Sunday, January 31, 2010

sudah terhantuk baru tergadah

Alhamdulillah. Bingung dan bengang kepala sudah semakin ok. Ini lah padahnya gara-gara terhantuk dengan dasyatnya pada petang jumaat lepas. sungguh takkan lupakan peristiwa itu T__T. Jika difikirkan kembali, kelakar pun ada, hehe. Bak kata Ami, kteah tak sedar yang diri dia tu tinggi kena tunduk sikit kalau nak jalan situ~ aih..!


Apa-apa pun, sesungguhnya kepala memang amat pening dan sakit. Tapi, semuanya harus dihadapi dengan tenang dan sabar. Mungkin itu adalah sedikit kesusahan yang ditimpakan buat hambaNya yang selalu lupa. ~*~. Itulah manusia, kalau sakit dan susah, baru merangkak mencari Allah..tapi, Allah sentiasa berlari menuju hambaNya demi Kasih dan Sayang pada mereka.


Hari ini hari terakhir bulan Jan, secepat kilat masa meninggalkan diri. Pelbagai peristiwa suka dan duka menari diminda, kadang2 terasa serabut dan kecamuknya dan kadang2 juga terasa terhibur dengan apa yang berlaku. Perjalanan hidup sememangnya penuh duri dan berliku, harus aku akur bahawa ini bukan kata retorik semata, tapi itulah hakikat sebuah kehidupan. Jika terasa semangat menghilang,wajah-wajah tersayang lekas terbayang dimata, terus juga kembali mengulang baca segala yang tercatat kemas dalam memori laman ini. 'NEVER GIVE UP' don't ever give up..u don't! hanya satu frasa yang ringkas tapi besar impaknya. Sungguh bermakna!


Syukur.
Ya. Kesyukuran hanya buat Dia, syukur dipertemukan dengan sahabat2 yang kuat semangat menuntut ilmuMu, sehingga diriku terdorong utk bersama mereka. Biarpun terasa seakan terasing, namun peluang perlu selalu dihargai, supaya kualiti hidup lebih baik dan memberi kesan dimasa mendatang. Sungguh indah berada didalam majlis ilmu, sekurang-kurangnya, dapat menampung lubang-lubang yang hampir tiris dan bocor, lambang kalam penuh ingatan yang makin sukar untuk didengari dan dijiwai. Moga terus Kau tautkan hati ini untuk suka dan cinta pada ilmu, dan pada pencinta ilmuMu.

"sudah terhantuk baru tergadah"


Tiba-tiba terlintas pepatah melayu ini. Namanya insan, sudah terhantuk baru tergadah, baru insaf..baru menyesal. Tetapi takkan lah setiap kali nak kena terhantuk dulu, baru nak sedar. Kesimpulannya, setiap apa yang berlaku adalah tanda sayang Allah pada seorang hamba. Mahu hambaNya itu kembali kepadaNya. Semuanya tidak sia-sia kerana pasti ada yang tersirat. Walau apa pun, diri sendiri perlu sentiasa waspada dalam apa jua pemilihan, sangkaan, tindakan dan perkataan. Semoga setiap penyesalan dan kesedaran adalah pada saat masih ada peluang untuk memperbaiki diri ke arah yang lebih diRedhai Allah s.w.t.


saya kongsikan satu lagu menyentuh jiwa buat semua =)



p/s : Lain kali..sila jalan pandang depan and stay focus!
p/s : doakan sy kembali stabil..sy serius ni.

4 comments:

  1. salam..

    wah! nameku disebut di sini...wiwiwi excited tak pasal2 =p

    k teah..peribahasa tu memang byk versi eh ejaan die [saya betul2 jahil ni]

    yg saya yakin tepat.. "sudah terantuk baru tengadah"

    tapi yg saya sangka sebelum2 ni..."sudah terhantuk baru terngadah"

    kemudian pula saya kenal yg ini hari ini.. "sudah terhantuk baru tergadah" seperti tajuk entri ini.

    rupanya bahasa Melayu ku sungguh teruk T_T

    ReplyDelete
  2. ami,
    haha..semangat lak dia :p
    aah..dh byk kali google, mcm2 versi ada, yang ami sebut tu pun ada..isk..sy lagi la jahil bahasa melayu T_T hiks...

    sape2 tau mana satu yang paling tepat..sila la betulkan ye =)

    ReplyDelete
  3. Sebenarnya saya yakin tepat "sudah terantuk baru tengadah" sebab ada dalam Rujukan Kamus DBP online..ngeh3..plus ada kat wikipedia bahasa Indonesia http://id.wikipedia.org/wiki/Sudah_terantuk_baru_tengadah.

    tapi terfikir, mungkin ada banyak versi yang semuanya boleh diterima pakai. Cuma kalau google pun, rasanya tak semua orang tahu betul2 tentang peribahasa tu.

    hehe

    ReplyDelete
  4. ami,
    yes! u r right..ami punye betul, hehe..
    tapi sy malaih nak tuka~
    mg2 xde org DBP dtg sound akoo~~ahaks

    ami memang pendukung bahasa melayu yang mantap!

    ReplyDelete