Meninggalkan tanah tandus cairo dengan genangan air mata, sayu betul rasa hati. Sedikit kekalutan dan kecuaian berlaku dan debaran yang tiada henti. Oh, semoga segalanya berakhir dengan baik......
Perjalanan itu teramat panjang ku rasa, malam raya hanya bertakbir di dalam 'badan' airbus, Qatar, sayup-sayup hanya di dalam hati. Doa dipanjat sebanyak yang mampu. Kerana pergantungan hidup mati, bahagia dan duka hanya pada DIA.
Transit yang memenatkan, sambungan penerbangan yang menyeksakan. Tidak tahan dengan 'sakit' yang datang. Makanan yang tidak terjamah kerana tiada langsung selera untuk menelan, lagi-lagi bimbang akan diluahkan kembali. Lantas, lemah longlai melangkah keluar ke arrival hall KLIA.
Namun, di mata hanya bayangan mereka-mereka yang amat aku rindu. Hanya beberapa saat sahaja lagi. Lantas kekuatan mendorong ku untuk mengusahakan tiket yang terakhir.
Ya Allah, alhamdulillah. Segalanya lancar. Bertambah-tambah kegirangan hati dengan hadiah dari Illahi, melihat gumpalan awan-awan yang amat cantik, bersusun rapi, tergantung sepi, di tujahi cahaya senja 1 syawal. :) subhanallah..segalanya terakam hanya di dalam memori.
Akhirnya, tepat jam 720 pm Malaysia, selamat mendarat di bumi berkat kelantan.
oh..banyak rasa nak bercerita, tetapi sungguh sukar mahu menggambarkan dengan ayat-ayat yang sesuai. Sungguh nikmat ini terlalu besar, walau jauh di sudut hati masih ada kegalauan dan kerisauan tentang sesuatu yang dinanti. Syukur padaMu Ya Allah. Aku gembira berada dengan mereka, tetapi separuh hatiku berada di sana, moga Kau kembalikan aku ke sana demi sebuah takdir yang tersurat indah buat kami. :)
InsyaAllah..
******
haaa..tgk, asyik nak gado je kanak2 ni..eeei, eei..geramnya~
anak-anak saudara menggeramkan kerana semuanya comel dan cute...~aaarrggrr :D