Monday, May 20, 2013

I'm back

Assalamu'alaykum wbt

Alhamdulillah, akhirnya terbuka juga hati untuk update blog ! hoho..hampir setahun jari tidak menari-nari di sini. Sibuk? tidaklah sangat. Cuma..kurang minat untuk update atas sebab-sebab tertentu. Tetapi sungguh, hati ini rindu untuk menulis. Sepanjang 'silent mode' di sini, terlalu banyak perkara yang berlaku, gembira dan sedih segalanya bercampur. Nak sangat berkongsi segalanya tetapi tunggulah di masa yang sesuai.

Alhamdulillah, aku sudah menikah. :) penantian yang sekian lamanya telah berakhir, namun ia adalah permulaan yang baru buat kami. Bila sudah berstatus isteri, maka tanggungjawab semakin bertambah, pengurusan emosi perlu lebih stabil dan matang. Sungguh, aku bersyukur dikurniakan seorang suami yang amat baik, penyabar dan memahami diri ini. Walaupun jarak memisahkan kami, tetapi ikatan hati ini tetap satu dan utuh.

Aku sekarang sedang berada di akhir pengajian tahun pertama bidang Optometry IIUM. Semester ini adalah semester yang paling mencabar aku kira untuk setakat ini. Tetapi sudah banyak ingatan dari senior-senior mengatakan semakin naik tahun semakin mencabar ! oh hoo..bersediakah aku?

InsyaAllah. Luruskan niat dan gandakan usaha. Aku mahu berjaya dalam bidang ini. Masih aku ingat hari pertama perlu menggunakan kalkulator (yang hampir 5 tahun tidak disentuh), terkial-kial mahu menekan pad kekunci. Blured. Hampir menangis !. Dalam hati rasa gusar yang amat sangat, takut dan bimbang tidak dapat kuasai ilmu ini dengan baik. Namun, semakin banyak belajar dan praktis, semakin lama aku semakin yakin untuk berada di jalan ini. Semoga Allah permudahkan pengajianku yang masih berbaki 3 tahun.

Berbalik kepada kisah perkahwinan aku dan suami, kami tidak tinggal bersama selepas kahwin memandangkan aku masih belajar di Kuantan dan suamiku bekerja di Kota Bharu. Jarak ini tidaklah terlalu jauh, tetapi cukup menguji. Betapa baru aku sedar apa itu erti rindu ! Semoga Allah teruskan tautkan hari kami hingga ke syurgaNya. :)

Aku akan menghadapi peperiksaan final Sem 2, Year 1 pada minggu hadapan. Seperti biasa, tak sah jika tiada jadual exam di blog. hehe. Doakan kejayaan diri ini ye. Doakan saya cemerlang untuk naik ke tahun 2. Dan ini adalah peperiksaan pertama bergelar isteri ;)

Ok, semoga aku akan rajin update blog lagi..haha. :D

26 May 2013 : Optometry Instrumentation
31 May 2013 : Philosophy of Science
01 Jun 2013  : Visual Optics
03 Jun 2013  : Microbiology & Immunology

03 Jun at night : Back to Husband :)



                                                           me & husband = us :')



8 comments:

  1. Bittaufiq wannajah Kak Teah. Kenapa subjek nampak sikit berbanding dulu?

    Doakan kami juga di sini :D

    ReplyDelete
  2. hehe..kl ami perasan dah ada 2 post sebelum ni kteah tampal jadual exam kan..dan kteah dah ambil sem 2, year 1 sebelum ni. Jadi yang sem skrg adalah subjek2 yg masih tertinggal. Biasalah special case for someone special. hehe sbb tu lama thn 1 kteah ni ^^

    Thank u ami..bittaufiq wannajah jg buat Ami.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oh aah kan. rasanya ada Kak Teah cerita dulu hehe.

      Amin. Moga kita sama2 berjaya dunia akhirat :)

      Delete
  3. Rindunya kat kak teah! Congrats sbb dah bergelar isteri. Hehe :D

    Goodluck exam! Moga Allah permudahkan urusan akak.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Naqian anis..wah, lamanya x jumpa adik2. .sure semua dah dewasa n matang ye..hihi tq anis..doakan akak selalu. All the best jg d sana..take care always ye ;-)

      Delete
    2. "matang" lah sangat :p

      ok akak pun take care. rindu akak sangat-sangat! :D

      Delete
  4. miss u fatihah....
    tahniah dh bergelar isteri gudluck for ur exam !!!!
    kim salam kt cik abe atep deh...haha cik abe ambo satu spital ngn cik abe dio

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak zuu..hihi baca lg blog fatihah hehe seganlahh..kak zu x jupok lg kito ni..aah tau je demo tu kijo tmpt sama..encik suami pun busy huhu..

      Thanks kak..mg dpt jumpa nt bila2 hihi

      Delete