Friday, April 15, 2011

Yang ku panggil kasih
Ku kenang selalu
Riuh atau sepi
Rinduku padamu

Dalam kesibukan
Dalam kelapangan
Tiada ku lekang
Ingatan yang suci

Tertumpu mendambakan
Disatukan denganmu

Di hari yang indah
Ku yakin berlaku
Kita bertemu di jambatan kasih
Setelah dipisah lama

Di hari yang indah
Tiada sedetik
Akan terlewat mahupun tercepat
Kutatap wajahmu duhai kekasihku

Garisan pemula
Jauh kutinggalkan
Semangat ku sama
Mencapai impian

Kau ku panggil kasih
Dulu dan selamanya
Tidakkan berubah
Perasaan ini


Ku Yakin Berlaku
Aidil

***
i just..love this song~

Tuesday, April 12, 2011

Garisan Pemula

6.10 PM. Masa untuk pulang ke rumah!

Turn off semua benda yang 'hidup' di dalam pejabat dan mengemas ala kadar alat tulis, kertas, sticky notes yang berselerakan di atas meja, itulah rutin sebelum meninggalkan 'kabin' dingin ini. 'The Office' ;)

--------------------
Sejak bekerja di sebuah NGO bernama Sekretariat Misi Cakna Palestin, Kota Bharu, di sanalah hampir seluruh masa siang dihabiskan. Aku pun tidak pasti apakah nama sebenar jawatan diri ini, cuma kerja yang aku perlu lakukan adalah sebagaimana kerja-kerja am pejabat. Namun memandangkan kekurangan kakitangan, maka segala jenis kerja kecil mahupun besar perlu diuruskan oleh diri ini. Sememangnya dengan masa yang terhad dan pengalaman yang tidak seberapa , pekerjaan ini terkadang mengundang tekanan yang amat.

Seawal berstatus pekerja baru dahulu, sejujurnya aku memang 'blur' dengan pengurusan tentang hal-hal pentadbiran. Ya lah, memang berbeza 100% dengan medical punya term kot. -_- . Berkaitan hal-hal kewangan lagi lah kucar-kacir. Sungguh sadis. 2 bulan pertama yang perit sebenarnya sehingga tidak mampu hendak bercerita di alam ini. Dengan pelbagai program, paperworks, minutes, budget yang perlu diselesaikan, ditambah pula 'desakan' dan 'permintaan' dari mereka-mereka yang di atas amat menguji ketahanan jiwa ini untuk terus bekerja. Tapi, susah itu sudah lumrah dan penat itu harus ditelan demi tidak membazir masa 'bercuti' ini begitu sahaja. Setelah 4 bulan lebih, alhamdulillah, segalanya makin baik walaupun pressure always around. ^_^ Bila fikirkan kembali, sesungguhnya aku sedang melalui sebuah proses pembelajaran yang tidak terlintas di benak ini untuk mempelajarinya sebelum ini. Menarik.

Ilmu baru, sahabat baru dan ujian baru yang semakin mencabar sekeping hati. Mujur juga hati ini sudah diajar sejak dahulu, semoga ia semakin kebal dan mampu untuk terus bertahan menempis segala cobaan hidup. Moga Allah terus kuatkan.

Indah perjalanan hidup ini seandainya segalanya dilihat pada apa yang tersirat. Segalanya datang tanpa diundang, dan aku amat menghargai proses kehidupan yang semakin lama semakin menguatkan keyakinanku untuk terus menuju ke puncak. Kehidupan yang memaksa untuk aku lebih berdikari, mungkin lebih matang i-don't-know, but i hope so. heh. Kehidupan yang membuat aku lebih menghargai nikmat dari Dia, yang Maha Pemurah. :)

Aku sedang menjadi pelajar ilmu kehidupan di alam baru, dan aku sedang menanti untuk menjadi pelajar di 'sana', yang mudah-mudahan segalanya lancar dan dipermudahkanNya. Ameen.

---------------------

Pulang dari HAMKA 11, yang berjaya menyirami jiwa ini dengan semangat perjuangan dari ayahanda Tok Guru, melihat wajahnya terasa hangat di hujung mata, air mata hampir menitis! Ya Allah, himpunkanlah aku bersama pejuang-pejuang Islam yang menjadi rantai perjuangan KekasihMu..Rasulullah s.w.t.

Dan kini, aku semakin yakin.


Thursday, March 31, 2011

IMY

i MisS yOu...

Rindu mahu menulis..

Rindu mahu melompat-lompat bacaan dari blog ke blog..

