Wednesday, May 5, 2010

Usaha

Assalamu'alaikum w.b.t.

Petang jumaat lepas, aku ditakdirkan berada dalam suatu majlis yang indah. Sudah lama rasanya tidak mendengar kalam-kalam penuh semangat sebegitu. Lebih tepat lagi sudah lama tidak berkumpul bersama-sama untuk bersembang dan makan! =D. Pengerusi majlis mempersembahkan ayat al-Quran bersama terjemahan yang cantik sekali, terpaku seketika.


Kisah kelahiran Nabi Isa a.s.

Surah Maryam ayat 23, 24 dan 25.

23. Maka rasa sakit akan melahirkan anak memaksa dia (bersandar) pada pangkal pohon kurma, dia berkata: "Aduhai, alangkah baiknya aku mati sebelum ini, dan aku menjadi sesuatu yang tidak bererti, lagi dilupakan".

24. Maka Jibril menyerunya dari tempat yang rendah: "Janganlah kamu bersedih hati, sesungguhnya Rabb-mu telah menjadikan anak sungai di bawahmu.

25. Dan goyanglah pangkal pohon kurma itu ke arahmu, nescaya pohon itu akan menggugurkan buah kurma yang masak kepadamu.
--------------------------------------------------

Maryam yang sedang kesakitan untuk bersalin anaknya Isa, ALLAH memintanya berusaha, walhal boleh sahaja DIA jatuhkan tamar itu dengan kuasaNya. USAHA dan USAHA, kerana Allah mahu hambaNya begitu. Maryam wanita suci,Maryam yang perit diuji. Dunia ini tiada yang ajaib tanpa asbab yang perlu kita usahakan dahulu sebelum mendapat sesuatu. Tazkirah tersebut disampaikan dengan penuh berhikmah, halus dan moga-moga sampai ke dalam hati setiap antara kami.

Masa yang tinggal satu bulan dari sekarang. Bak kata motivator tempoh hari, jika kita betul-betul bersungguh menggunakan masa yang singkat ini, tiada apa yang mustahil insyaAllah. Moga-moga sepanjang perjalanan terakhirku ini, aku dapat bertahan dari segala 'benda-benda' yang cuba meruntuhkan semangat dalam diri. Mohon doa dari semua ya =)

----------------------------------------------
sejarah yang takkan berulang lagi!

3 oct 2009
-keputusan tahun 2 keluar, gagal ke tahun 3 kerana mendapat dhaif bagi subject physiology (121) dan dhaif bagi subject biochemistry (84)
oleh kerana ini peluang terakhir bagi meneruskan tajaan JPA. sangat tertekan.


No comments:

Post a Comment