Saturday, January 1, 2011

Hidup Baru

2 0 1 0

Sudah ditakdirkan, angka itu menjadi satu sejarah tersendiri buat diri. Di dalamnya penuh dengan pelbagai peristiwa yang mengundang sejuta rasa yang berbeza. Mungkin, boleh aku katakan ia merupakan tahun yang penuh dengan memori yang tidak akan aku lupakan. Sejujurnya, tiada apa yang dapat dibanggakan. Ia hanya penuh dengan ilmu dan pengalaman, yang tiada nilai bayarannya.

Kebahagiaan dalam perpisahan
Tahun yang menyaksikan perpisahan dengan kesayanganku.

Pertama,
Medic. Ya, aku begitu menyayangi ilmu yang satu ini. Dari awal perkenalanku dengannya, aku begitu teruja dan bersemangat. Aku cuba memikat hatinya supaya kami saling sayang-menyayangi. Hebat sungguh ujian dan halangan untuk kami dapat bersatu sehingga aku hampir-hampir putus asa untuk mendapatkan cintanya. Mungkin, kasih sayangku tidak cukup, mungkin cintaku tidak sampai ke hatinya, mungkin juga, sememangnya aku tidak layak untuknya. Tanggal 2 Nov 2010, aku melafazkan perpisahan dengannya dengan hati yang remuk. Kerana, tiada lagi jalan untuk kami bersatu. Yang ada, hanya tinggal kenangan.

Kedua,
Cairo. Dahulu, tidak pernah aku bermimpi untuk hidup di bumi yang satu ini. Bumi yang mengajar aku seribu satu ilmu tentang sebuah kehidupan. Bumi yang menemukan aku dengan insan-insan yang berjiwa besar. Di dalamnya mengalir Nil yang indah. Walau tiada indah pada pandangan biasa, cukuplah indah pada mata hati. Yang pasti, cereka di dalamnya tidak bisa diterjemah dengan kata. Mungkin aku terlalu banyak menyakitimu sehingga kau tidak lagi mahu menerima derap kakiku. Selamat tinggal Cairo.

Ketiga,
Gen6. Namamu itu sangat memberi impak dalam hatiku. Bertuahnya aku kerana ditakdirkan bertemu denganmu. Di dalamnya terasa persaudaraan itu manis. Bersamanya membuat segala duka terusir pergi. Kadang-kadang, aku takut untuk mengimbas kenangan lampau. Kerana, di dalamnya ada kamu, yang bisa membuat genangan air mata ini pecah. Semoga, ini bukan perpisahan yang terakhir.

------------

2 0 1 1

Hanya satu pintaku, walau apa pun yang mendatang, jangan Kau coba aku mengatasi batas sanggup dan mampuku. Kehidupan yang baru ini betul-betul menduga sekeping hati. Semoga segalaNya Allah Redha..



4 comments:

  1. *kelu* mengapakah itu?

    p/s : isk2, x sempat nak ngomen ur latest post, tgk2 da hilang~ ;p

    ReplyDelete
  2. *masih kelu*
    maka tak mampu jawab soalan itu. heh

    p/s: ha ha. Huda pula geram langsung tak sempat baca. tak apa. ada entri baru ;)

    ReplyDelete