Rindu..Cairo, dan segala isinya..

--------

Kelmarin bermandi hujan, ada gotong royong mengemas pejabat. Terpaksa dengan selambanya berlagak bagai kaum adam yang gagah perkasa, padahal badan sudah lembik semacam. Terpaksa meredah hujan yang lebat, kerana segalany sudah aku sanggupi. Terpaksa mengerah otak berfikir penyelesaian kepada setiap jalan buntu yang dihadapi. Aku memang degil. Mahu buktikan aku juga boleh buat sebagaimana yang diarahkan. Aku bukan seorang yang mencipta alasan. Aku tidak akan membiarkan mereka memandang rendah padaku. Ya, aku juga hebat!

Namun, aku hanya insan. Hari ini satu badan lenguh lumpuh. Badan panas tetapi terasa sejuk menggigil. But, who cares...

I will do my task as much as i can, i will do it, with myself..as long as, aku tidak menyusahkan sesiapa..

mode : waiting for the good news!

Friday, March 4, 2011

i'm officially happy!

Allahu Akbar. Maha Suci Engkau Ya Allah. Segala Puji Hanya untukMu.
ALHAMDULILLAH.............=)

setiap air mata diringi senyuman,
setiap dukacita diiringi sukacita,
setiap kegagalan diringi kejayaan,

Berita itu masih samar, tiada bukti dihadapanku, syukur padaMu Ya Allah..

'Masa depanmu bersinar kembali. Never Give Up!'
-pu

Moga cepat surat itu tiba!

Saturday, February 19, 2011

kasih dan kasihan

Dia masih kecil, kesian dia. Dia sakit. Setiap kali melihatnya menangis rasa sungguh menjerat jiwa ini. Mesti dia sedang sakit. Orang tua-tua kata, jika bayi jatuh Malaikat akan sambut. Moga-moga begitu. Tetapi hari ini bahunya membengkak. Oh Tuhan, mungkinkah ada kesan pada dalamannya. Sungguh, aku kasih, kasihan teramat padanya. Bayi itu masih kecil. MOga cepat dia sihat. Moga dia kembali aktif.

---------
Dia sudah remaja, semakin meningkat remaja. Dia mahu pulang ke pangkuan atuk dan nenek di kampung. Mungkin dia tidak serasi di sana. Negara orang yang dia sukar untuk menyesuaikan diri. Sungguh, aku faham keadaannya. Dia kelihatan tenang sekali. "rindu ummi tidak?" dia jawab. "tak tahu.." ada rasa sendu dihujung suaranya.

Saat aku melawatnya di asrama. Tidak tertahan rasa sebak di dada. Kasihan anak itu. Dia hanya diam, merenung jauh. Kelihatan tidak begitu gembira. Sunyi. Sepi. Aku bertekad, aku akan menyayanginya setulus hatiku. Semoga dia tidak akan merasai kehilangan 'darah dagingnya'

-----------------

Luluh hati melihat panorama hidup. Tetapi, adakah aku hanya mampu untuk melihat?
mesti buat sesuatu! mereka adalah sinar hidup aku.

Tuesday, February 15, 2011

Sudah hampir 4 bulan..



uwaaaaaaaaa..................

kalaulah boleh menangis dan meraung sepertinya si comel di atas, pasti lega bukan?
erm..lega ke? makin habis tenaga ada lah. hehe.

"Tolonglah. tolong sangat-sangat. Janganlah kamu berputus asa, saya tahu, kamu amat terseksa jiwa dan raga, kamu terlalu banyak menahan pedih di hati dengan segala yang telah berlalu, kamu telah banyak menelan segala kata-kata mereka. Senyumlah, kerana hanya kamu ngerti segalanya, bukan salah kamu, bukan salah mereka, cuma, takdir kamu belum tiba. Bersabarlah, sedikit sahaja lagi. Bagaikan, kamu sedang melalui sebuah padang pasir yang kamu sendiri tidak kelihatan di manakah akhirnya akan ketemu setitis air. Dahaganya bukan kepalang, penatnya hanya Allah Yang Tahu. Percayalah dan yakinlah, pengakhirannya ada, sama ada kamu mati dalam sebuah perjuangan mahupun akhirnya berjaya mendapatkan titisan air itu, segalanya Allah Nilai, segalanya Allah Catat sebagai catatan hidupmu.."


p/s: 4 bulan bukan umur si comel itu, tetapi 4 bulan aku yang sedang berjuang untuk menjadi penuntut ilmu!