulang tahun 2 buat kali ke 2.

Details about the failed subjects:

Biochemistry : Dhaif : 84 *passing mark is 90* (lagi 6 mark utk lulus)
Physiology : Dahif : 131 *passing mark is 150* (lagi 19 mark utk lulus)

Melihat kepada keputusan terasa sungguh tertekan. Oh Allah, sikit je lagi untuk lulus --> naik tahun, berkali-kali tulisan itu di tatap, mata ini kaburkah..silap tengok mark orang lain kah. Tapi, memang itulah hakikat walau beratus kali di ulang bagi memastikan betul ke tidak keputusan itu.

Lemah segalanya, terasa kosong pandangan mata, mujur juga masih mampu bertatih untuk pulang pada remang senja itu, terlalu banyak perkara dibenak hati dan fikiran. Banyak sangat sampai terasa kepala hampir pecah memikirkannya. 'Ya Rabb! kuatkan aku..kuatkan akidah dan imanku..' bisikan itu terlontar ke seluruh penjuru hati demi menggamit secangkir tenang.

Hari ini 5 oct, baru punye kekuatan untuk menulis. Masih mentafsir hikmah yang tersembunyi disebalik segalanya. Pelbagai prosedur dan urusan perlu diselesaikan di saat sahabat-sahabat lain bergembira memulakan tahun baru. Status yang masih lagi kabur, sama ada boleh terus berada di bumi ini ataupun sebaliknya. Keadaan emosi dan psycho yang terkadang mengganggu perjalanan hidup, hanya memohon agar terus dikuatkan iman dan yakin hanya pada DIA yang berkuasa menentukan segalanya.

"Semoga dilembutkan hati insan-insan yang bertanggungjawab me'recheck' keputusan kami, semoga dilembutkan hati pegawai-pegawai yang akan meluluskan lagi tajaan buat kami. Semoga Allah masih buka peluang dan rezeki agar kami masih dapat berkelana di bumi yang disayangi ini. Ameen ya Rabb."

"berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul" agaknya peribahasa ini sangat sesuai dengan situasi yang terjadi. Begitulah hakikatnya, bukan ini yang kami minta..dan jika besar harapan kalian utk kami lepas..beribu-ribu besar lagi harapan kami.Sesungguhnya terlalu panjang kronologi-kronologi yang akan berlaku jika tajaan dihentikan, tidak sesuai agaknya untuk bercerita di sini. Cuma, sekarang ini kami sedang berusaha, segala rayuan dan alternatif lain akan dilaksanakan walau terpaksa bersua dengan sesiapa sahaja. Putus asa tiada dalam kamus hidup ini, kerana segalanya masih punya peluang dan harapan walau hanya sedikit cuma.

Buat sahabat istimewa yang memberikan mesej di fs, blog ini di buka kembali demi permintaanmu, inilah kisah hidupku..yang tidak lah semanis insan lain. Mohon doa dari semua.

-->masih ingin jadi seorang doktor! never give up!~

Saturday, October 3, 2009

Takutkah pada MATI?

Dahulu, ketika berada di tingkatan 1 (kalau x silap), pernah seorang Ustazah berkata,

"sebut EXAM, semua orang takut..gerun dan cuak, boleh begitu, tapi jangan sampai takut pada exam itu melebihi takut pada MATI"

Oh, tangkai hati tersentap hebat. Ya, di saat itu masih ingat lagi semua pelajar sedang cuak akan menghadapi peperiksaan yang besar di sekolah pada masa itu. Tidak lekang di bibir ayat begini.. "ya Allah, takutnya exam.." atau begini "waaa..takutnya nak exam"

Dan,
peringatan dari seorang guru merangkap murabbi begitu menyentuh hati. Sesungguhnya hati terlalu lemah dalam menilai tinggi rendahnya ujian dunia, sehingga merasakan takut pada 'exam' itu sedarjat takut pada mati..apatah lagi melebihinya. Syukur kerana peringatan di kirim di saat diri tidak sedarpun akan kekhilafannya.

Itu kisahnya dahulu, beberapa tahun yang lalu.

Semalam, panggilan mengatakan keputusan telah keluar meragut ketenangan jiwa, perut yang lapar terus merasa kenyang dan teksi yang bergerak di rasakan amat perlahan. Seterusnya, larian langkah di tuju ke University, dalam hati hanya penuh doa. Dan, sesungguhnya saat itu merasakan sedang menanti keputusan hidup dan mati. Sangat takut! merasakan nyawa hampir melayang pergi..

Hampa. Rupanya keputusan belum muncul tiba..

Nafas di hela kembali..bagai di tangguh sebuah kematian. Perjalanan pulang pada remang senja begitu mendamaikan. Bila teringat kembali kronologi perjalanan pergi sebentar tadi, hanya Tuhan Yang Tahu betapa gementarnya jiwa. Oh, adakah aku telah meletakkan tahap 'takut menghadapi keputusan peperiksaan melebihi takut menghadapi sebuah kematian, lebih tepat lagi keputusan ke syurga mahupun neraka (nauzubillah)'. Mungkin masa yang masih berbaki untuk menunggu ini lebih baik supaya hati bermuhasabah kembali. Segalanya di dunia milik Dia, segalanya Kuasa Dia..usah ragu, usah gusar..Allah sudah takdirkan apa yang terbaik di dunia dan akhirat sana. Hati yang takut akan mati..adalah hati yang kuat untuk meneruskan hidup!

mode : teruskan berdoa..